Sunday, March 27, 2011

Apa nak jadi?

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi seperti biasa saya mulakan aktiviti hari Ahad dengan membaca surat khabar secara 'online'. Terkejut apabila ada isu tentang artis dijadikan tajuk utama. Dan fokusnya sudah tentu kepada artis perempuan dan topik utamanya ialah artis wanita paling seksi di Malayisa. Adoiyai! Sepertinya sudah tiada topik atau isu lain yang lebih penting untuk dipaparkan.

Kadang terfikir juga, akhbar sekarang bukan lagi boleh dipercayai kesahihannya, apatah lagi berita yang dibawa langsung x membawa apa-apa manfaat. Bahkan boleh membawa pertelingkahan serta juga bala. Sebagai contoh, isu-isu politik yang mana membawa kaitan kepada kes-kes seperti liwat serta video seks.

Teringat lagi semasa tahun 1998, ketika itu saya berada di Darjah 5, saya yang tidak tahu apa-apa tentang liwat boleh tahu maksudnya kerana akhbar mendedahkan satu persatu maknanya mengikut kamus Dewan. Itu kisah 13 tahun lepas, sekarang makin teruk. Bagi saya, kanak-kanak tidak perlu lagi digalakkan untuk membaca akhbar buat masa sekarang. Perkataan yang tidak sesuai dipaparkan selain isu yang belum tentu kesahihannya disebar melata. Membawa kepada gejala fitnah yang berleluasa.


Dari Hudzaifah bin al-Yaman ra, dia berkata : “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Berbagai fitnah akan dibentangkan kepada hati seperti anyaman tikar, satu benang demi satu benang. Mana-mana hati yang berhasil dirasuki fitnah itu, maka ia akan meninggalkan titik hitam. Manakala hati yang berhasil menolaknya, maka ia akan meninggalkan titik putih. Sehingga hati itu terbelah dua, hati putih seperti batu karang, yang tidak akan goyah oleh fitnah apapun selama langit dan bumi masih tegak. Sedangkan yang lainnya hati hitam seperti warna yang sangat putih terletak dalam warna hitam, ia seperti kuali terbalik, ia tidak mengenal kema’rufan dan tidak pula menolak kemungkaran, kecuali apa-apa yang bersesuaian dengan keinginan hawa nafsunya.”
(Riwayat Muslim)


Ini belum termasuk kisah-kisah artis Malaysia yang entah apa-apa. Berlakonnya entah ke mana, badan dan pinggul dijadikan aset untuk meningkat naik. Sesetengah wartawan pula, bagaikan tiada lagi isu untuk dimainkan melainkan tentang gosip serta memaparkan gambar-gambar yang tak sepatutnya. 

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Isu serta gambar dalam akhbar tidak ubah seperti majalah-majalah lucah yang ada di luar negara. "Pinggul Fasha Menggoda", bayangkan itu yang dijadikan tajuk utama artikel muka depan akhbar online itu, huhu.

Dalam saya kebengangan tentang itu, terbaca pula artikel dari akhbar yang lain.

Sumber : Di sini

Adakah ini yang kita tunggu selama ini? Bala yang bakal ALLAH timpakan kepada negara ini jika keadaan sekarang berterusan berlaku di negara kita. Banyak sudah perkara yang boleh membawa bala kepada kita sedang berlaku sekarang. Dan apa yang saya bangkitkan hanya satu isu, tentang akhbar atau lebih umumnya media.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)


Itu tentang bala, belum bercakap tentang tanda-tanda akhir zaman lagi. Yang sudah banyak muncul. Adakah kita ni tergolong dalam umat akhir zaman yang sentiasa dalam kemurkaan ALLAH? Nauzubillah...

Fikir-fikirkan... Wassalam

p/s : Nak baca paper memualkan, tengok berita kat TV lagi membengangkan...LAyan Blog je la..

No comments: