Sunday, April 12, 2009

Happy birthday to me....

Selamat Hari Lahir ke 22 to Ateh

Assalamualaikum wbt....



Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi oleh ALLAH SWT untuk diri ini menghebuskan nafas pada tarikh 11 April 2009. Usia ku menjejak ke 22 tahun. Tarikh kerimat yang begitu bermakna. Membawa harapan dari diri sendiri untuk terus matang serta berhijrah dari dunia mazmumah ke akhlak yang mahmudah.




Seawal tarikh 10 April lagi, selepas majlis tahlil di rumah Puan Aisyah, sahabat JMK ku menyayikan lagu hari lahir buatku. Sungguh terharu, terima kasih buat semua. Sebelum itu lg, dua orang sahabatku, Masatirah dan Mas Haliza dtg ke bilikku, membawa kek. Kami menikmatinya bersama-sama. Syukran sahabat2ku tersayang. Ateh sayang kamu...


Me with Mas Haliza

Me with Masatirah


Tepat jam 12.00 tgh malam, alarm hand phone ku berbunyi...reminder hp ku berbunyi bertekskan, "seorang insan dilahirkan"...insan itu adalah aku. iaitu pada tarikh 11 April 1987...


Handphone ku penuh dengan ucapan hari lahir dari adik-beradikku, sahabat2 serta kenalan2 ku...Syukran, thank you dan terima kasih buat semua. Namun, aku masih menunggu ucapan dari ummi dan buya ku...


Pada petangnya, aku ke pasar malam bersama kak dilla dan dayah. Banyak betul makanan yang kubeli, heheheh...Balik je, terus ke bilik mesyuarat kerana perlu melihat borang2 untuk pemilihan pelajar yang akan menghuni kolej pada semester depan. Selepas itu, menolong serba sedikit untuk persiapan forum anjuran Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah, MPP. Terjumpa seorang sahabat, sambil berseloroh, hari ni birthday ana, ana nk hadiah dr cikgu.''.Sahabat itu berkata, nt ana p cari hadiah..hehhehee


Malam menjelang malam, aku menelefon ummi. Aku memberitahu ummi, ummi ari ni birthday ateh. Ummiku beristighfar. Ummi cakap, ummi terlupa, tambahan pula ummi menukar handphone, so tiada reminder lagi dalam handphonenya. Ummi bertanay, nangis ke? Ateh cakap, x la..Huhu..Walaupun hakikatnya sedih juga, tp x nangis. Selepas itu, buya pula menelefon. Buya minta maaf kerana terlupa, huhuhu...X pe buya, yg penting ateh x pernah lupa bahkan sentiasa rindu ummi dan buya...


Malam itu aku tidak dapat trun ke forum kerana tertidur, keletihan n sakit kepala. Tersedar jam 10.30 malam. terus menelefon ummi. Hari ini juga adalah tarikh bermakna kerana sepupu 'dia' dtg ke rumah bertemu ummi dan buya untuk berbincang tentang sesuatu yang agak bermakna serta amat penting buatku...Ya Allah, moga dipermudahkan.


Selepas itu, aku bersiap-siap untuk trun ke bawah memandangkan pada malam ini akan diadakan fire drill di kolej ku ini. Terjumpa ngan sahabat td, lalu dia menghulurkan hadiah yang dijanjikan. aku agak terkejut, Tak sangka dia betul2 membelikan hadiah buatku. Syukran sahabat...


Buat ateh, terukan berjuang. Teruskan thabat dalam perjuangan Islam. Dua semester ini, aku akui aku terlalu penat dgn jawatan ku di kolej, namun percayalah sahabat2 seperjuanganku, aku tidak pernah terniat untuk 'lari' dARI perjuangan sebenarku. Bukan mencari alasan, tapi buat masa sekarang terlalu penat. Untuk menghabiskan jawatan di kolej ini buat masa sekarang, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Minta maaf buat semua.


Di akhir semester ini, serta menuju pengakhirannya berkhidmat dalam JMK selama empat semester mengajr serta memberi pengalaman yang sangat berguna. Jerit-perih, suka duka, susah senang, pahit manis dalam meniti hari2 penuh amanah dan tanggungjawab, memberi suatu yang tak dapat dinilai dengan kata2..Kekuatan itu datang kerana semua itu...


Exco Sukan & Rekreasi, JMK KHAR 07/08

Setiausaha Agung JMK KHAR 08/09

~Perjuanganku belum selesai~

Aku adalah aku yang berjuang...


2 comments:

Nurul Akma Bahari said...

happy birthday ateh..:)

Faizul Afzan said...

Salam Aateh. Selamat Hari Lahir.. Moga dapat memperbaharui azam dan semangat utk terus berjuang ya! ... Ok Ateh... Ateh adalah Ateh yang berjuang... !! Tumpu kepada matlamat.. insha allah doa abg mengiringi!!- penaFATEH