Tuesday, November 10, 2009 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

ZIarah Tariq

Alhamdulillah pagi tadi selesai sudah paper last untuk final exam semester ini. Kinetic Chemistry; tidak dijangka soalan yang diberi begitu ‘simple’. Namun bak kata kawanku, salah sedikit akan mempengaruhi markah kerana markah keseluruhan untuk paper td adalah 30 markah di mana ianya perlu dinisbahkan kepada 50 markah. Selebihnya adalah markah ‘coursework’.


Survey

Selesai saja exam, terus berbincang ngan rakan2 sekelas untuk membuat perancangan ke Klang untuk ‘survey’ rumah sewa serta sekolah untuk menjalani praktikum nanti. Hari Rabu disepakati sebagai hari yang sesuai untuk ke sana. Insya Allah, moga ALLAH permudahkan perjalanan ke sana nanti. Ini boleh dikatakan sebagai permulaan kepada cabaran yang bakal dihadapi apabila keluar nanti.


Rumah Sewa

There’s no more college. Huhu.. I’ve been staying in college for seven semesters. So, can’t imagine my life’s going through when staying at rent house. Quite challenging!!!


Perjalanan

Apa yang ingin aku kukongsi di sini ialah kisah yang berlaku pada ‘study week’ yang lepas. Baru berkesempatan untuk berkongsi di sini. Aqilah dan Akma telah membuat perancangan baik punya untuk menziarahi Kak Nurul dan anaknya, Muhammad Tariq Ziyad yang selamat dilahirkan pada 17 Oktober 2009 di Klang. Memandangkan Ija ada keta Vivanya, maka kami tiada masalah kenderaan untuk menuju ke destinasi. Hanya berkongsi duit minyak, duit tol dan duit untuk membeli hadiah.


28 Oktober 2009

Hari yang dijanjikan tiba. Asalnya berjanji untuk berkumpul jam 9.00 pagi, namun kami bergerak jam 10.00 pagi kerana ada yang terlewat bangun..(hehe, sapa tu??). Maka, Viva putih meluncur laju dengan gembiranya. Berpandukan mesej yang diberikan, kami mencari exit ke kiri to Kuala Selangor. Dalam kereta, mmg kalut memandangkan ini adalah pengalaman pertama kami ke Klang. Oleh kerana pandangan kami dihalang oleh lori2 besar di sebelah kiri, maka kami terlepas lorong ke Kuala Selangor itu, lebih kurang 200 meter juga kot. Kereta dihentikan di sebelah kiri jalan. Syura dijalankan maka kami membuat keputusan untuk ’reverse’. Memandangkan kelima-lima daripada kami adalah pelajar Kimia yang belajar Kinetic Chemistry dengan Dr Salihan, maka adalah perlu untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam ’reversible reaction’. Sangat berisiko kerana lori-lori dan treler bergerak laju di sebelah kanan kami. Jika tersilap langkah, bayangkan apa yang berlaku (Nauzubillah). Ada beberapa kereta yang meng’hon’ kereta kami agar tidak membuat ’reverse’. Apapun, kami telah tekad. Dengan kepakaran akma memandu, kami berjaya. Tahniah!


Masuk je ke lorong itu, kami sesat memandangkan tidak terserempak dengan papan tanda. Maka dengan penuh tawakal kami menuju sahaja ke hadapan, sehinggalah berjaya sampai ke Klang. Setibanya di Klang, kami sepakat untuk mencari shopping complex memandangkan hadiah untuk Tariq belum dibeli. Kami singgah sebentar di Klang Parade, kemudian setelah itu kami bergerak ke 7Eleven untuk membeli makanan sementara menunggu suami kak nurul datang. Alhamdulillah akhirnya, sampai juga kami di rumah Kak Nurul. Terubat segala kepenatan melihat senyuman Kak Nurul serta wajah comel Tariq yang nyenyak tidur.


Kami ...Reunited


Pasangan Muda

Melihat kehidupan Kak Nurul, aku sangat berbangga melihat kegigihan pasangan muda ini. Dalam keadaan berpantang, Kak Nurul dilihat banyak berdikari tidak seperti ibu-ibu lain. Emak kak Nurul hanya sempat datang menjaganya sekejap sahaja memandangkan adik-adik k.Nurul yang masih kecil di Kelantan memerlukan perhatian juga. Kak Nurul dan suami sangat tegar menjalani hidup sebagai pasangan muda. Hidup di negeri seperti Selangor yang taraf hidupnya tinggi membawa kepada kegigihan sang suami berpenat lelah bekerja dalam menyara hidup apatah lagi si isteri masih lagi belajar. Tambahan pula apabila hadirnya ahli keluarga yang baru. Itulah harga yang perlu dibayar namun kebahagiaan menjadi pengubat segalanya.


