Thursday, August 13, 2009

Perginya Tak Kembali Lagi...




Assalamualaikum wbt...

Pagi ini, seperti biasa akan menghadap laptop sambil membelek nota kerana ada kuiz sintesis organik. Aku 'on' kan 'Winamp player' lalu secara automatiknya lagu 'Hikmah Ramadhan' dimainkan dendangan kumpulan Ramadhan. Tiba2 terbaca status Nurul Azrizal di YM yang berbunyi "Ustaz Asri Rabbani dalam Kenangan". Aku bertanya padanya, kenapa? Lalu dia mengatakan bahawa Ustaz Asri sudah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Aku seakan-akan tidak percaya. Lalu aku segera ke laman Utusan Online, lalu di pautan berita terkini tertulis 'Asri Rabbani Meninggal Dunia'.


Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Terkejut.

Aku adalah salah seorang peminat kumpulan nsayid ini. Aku telah didedahkan oleh alunan suara merdu Allahyarham seawal darjah Dua lagi apabila ummi ku membeli kaset kumpulan Nada Murni.

Dan apabila tertubuhnya kumpulan Rabbani, aku juga turut membeli kaset album pertama kumpulan itu, Assalamualaikum. Dan sejak dari itu, album seterusnya turut dibeli dan album terkahir yg kubeli adalah album Apa Yang Kau Tahu.

Alunan suara merdu Allahyarham amat menusuk jiwa samada alunan nasyid, zikir mahupun laungan azan. Sungguh syahdu.

Aku juga sangat terpegun dengan akhlak beliau. Pernah suatu ketika dahulu semasa terectusnya kontroversi apabila kumpulan Rabbani dengan penuh beraninya menghasilkan album dengan kerjasama kumpulan KRU dan terhasilnya lagu nasyid berentak moden bertajuk "Pergi Tak Kembali." Pada masa itu, beliau ditemu ramah oleh rancangan Muzik TV bertanyakan tentang kritikan serta ketidak bolehterimaan segelintir masyarakat akan terhasilnya lagu itu. Aku teringat akan kata2 beliau, dengan penuh hikmah dan dalam niat yang tak terlepas untuk berdakwah, beliau membacakan petikan sebuah hadis (kalau x silap), "Sesungguhnya Allah itu indah, dan suka akan keindahan". Seni itu indah jika kita mampu menggunakannya untuk tujuan dakwah. Allahyarham meraikan kepelbagaian pendapat tentang perkara itu dan menerima segala teguran dan kritikan pebuh berlapang dada. Misi dakwahnya tidak pernah berhenti kerana itu. Rabbani meneruskan monopolinya dalam industri nasyid dan medan dakwahnya tersendiri.

Dan apa yang dapat aku perhatikan ialah beliau adalah seorang yang berakhlak tidak kira dengan sesiapa.

Dakwah allahyarham adalah melalui nasyid. Dan beliau meninggal juga ketika beliau dalam usaha untuk meneruskan dakwah itu. Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga Allah menempatkan allahyarham di tempat yang tinggi darjat di sisi-NYA.

Sayu membacaa nukilan ayat-ayat di blog Allahyarham di posting bartarikh 26 August 2008, " Selamat menyambut RAMADHAN buat semua! doalah selalu agar semangat beribadah dan berlumba lumba ibadah ye....jom kita lumba TADARUS QURAN sama nak?".
Sudah tertulis bahawa Allahyarham tidak berkesempatan menemui Ramadhan kali ini. Allah lebih menyayanyi pendakwah ini untuk berada dekat di sisiNYA pada saat yang telah ditentukan di Loh Mahfuz. (Al-Fatihah)

Aku sangat mengagumi Allahyarham. Membawa misi dakwah dengan caranya tersendiri. Juga melalui akhlaknya. Sehingga ke nafas terakhir. Begitulah seorang pejuang agama Allah, yang x pernah kenal erti penat lelah, membawa visi serta misi dakwah. Nanyian nasyidnya menjadi siulan muda mudi juga dari golongan non-Muslim.

Sedih mengenangkan situasi di bumi UPSI ini. Golongan yang ingin menyampaikan dakwah dihina, dikutuk, bahkan ada yang berani mempersoalkan suatu hukum. Allahu Rabbi. Adakah kiamatMU benar-benar sudah tidak sabar untuk menjelma?Kerana bumiMU ini sudah tidak mampu menanggung makhlukMU bergelar manusai yang sentiasa terlupa, yg sudah leka dengan buaian kealpaan duniawi. Dengan gejala penyakit pandemik akibat virus H1N1 sebagai bala daripadaMU untuk memberi peringatan pada yang terleka. Namun, ini juga tidak dihiraukan. Kesucian Sya'aban dan pengalu-aluan kedatangan Ramadhan tenggelam dengan pesta muda mudi, konsert yang penuh kelalaian.

Wallahu 'alam.

Semoga aku menjadi golongan yang sentiasa beringat dan mampu memperingatkan yang lain. Berikanlah kekuatan pada ku Ya ALLAH.....................................


1 comment:

pemelihara cahaya said...

al Fatihah utk ustaz asri.semoga rohnya ditempatkan org beriman.