Friday, November 12, 2010

Rukun Berkasih

Assalamualaikum wbt

Salam Sayyidul Ayyam..Salam Jumat, penghulu segala hari. Alhamdulillah, cuaca hari ini sedikit redup. Saya sangat suka hari Jumaat, kerana pada hari ini, banyak pengisian yang boleh saya dapat melalui TV. Alangkah bagusnya kalau setiap hari seperti ini.

Tengah hari tadi, saya menonton rancangan Al-Hidayah. Dan dalam segmen Anjung Munakahat, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com) memberi ceramah yang bertajuk Rukun Berkasih. Tajuk tersebut sudah tentu berfokus kepada mereka yang sudah berumah tangga.


Saya tertarik dengan pengisian yang diberikan dan ingin saya kongsi serba sedikit ilmu yang saya peroleh tadi. Antara point yang menarik ialah tentang asas utama dalam rumah tangga, iaitu taqwa. 

Betapa taqwa dalam rumah tangga itu sangat penting. Asas yang membawa kepada Sakinah wa Mawaddah.

Sakinah wa Mawaddah
Apa itu sakinah wa mawaddah? Sakinah bermaksud tenang & damai. Ketenangan yang hadir sepanjang melayari bahtera rumah tangga. Rasa tenang itu penting. Ia melambangkan damai di hati apabila bersama yang tersayang, walau berada dalam kesusahan sekalipun; walau sempit manapun situasi yang dihadpi.

Mawaddah pula Ustaz menyatakan kasih sayang yang bertambah-tambah. Itu juga penting dalam rumah tangga. Itulah buah hasil dari ketaqwaan yang ditanam dalam sesebuah baitul muslim itu.


Itu sahaja yang dapat saya kongsi. Saya juga mengharapkan ketaqwaan menjadi asas dalam rumah tangga kami. InsyaALLAH moga sakinah dan mawaddah setia di sisi kami sepanjang melayari bahtera ini. Amin.

Wallahu 'alam.

p/s : SUka mendengan ceramah dari Ustaz Hasrizal. Benarlah, beliau banyak menekankan pada konsep erti hidup pada yang memberi.

2 comments:

m i a said...

konsep hidup yg mmberi...mia suka tu..tq ateh share ni..

ShalinzZ85 said...

yang.dapat posting mane?kalo dapat melaka gtau eh.hehe