Sunday, November 29, 2009

Daging Korban


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kisah berlaku di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke kampung....

Ira : Banyak btol lembul musim2 raya aji ni.. Bertempiaran lari dari dikorbankan
Kak Long : Yer la, dapat sms td, ckp yg tiket air asia abis coz lembu beli untuk melarikan diri ke luar negara.
Ateh : Loyar buruk btol (dalam hati). Erm, bukanlah, lembu2 tu lagi suka untuk dikorbankan. Fitrah kehidupan, sesak dan perit menghadapi kematian.
Adjeng : Betul tu. Lembu lagi suka sbb dia suka orang makan daging dia...
Ateh : Apakah??? (Gelak)

Itu salah satu perbualan yang berlaku antara kami adik-beradik dalam suasana Hari Raya Korban ini. Di Kelantan, perayaan ini agak meriah berbanding di negeri-negeri lain. Bahkan Tok Guru telah mengarahkan semua pasar raya ditutup pada hari raya pertama ini. That's y hari tu agak terkejut apabila melihat KB MALL gelap gelita.

Penulis percaya, masih ramai di kalangan masyarakat kita yang belum benar-benar memahami nilaian daging korban itu sendiri. Di sini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak perolehan untuk manfaat bersama...


Hukum Korban

Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.

Waktu melakukan ibadah Korban

Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.

Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?

Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.

Pembahagian daging

Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).

Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?

Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir,

Bolehkah daging korban disimpan?

Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.

Sedekah pahala korban unuk Nabi

Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi

Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.

(sumber : http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/12/04/ibadah-korban/)

p/s : Pergi ke mana2 rumah terbuka, daging menjadi hidangan utama, perut sangat kenyang...lalala...alhamdulillah.

1 comment:

Anonymous said...

Ramai sangat lembu yang tumbang.

Nak makan daging pun sampai tak lalu nak makan.

Asyik teringat waktu melapah daging korban.

Kadang-kadang terfikir. Alangkah baiknya kalau daging korban itu sampai pada golongan sasaran.

Banyak sangat pun orak kepangan (tak termakan).

Jadi bazir buat yang tak habis makan.

Ai, kesian kat daging korban tu.