Tuesday, December 8, 2009 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Permulaan...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menaip di sini...

Banyak perkara yang ingin dikongsi di sini, namun ini sebagai permulaan. Permulaan dengan menggunakan capaian internet melalui Celcom Broadband yang baru di 'activate' hari ini. Broadband ini didaftarkan didaftarkan di Celcom Point, KB Mall, beberapa hari sebelum kejadian kereta yang terjatuh dari tingkat parking atas hingga mengorbankan dua nyawa.

Kejadian ini begitu mengejutkan. Namun ia juga dijadikan isu oleh sesetengah pihak untuk menjatuhkan kepimpinan Tuan Guru. Berita awalnya mengatakan 'KB Mall runtuh'. Namun selang beberapa ketika, barulah asbab sebenar kejadian diketahui. Kejadian ini perlu diambil iktibar buat kita semua. Tentang kematian yang boleh menjemput kita dengan sekelip mata. Musibah boleh datang bila-bila masa.

Berbalik kepada cerita Broadband td, moga capaian internet memberi manfaat kepada tuannya. InsyaALLAH.

p/s : Bayaran bulanan RM 50 memandangkan menggunakan pakej 'student'

1 comments:

Pemuda@gamA said...

Lepas ni, rajin-rajinlah menulis ya!