Thursday, November 4, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

The Red Warriors has really made it!!

Assalamualaikum wbt..

Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah

Apabila menulis entry ini, terfikir juga mungkin mereka yang di luar sana akan menganggap berita ini sudah lapuk. Tapi tidak mengapa kerana saya tetap mahu berkongsi tentang kemenangan pasukan Kelantan memenangi Piala Malaysia 2010 setelah menanti selama 89 tahun. Ini entry kedua saya tentang bola sepak Kelantan selepas entry ini.

Saya sangat bangga serta gembira akan kemenangan ini memandangkan pada tahun lepas Kelantan hanya sekadar naib juara. Tetapi berkat kesungguhan, semangat kesukanan diiringi sokongan setia peminat Kelantan, maka layaklah bagi Kelantan untuk bergelar juara baru bagi kejohanan bola sepak paling berprestij di Malaysia ini.

Apapun, tahniah sekali lagi untuk skuad Kelantan yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih B.Sathianathan yang sangat cemerlang untuk tahun 2010 ini. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan pada tahun seterusnya.

Kemenangan boleh dikatakan sebagai kemenangan kepada seluruh rakyat Kelantan yang telah menanti sekian lama, juga sebagai hadiah kepada Sultan baru , Sultan Muhammad ke-V.

Penjaring gol kemenangan Kelantan, Piya

Lautan merah memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil

P/S : Kredit gambar kepada Kelate.Net

0 comments: