Monday, August 31, 2009

Isu Kartika

Kartika Dewi

Kisah Kartika menjadi bualan. Banyak rakan bloggers yang menulis memberi alas an tentang beliau. Di kesempatan yang ada, ingin juga aku menyatakan pendirianku tentang ini. Suka untuk aku merujuk blog-blog mereka yang lebih berilmu tentang wanita ini. Yang popular akibat hukuman yang dikenakan kepadanya. Sila rujuk blog-blog berikut untuk lebih informasi.

1. Blog Ustaz Nasarudin At-Tantawi
2. Ustaz Hasrizal
3. Artikel ’Sebat untuk Didik’, Harian Metro

Apa yang istimewanya tentang Kartika? Seorang wanita yang ketemu penyesalan lantas rela menerima hukuman akibat tindakannya yang menzahirkan perbuatannya yang meminum arak di balkoni hotel semasa di Cherating. Kartika dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah akibat perbuatannya yang amat jelas bertentangan dari syariat Islam.





Apa yang ingin aku ulaskan ialah kontroversi tentang pelaksanaan hukuman sebat ke atas beliau. Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah dan rahmat ke atas Kartika kerana beliau dengan penuhn keinsafan serta redha untuk menerima hukuman tersebut. Benar, apalah sangat untuk menanggung hukuman dunia berbanding hukuman ’di sana’ nt? Jauh lebih hebat sahabat2... Kartika menerima dengan penuh berlapang dada serta sudah siap siaga untuk bertemu hari hukuman yang bakal dikenakan.


Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:
(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal



Namun, beliau kecewa. Ada arahan dari ’pihak atasan’ yang mahu hukuman ini ditangguhkan. Atas alasan, ingin dikaji semula hukuman sebat sayr’i ke atas wanita atas alasan biasa, penindasan. Ada juga yang beria-ia menguar-uarkan atas dasar untuk menghormati bulan Ramadhan ini. Apakah ini???? Beginikah yang terjadi apabila hukum Islam ingin dijalankan??? Campur tangan orang atasan menjadi penghalang kepada pelaksanaan hukuman ini. Sungguh melucukan apabila Perdana Menteri boleh bercakap tentang tarbiah apabila mengaitkan tentang hukuman ini. Kata beliau, utamakan tarbiah dahulu berbanding memberi hukuman. Astaghfirullah...Mengucap panjang diriku... Adakah PM tahu maksud sebenar tarbiah? Dengan Dato’ Shahrizat mula dengan berkobar-kobar bercakap tentang isu hak asasi wanita. Semuanya ingin menyelamatkan Kartika daripada terkena sebatan.

Cuba renung kembali... Pada pendapatku, biarlah Kartika disebat. Moga hukuman yang diterima mampu mengurangkan hukuman bahkan menghapuskan balasan yang bakal diterima di hari pembalasan kelak..Wallahu ’alam...

Firman Allah (maksudnya): Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91).


Namun, ini pula yang terjadi. Cuba sahabat-sahabat dalami kembali hakikat hukum dalam Islam. Sebat syar’i amat berbeda dari sebat sivil yang diamalkan di penjara-penjara di Malaysia. Sebat sivil lebih menyakitkan. Selidiki kembali. Hakikat hukuman dalam Islam membawa dua perkara, untuk menyakitkan dan juga memalukan. Namun jangan salah faham. Memalukan adalah dari sudut untuk menimbulkan rasa keaiban dalam melakukan perkara-perkara yang ditegah syarak. Kerana itu, hukuman sebat dalam Islam dilakukan di depan khlayak. Manakala dari sudut menyakitkan pula, hukuman yang ditimpa bertujuan untuk memberi seribu penyesalan agar tidak mengulanginya lagi. Juga pangajaran kepada yang lain untuk merasa takut dalam melakukan kesalahan.

Begini yang terjadi apabila hukuman Islam ingin dijalankan di negara yang diisytiharkan sebagai negara ISLAM???? Jika atas alasan ingin memuliakan Ramadhan, cuba lihat kembali bagaimana pihak kerajaan menghormati bulan Ramadhan. Sambutan muda-mudi yang berpeleseran dalam menunggu detik 31 Ogos pada malam semalam yang tiada usaha untuk menghalang dari pihak kerajaan. Usah mustahil serta keluh-kesah jika bala H1NI belum mencapai kesudahan di Malaysia. Allah masih sayang kepada hambaNYA di negara ini. Dia menimpakan musibah agar kita beringat. Namun, ada yang masih leka....

Firman Allah: ''Apabila manusia ditimpa bencana maka mulalah mereka berdoa kepada Tuhan serta kembali (bertaubat) kemudian apabila bencana itu ditukar menjadi nikmat, maka mereka mula lupa tentang apa yang pernah mereka doakan dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah bagi menyesatkan manusia dari jalan Allah.'' (Surah al-Zumar: 8).



No comments: