Assalamualaikum wbt
ALhamdulillah, menghirup udara segar di hari Jumaat, penghulu segala hari. Sudah seminggu bermulanya orientasi sebenar, alhamdulillah banyak yang kuperoleh.
Orientasi
Sebenarnya, orientasi kepada guru baru masih baru diperkenalkan. Kerana itu, ramai guru senior agak pelik bilamana saya menyatakan perlu menjalani orientasi. Pada asalnya, KPM menetapkan tarikh orientasi kami selama 3 bulan seharusnya bermula Januari 2011. Tetapi, sekolah saya ini mahu melaksanakan agak awal iaitu pada musim cuti sekolah ini, huhu.
Sudah menjadi insan terpilih untuk bekerja pada musim cuti. Alhamdulillah, banyak perkara dan ilmu baru yang diperoleh. Kami mendapat jadual orientasi untuk mendengar segala jenis taklimat selama dua minggu bermula 13hb Disember yang lepas. Berikut adalah taklimat yang perlu saya ikuti bersama lima orang lagi guru baru yang lain.
PROGRAM ORIENTASI DAN MENTORING GURU PERMULAAN 2010
BIL | KANDUNGAN ORIENTASI | PELAKSANA | TARIKH/ MASA | TEMPAT |
1 | P & P Berkesan Etika Kerja Tonggak 12 SKPM | Penolong Kanan Kokurikulum | 20 - 22/11/2010 9.00 pagi – 12.00 tengah hari | Bilik Tayangan |
2 | Pengurusan & Pengendalian Aktiviti Kokurikulum | Penolong Kanan Akademik | 13/12/2010 9.30 pagi – 11.30 pagi | Bilik Mesyuarat |
3 | ICT dalam Bilik Darjah | Guru Cemerlang DG48 | 15/12/2010 | Bilik Mesyuarat |
4 | Pengurusan Hal Ehwal Murid - Dokumen murid - Pendaftaran & pertukaran murid - Pengurusan disiplin - Pengurusan kebajikan murid - 3K - Pengurusan aktiviti PIBG & komuniti - SPBT | Penolong Kanan HEM | 16/12/2010 10.00 pagi | Bilik Mesyuarat |
5 | Persediaan Mengajar Rancangan Pelajaran Harian Rancangan Pelajaran Tahunan Pengurusan Buku Rekod Mengajar | GKMP Vokasional & Teknik | 17/12/2010 10.00 pagi | Bilik Mesyuarat |
6 | Kepimpinan dalam Organisasi Visi dan Misi Sekolah Polisi dan Peraturan Sekolah | Pengetua | 21/12/2010 | Bilik Mesyuarat |
7 | Kemudahan Perkhidmatan (urusan pelantika, gaji dsb) Pengurusan & Prosedur Kewangan Sekolah Pengurusan Organisasi Pejabat | Pembantu Tadbir Kanan dan Pembantu Tadbir | 23/12/2010 11.00 pagi | Bilik Tayangan |
8 | Budaya Kerja Cemerlang | Guru Cemerlang JUSA C | 23/12/2010 9.00 pagi | Bilik Tayangan |
9 | Headcount/PATS/SAP | Setiausaha Headcount/SAP | 24/12/2010 9.00 pagi | Bilik Tayangan |
10 | Guru Sebagai Jutawan Akhirat | Penolong Kanan Petang | 24/12/2010 11.00 pagi | Bilik Tayangan |
InsyaALLAH saya akan kongsikan sedikit-sebanyak ilmu yang saya peroleh di lain waktu. Alhamdulillah rasa sangat bertuah ditempatkan di sini dan semakin menyukai persekitaran serta budaya kerja di sini.
Selain mendengar taklimat, kami juga menolong sedikit sebanyak menolong para Penolong Kanan menyiapkan buku pengurusan bersama guru-guru GSTT. Setiap hari pulang jam 1.00 petang.
Terasa sangat bertuah walaupun memulakan orientasi sedikit awal berbanding rakan-rakan yang lain. Sekurang-kurangnya kerja yang kami lakukan, mengeratkan ukhwah kami dengan pihak pentadbir selain pelbagai urusan pentadbiran dan pengurusan dapat kami pelajari sedikit sebanyak. Alhamdulillah...
p/s : Minggu depan banyak kerja menunggu...
6 comments:
selamat menjalani orientasi dengan jayanya... ~
bestnya ateh... apa2pun nti leh share dgn AK ek apa isi2 orientasi dan mentoring tu.. Hehehe..
Lastly, slmt mnjalani orientasi dgn jayanya
manje : thanx ya..
AK : insyaALLAH...
erk.. semua guru baru ke kena orientasi ni?
p/s: Virtual keyboard
sy x pasti...tp rasanya kwn2 saya yg bru posting ada orientasi..x pasti pula kalau certain negeri x dilaksanakan,,
kat mane ni?ni bkn kursus induksi ke?
Post a Comment