Salam...
Ada sesuatu yang ingin dikongsikan.. Setelah cuti seminggu Raya Cina tempoh hari, Zaki kembali ke sekolah..namun, hari pertama lagi dia sudah ponteng kelas. Ke stadium. Keesokannya, aku memasuki kelasnya. Dan benar, dia kelihatan malu. Dan aku akui, aku semakin tidak mempedulikannya. Dan kerana itu, dia mgkn agak malu dan dilihat sentiasa mengelak.
Itulah kesilapanku. Sedangkan sebelum itu, semasa berbual dengan Pengetua, beliau ada berpesan, Cikgu cubalah rapati dia, mana tahu boleh ubah.. AKu JUGA Akui, silapku. Dan aku seakan tersedar. Aku mencari kekuatan sebenarnya. INsyaALLAH, akan ku cuba..demi anak muridku. YAng lansung tida mengetahui, mana dosa, mana pahala.
Pernah aku bertanya, Zaki pergi solat Jumaat tadi? Jawabnya, Ayah saya nak potong rambut saya, jadi saya x pergi la... Hurm, apa maknanya tu? Ayahnya juga tidak menitik beratkan soal solat, apatah lagi soal agama yang lain.
ZAki, dr maklumat yang ku dapati, dia kurang kasih sayang. Ayah jarang berada di rumah. Ayahnya beristeri tiga, ibunya pula kerap pulang ke Banting, menjaga nenek yang sakit. Si bongsu lelaki ini, banyak menghabiskan masanya di bengkel motor, bersama kawan2, abang2nya..Tidak mendapat kasih sayang dan sudah tentu, didikan agama yang lansung tidak cukup. Kerana itu, dia begitu...
Ya ALLAH, hanya ENGKAU mampu memberikan hidayah untuk dirinya...
No comments:
Post a Comment