Saturday, August 24, 2019

SAYA SEORANG EPO SSPN I PLUS

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu


Teringin nak berkongsi tentang apa itu EPO dan apa kaitan dengan PTPTN. EPO adalah Ejen Pemasaran Online bagi produk PTPTN iaitu SSPN I-PLUS. Saya adalah EPO berdaftar di bawah bahagian Seksyen Digital Marketing (PCSDM)PTPTN. 

Fungsi EPO adalah untuk mempromosikan tentang SSPN I PLUS kepada warganet yang berkelayakan terutamanya bagi yang mempunyai anak sebagai salah satu pilihan untuk simpanan masa depan. 

Mula berdaftar sebagai RNA dlu kemudian di upgrade menjadi EPO selepas mengikuti kursus di cawangan PTPTN di Nilai iaitu di Avenue 9 seitar Giant Nilai pada September 2017. Dulu semasa join ni hanya sekadar isi secara online sebagai RNA kerana masa tu niat nk ambil SSPN untuk anak untuk dapatkan pelepasan cukai. 

Sebelum ni tidak begitu aktif untuk mempromosi tapi apabila baru-baru ini mendapat emel dari PTPTN yang menyatakan EPO sudah distrukturkan dan tidak lagi diuruskan oleh pengurus cawangan PTPTN tetapi berada di bwh Seksyen Digital Marketing PTPTN pula. Jadi timbul semangat pula untuk menjadi EPO yang aktif.

Jadi, jika ada geng blogger yang berminat untuk membuka akaun SSPN I PLUS untuk anak-anak boleh buka link INI dan boleh terus daftar secara dalam talian. Tak perlu lagi bersusah-susah nak ke mana-mana cawangan PTPTN. Sebarang pertanyaan boleh tanya saya terus. ^_^ 


No comments: