Program Kembara IPT
Kak Moon n Kak Ijey
MENARA '04
Masa form 3...kat stadium, nak p tgk konsert
Program di Ambang Menara Gading (MENARA '04)
Assalamualaikum wbt...
Entah kenapa tiba2 rindu itu menggamit..Tambah plak bru sahaja chat ngan KakIjey, berbual bicara kisah lama serta tentang kehidupan masing2 sekarang. Persahabatan itu x kan terhenti, walau banyak perkara yang berlaku. Aku di sini, kerana kamu juga di sana sentiasa mendoakanku. ingatlah sahabatku, aku tetap sahabatmu yang dulu. Aku lebih dulu mengenal erti persahabatan bersama kamu, sebelum menjejakkan kaki ke matriks dan U...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah..... masih mampu menaip di sini.. Walaupun timbul kemalasan untuk menulis. Namun agak cemburu melihat blog rakan2 yang di 'update'. Kali ini, tiada mood untuk menulis tentang apa2 melainkan tentang kisah persahabatanku.. Sahabat-sahabatku yang kukenal sejak di Maahad lagi..Sungguh bertuah bergelar Maahadian, hingga sekarang masih terkenang kisah ketika di sekolah. Kisah suka duka bersama teman-teman seperjuangan...Moga sentiasa kekal di ingatan...
Entah kenapa tiba2 rindu itu menggamit..Tambah plak bru sahaja chat ngan KakIjey, berbual bicara kisah lama serta tentang kehidupan masing2 sekarang. Persahabatan itu x kan terhenti, walau banyak perkara yang berlaku. Aku di sini, kerana kamu juga di sana sentiasa mendoakanku. ingatlah sahabatku, aku tetap sahabatmu yang dulu. Aku lebih dulu mengenal erti persahabatan bersama kamu, sebelum menjejakkan kaki ke matriks dan U...
Terkenang juga kenangan bila mana kami sama2 menyertai Kem Di Ambang Menara Gading anjuran ABIM dan PKPIM. Dan selepas itu, geng2 kami dipanggil oleh Abg Afzan untuk menjadi jawatankuasa penaja untuk menubuhkan Ikatan Menara Darul Naim (IMDAN) di mana aku telah dilantik sebagai SU/ . Dan dari situ, IMDAN sempat menganjurkan beberapa program antaranya iaitu Kembara Menara Gading ke UIA, UM, ke pejabat ABIM. Kami juga sempat menjadi fasi dalam Kem Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Islam ABIM Al-Hikmah. Sungguh indah kenangan itu.
Video Kembara IPT oleh Abg Afzan..
Buat sahabat-sahabatku....
Aku bukanlah insan yang sentiasa menyampaikan khabar berita, namun namamu x pernah lekang di bibirku kala berdoa...Moga ALLAH sentiasa merahmati kalian semua... Ingatlah, ikatan ini hnya terhenti tika maut yang menoktahkannya...
2 comments:
Bila berada dalam jalan dakwah, ada saat manis tak kurang juga saat pahit. Saat manis selalunya kita kenang, saat pahit menjadikan kita lebih kuat. Tak kira saat manis atau pahit yang kita dapat, takkan mengalah untuk kita menjadi pejuang. Kerana itu adalah impian... impian yang akan tercapai setelah Allah memberi pengiktirafan kepada kita sebagai pejuang agamaNya. Wallahua'lam.
Assalamualaikum...
Ateh...rindu sangat kat maahad. Bumi barakah. Teringat kt ustaz n ustazah yang x jemu2 bagi nasihat kt kita...
Post a Comment