Monday, December 6, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum wbt

Hari ini saya bersiaran dari Kedah. Alhamdulillah berpeluang berkenalan dengan mak mertua baru, Mak.

Musim cuti sekolah adalah musim kenduri-kendara. Kenduri berkhatan, kahwin dll lg. Dan kalau guna bahasa kasar sket, musim orang mengawan. Makanya, banyaklah jemputan ke kenduri kahwin diterima.

Di Kedah ini, saya & suami berkonvoi bersama famili sebelah abang ke kenduri kahwin. DUa hari lepas ke Teloi dan semalam ke Pulau Mertajam. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat merapatkan ukhwah sesama ahli keluarga di samping dapat mengenali saudara-mara suami di Kedah ini.

Dan semalam, 5 Disember 2010, dua orang sahabat saya melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangan masing-masing. Kedua-duanya adalah sahabat dr kos Biologi. Keduanya adalah ex-MMP & MML.

Buat Hazim&Kak Nazihah serta Kak Dina&suami (anak Us.Taib Azamuddin), selamat pengantin baru buat anda berdua & pasangan. Semoga baitul Muslim yang dibina, berkekalan ke akhir hayat. Maaf x dapat memenuhi undangan kalian berdua memandangkan ateh sekarang berada di Kedah.

p/s : Tempat isteri di sisi suami...hehehe

3 comments:

♥ manje ♥ said...

salam ateh

skrg ni musim org kawen...
jenuh gak la nak memenuhi
undangan sana sini kan..

apapun selamat pengantin baru.. (^_^)

ummu uswah said...

bernikahan adalah pengakhiran zaman bujang dan permulaan zaman dewasa yg penuh tanggungjawab.

smg teguh memikul tanggungjawab kita dlm rumahtangga. amin.

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

manje : samala kita..hehe

ummu uswah : insyaALLAH..aminnn