Monday, March 29, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Sukan Sekolah

Assalamualaikum wbt...

Amat lama tidak menulis. Alasannya kerana laptop. Laptop yang skrinnya meragam. Sekarang, alhamdulillah, dh dibaiki. Terima kasih buat yang setia membantu di kala memerlukan, sahabat2 juga teman. Terutama kepada Puan Sabiha yang sudi meminjamkan laptopnya selama hanpir sebulan.

Sungguh, 'mood' untuk menulis hampir tiada. Lebih selesa untuk melayari 'facebook' jika 'online' selain membaca blog sahabat2 yang aktif menulis. Apatah lagi, aku kembali ingin membaca, agar tidak sia2 aku berhabisan untuk membeli buku2. Namun, ingin aku kongsi sedikit tentang dunia praktikumku.

Kejohanan Sukan dan Balapan Sekolah kali ke-29

Seminggu sebelum acara penuh berlangsung, seminggu itu juga aku di padang Stadium Sultan Sulaiman. Menjadi hakim penamat, pencatat masa juga sebagai 'person-in-charge' untuk rumah Putra. Dan kerana itu, kulitku bertukar warna akibat berjemur di bawah panas terik mentari. Kesempatan yang ada ini digunakan untuk mengurangkan sedikit tekanan mengajar apatah lagi 'homesick'.

Tidak banyak yang ingin aku tulis. Cukup untuk aku nyatakan bahawa aku sangat bangga dengan pelajar2ku. Walau mereka banyak main-main dalam bidang akademik, namun aku dapat menyaksikan kesungguhan mereka dalam acara sukan mahupun perbarisan. Apatah lagi pelajar 4 Damar dan 4 Beringin yang hampir keseluruhan melibatkan diri dalam acara sukan, perbarisan mahupun persembahan. Syabas dan tahniah untuk mereka!!!

Let the pictures do the talking. Watch out!!!

Latihan dulu...


Acara lontar peluru. Qimi dapat emas tu.


Berlatih di bawah penat mentari. Tak sia-sia kerana berjaya mendapat naib johan perbarisan.


Gambar atas dan bawah : Sedang membuat 'warming-up' untuk acara tarik tali


p/s : Tahniah untuk rumah Putra. Walau sekadar naib johan. ('',)

4 comments:

MiSS WaNa HeRMan said...

assalamualaikum kak ateh...
apa khbr???

oh akak praktikum dgn kak sabiha...

kirim salam dgn kak sabiha..hehehe..

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

wslm..dik...x der la..kak biha x dpt praktikum coz dia mengandungkan.huhu... kak teh g umah dia pnjam laptop dia ari tu utk siapkan ROS...

MiSS WaNa HeRMan said...

oh ya ka???
hehehe..
dah brp bulan kak biha pregnant???
maknanya kak biha xpernah prktkal la ye??

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

dh 7 bulan dik..erm, dia x praktikal lg sem ni..mgkn sem depan, insyaALLAH...wana sihat? jgn lupa study utk final exam nt..