Nurul Munirah Md Nordin

Mengenali insan ini lantas bergelar sahabat merupakan sesuatu yang sangat berharga. Apatah lagi kami sama-sama berjanji setia untuk meneruskan perjuangan ini. Ianya semakin terikat apabila kami sama-sama membuat keputusan untuk memohon jawatan JMK dan seterusnya sama-sama terpilih. Kami pada ketika itu menjadi penghuni pertama kepada rumah tinggalan TNC HEPA yang sangat cantik (ada grill, dinding ber’wallpaper’, bilik yang berkarpet serta satu bilik kosong sebagai ruang dapur). Rumah 3-5-12. kami berenam menjadi semakin rapat apatah lagi Ibu Nurul ini sangat keibuan sifatnya. Suka memasak untuk kami, menjadi tempat meluah masalah dan sebagainya. Walaupun ada ketikanya ada juga perkara yang aku dan KN tidak sehaluan pendapat. Sungguh indah memori itu. Susah senang bersama apatah lagi banyak berkongsi masalah serta penat lelah dalam memegang jawatan. Riang gembiara, jerit perih, keluh kesah, air mata dan esak tangis menghiasi rumah itu.


Banner Kak Nurul PRK 2007


Calon PRK

Antara detik yang tidak dapat dilupakan bila mana K.Nurul menjadi calon PRK. ALLAHUAKBAR! Taklifan yang besar diterima dengan hati yang pada mulanya amat berat namun akhirnya redha. Menjadi calon bukan dari golongan ’pilihan’ itu sungguh mencabar. Aku melihat sendiri kesusahan itu. Namun, aku juga melihat kegigihan itu. Bertanding atas tiket ’bebas’, melawan jentera ’golongan’ itu yang penuh mehnah dan tribulasi. Menerima sms dan panggilan telefon ugutan, dieekori oleh kenderaan yang tidak dikenali semasa pulang dari rapat umum di Proton City, fitnah dan cacian melata, tidak melemahkan semangat itu. Walaupun kalah, tapi Kak Nurul berada di tempat keenam dalam kerusi umum, yang bermakna beliau antara calon yang menerima undi terbanyak. (itupun setelah UPSI buat pertama kali menggunakan e-voting yang amat diragukan ketelusannya). Namun, PRK kali itu adalah tapak pada persediaan menghadapi PRK seterusnya. (Demam PRK bakal bermula???)




Tariq Ziyad

Semoga dewasamu menjadi pahlawan agama sehebat Tariq bin Ziyad. Ada harapan dari kedua ibu bapa atas kelahiranmu. Aku tahu harapan Kak Nurul pada kelahiran bayinya itu yang insan lain tidak mengerti. Semoga semangatmu juga setabah ibu dan ayahmu, Muhammad Tariq Ziyad!!!


[Tariq bin Ziyad mengumpulkan tenteranya di Gibraltar (jabal Tariq) dan berteriak dengan penuh semangat, "di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid. Dan kita takkan pulang sebelum mencapai matlamat itu!".

Dengan kata-kata itu, Tariq bin Ziyad berjaya meniupkan semangat tenteranya untuk menentang 100 ribu tentera Gotik . Tambahan lagi, Tariq bin Ziyad telah membakar kesemua kapal yang mereka gunakan supaya askar-askarnya dapat berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Tujuan kedatangan Tariq bin Ziyad yang pada mulanya merupakan pasukan peninjau terus berjihad untuk menang dalam sesuatu peperangan ataupun syahid di medan perang.]


(p/s : Tariq, you can call me Kak Teh, since I'm still young..hehe)


3 comments:

creation of the Creator said...

Insya Allah kita sama-sama doakan agar menjadi pahlawan agama. Tapi tetap kena panggil ateh 'makteh'!!!hehehe.... ;P

aniuna said...

assalamualykum makteh... hee :p

Pemuda@gamA said...

Nama yang bermakna. Semoga menjadi seperti tokohnya...