Saturday, September 19, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan bakal berakhir...

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku bakal meninggalkan kolej untuk pulang berhari raya, Thanx to kak long coz sudi dtg amik. Erm...banyak perkara yang berlaku sepanjang Ramadhan ni. Ramadhan terakhirku di kolej. Menyingkap tentang kenangan Ramadhan di kolej ini, pada semester pertama, aku menjadi rexco Biro Kerohanian dan Perpaduan. Pada waktu itu, aku kurang aktif dan aku hanya 'join' tadarus yang dilaksanakan di setiap rumah di setiap aras mengikut giliran hari. Pada masa itu, aku dan hosmetku sangat takut pada Kak Aisyah Aklima, mcm2 persepsi yang diberikan tentang beliau, tapi segalanya meleset bila beliau ku kenali. Kakakku itu bakal melangsungkan pernikahan pada raya ke 5 tahun ini. Tahniah kak....

Pada semester ke 3, menyambut Ramadhan ke 2 di kolej. Kali ini aku sbg JMK. Walaupun pada ketika itu, jwtn aku adalah sbg Exco Sukan & Rekreasi, namun kerana rumetku yang juga merangkap sahabtku, Masatirah sbg Exco Kerohanian & Perpaduan, maka aku boleh dikatakan turut terlibat secara langsung dalam Program Semarakkan Ramadhan. Menjadi pembantu di sebalik tabir, meneman ke sana ke mari, menolong mana yang mampu serta rutin hari, membentang tikar serta berbuka di bawah.

Masuk semester ke 5 aku di UPSI, sekali lg sebagai seorang JMK. Walaupun memegang amanah sebagai Setiausaha Agung, aku tetap terlibat scr langsung memandangkan rumetku kali ni iaitu Kak mailto:We@%20Kak Wani yang memegang jawatan sebagai Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah, JMK sidang itu. Ramadhan Bulan Tarbiyah, aku meneruskan rutin biasa, membentang tikar, menyediakan serta membungkus bubur lambuk yang disediakan oleh Pusat Islam.

Dan kali ini, pada semester terkahir ku di kolej, aku turut terlibat secara langsung dalam program Giat Amal Ramadhan. Kali ini x tau sbg apa... Senior, Rakan Surau @ Mantan JMK?
Namun apa yang pasti, atas niat ikhlas nak tlg sahabatku Anisah dan juga Abu... Aku buat montaj untuk majlis penutup. Agak x menarik, tp aku ikhlas...



Ramadhan yang dilalui di kolej, segala yang aku lakukan, bukan krn jawatan yang aku pegang, tetapi aku ikhlas..Semoga sedikit sebanyak menampung amal yang dilakukan dalam bulan Ramadhan ini...

Ramadhan kali ini, banyak kenangan ngan adik2 dan sahabat2...Tahniah buat Anisah dan Abu, anda punya rexco yang sangat mantap dlm memberi komitmen. Gunakan kelebihan yang ada ini sebaiknya, ketegasan perlu ada, mereka ni kebanyakan manja2...hehe...Buat Yani, Hala, Nina, Aisyah, Tiqa. Fizah, Wana, Fifah, Su, Ayu, Pok Loh, Rasydan n sume rexco yang terlibat (maaf x tau nama).

Buat sahabat2ku semester 7 yang berada di KHAR, Dayah, MasA, MasHal, Sabiha,Aqilah, Ain....ada banyak lg yang perlu kita selesaikan sebelum berakhirnya semester 7 ini. Proses pentarbiyahan x pnah selesai, adik2 masih perlukan tnjuk ajar dari kita. Ada sesuatu yang perlu kita tinggalkan utk mereka semua...




Anisah dan rexco2nya

Sabiha, Ain, Ateh, Mas dan Fiza

Ateh dan Puan Sabiha
Posing2

Bungkus2 moreh

Pakar membuat air

Terawikh di gelanggang...

Sunday, September 13, 2009

Indahnya saat bersamaMU

Aku rindu untuk bersamaMU lagi Ya Allah...Moga peluang itu sentiasa hadir...


Misi memburu malam Al-Qadr......

Moga taubatku diterima...

(p/s : tiada kata-kata, hanya gambar mampu perjelas segala...)

Tuesday, September 8, 2009

Amanat Sheikh Ahmad Yassin



“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)”. (Al-Ahzab:23)

Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa arab telah berkata :“ tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan (kerusi roda) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai panyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab, kalian diam membisu dan lemah, atau adakah kalian semua telah mati binasa.Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadapa kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah… tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yangn dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas… tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.


Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian. Tidak malukah Negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringkan bebanan kami.Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokok-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan : “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!” Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami?

Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis didahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dengan keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda. Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada`. Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati.

Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini. Ya Allah kami mengadu kepadaMu … kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada ornag-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Enkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan meyerbu kami.

Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan , ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan. Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terbelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami , betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami…


siapa AKU?..siapa KAMU?..



SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad
Yasin, 1938-2004)
beliau dibunuh oleh rejim zionis
melalui tembakan dari helikopter

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selata n Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetu s perang 1948,
familiku berpindah,
Mengha rung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa,
aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kut amatkan pengajian sekolah,
Kuterusk an ke Universiti Ain Syams,
padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa
berhenti ,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,Akulah guru, mengajar tatatert ib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983 ,aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.
Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa
Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandanga n kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik,
dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al
tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi, Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulang lah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Dunia ku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...
Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?

Apa yang kamu telah sumbangkan untuk
agama Allah?

(p/s : Teringat petikan ceramah Ustaz Azlan Zainal tempoh hari. Beliau bercerita tentang Dr Yusof Al-Qardhawi yang bertanya kepada As Syahid Sheikh Ahmad Yassin kenapa kamu berjuang sedangkan musuh serata memburu kamu walaupun kamu seorang yang cacat. Lalu jawah As Syahid, "Pertamanya aku rindu untuk untuk bertemu penciptaku iaitu Allah dan yang kedua aku rindu untuk mati syahid...")

Wednesday, September 2, 2009

CERAMAH GIAT AMAL RAMADHAN


Tumpahnya air itu...



Akhirnya air mata itu tumpah juga
Air mata pada Yang Maha Esa
Yang sekian lama tesimpan kemas
Dek kerasnya hati
Dek lemahnya iman
Kerna terikutnya nafsu
Lantas kealpaan menerobos jua...

Sudah lama air mata ini tidak gugur
Atas penyesalan dosa noda
Akibat rona jiwa yang meronta
Menempiaskan keluh-kesah hanya pada manusia

Ketenangan itu hadir jua
Hakikat ketuhanan itu menjelma
Bila diri merasa bertuhan

Tuhan...
Selangkah kuhadir pada MU
Sejuta langkah ENGKAU padaku

Tuhan...
Moga aku sentiasa dalam rahmatMU
Berpegang kemas pada syariatMU
Berdiri kukuh di jalan agamaMU

Tuhan...
Istiqamahkanlah aku....
Moga aku tidak futhur....
Aku takut...sangat takut.....

Aku rela nikmat duniawi dijauhkan
Asalkan aku bisa dekat dengan hikmah ukhrawi yang mendamaikan....
Di sana......



(Aku adalah aku yang berjuang)
2.54 am
2 September 2009
KHAR, UPSI