Sunday, April 25, 2010

Presoalan Agama: Wuduk sempurna kena ikut sunnah Rasulullah beribadat

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

2010/04/25

Anggota badan ditetapkan mesti dibasahi air

Soalan: Bolehkah ustaz menjelaskan maksud membasuh anggota wuduk seperti muka, tangan, kepala dan kaki. Adakah memadai dengan hanya mencurahkan air ke atasnya seperti kebanyakan orang hanya menghulurkan kakinya ke air paip yang mengalir tanpa menggosoknya dengan tangan?


Jawapan: Apabila merujuk soal berwuduk, Allah SWT berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian kepala kamu dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali...”

Begitu juga dalam hadis Rasulullah SAW menunjukkan kepada kita cara berwuduk dengan sempurna. Pertama, sunat membaca Bismillah seperti hadis daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk dan tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah SWT untuk mengerjakannya (Rujuk Muntaqa 1: 83).

Kedua, sunat membasuh tangan sehingga pergelangan tangan. Sebagai mana hadis daripada Aus as-Saqafi: “Saya melihat Rasulullah SAW berwuduk, baginda memulakan dengan membasuh dua telapak tangan tiga kali.”

Ketiga, berkumur dan menghirup air hingga ke hidung sebagai mana hadis daripada Abdu Khair yang berkata: “Ali pernah meminta air wuduk, maka beliau pun berkumur-kumur serta menghirup air ke hidungnya dan menghembuskan dengan tangan kiri (mempergunakan tangan kiri buat memegang batang hidung). Beliau berbuat demikian tiga kali. Akhirnya ia berkata: Beginilah cara wuduk Rasulullah SAW.” (Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i).

Keempat, menyapu kepala sebagai mana hadis daripada Ibn Abbas: “Saya melihat Rasulullah SAW berwuduk dengan menyapu kepalanya dan kedua-dua telinganya sekali.” Abu Hanifah, Malik dan Ahmad berpendapat bahawa menyapu kepala sekali saja. Asy Syafi’y memberi kiasan bilangan menyapu kepala kepada bilangan membasuh anggota lainnya.

Kelima, membasuh kaki meliputi buku lali sebagai mana hadis daripada Abdullah ibn Amr yang berkata: “Pada suatu ketika dalam satu perjalanan dari Makkah ke Madinah, Nabi SAW tertinggal di belakang. Ketika Rasulullah SAW menemui kami, solat Asar sudah sedikit terlambat dari awal waktunya. Ketika Rasulullah SAW tiba, kami pun cepat-cepat berwuduk mengambil air wuduk dengan sapu kaki bersahaja (tanpa disempurnakan). Perbuatan kami itu ditegah Rasulullah SAW dengan Baginda meninggikan suara: “Kecelakaan dari api neraka bagi segala tumit (yang tidak cukup basuh dua atau tiga kali) (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Begitu juga hadis daripada Anas ibn Malik berkata: “Bahawasanya seorang lelaki (Umar ibn Khattab) datang kepada Nabi sesudah berwuduk dan kelihatan ada sedikit yang tidak kena air basuhan di belakang kakinya sebesar kuku. Melihat itu Nabi pun bersabda: “Kembalilah perbaiki wudukmu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ad-Daraquthny).

Seterusnya hadis daripada Khalid ibn Ma’dan, daripada sebahagian isteri Rasulullah SAW berkata: “Bahawasanya Nabi SAW melihat seorang lelaki bersolat sedangkan di telapak kakinya ada yang tidak kena air sebesar dirham. Maka Rasulullah SAW memerintahkannya mengulangi wuduk dan solatnya.” (Riwayat Ahmad).

Jumhur ulama berpendapat bahawa segala anggota wuduk wajib dibasuh dengan lengkap sempurna seperti mana sebuah hadis daripada Abu Hayyan yang berkata: “Saya melihat Ali berwuduk dengan cara membasuh kedua-dua telapak tangannya hingga bersih, kemudian berkumur-kumur (madhmadah) tiga kali, memasukkan air dalam hidung tiga kali, membasuh muka tiga kali, membasuh tangan (hingga siku) tiga kali, menyapu kepala sekali. Kemudian membasuh kedua kali hingga mata kaki. Sesudah itu beliau berkata: Saya suka untuk menunjukkan kepada kamu, begitulah wuduk Rasulullah SAW. (Riwayat Tirmizi). Wallahualam.

Tuesday, April 20, 2010

Aku dan Buku 4


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, tadi sambil menjaga pelajar2 form 5 yang sedang menjalani exam, sempat juga aku menghabiskan buku ini. Buku yang dibeli pada bulan Mac yang lepas di Medan Ilmu usai kuliah pagi Jumaat oleh Tok Guru.

Banyak ilmu yang boleh didapati dari buku ini. Kisah yang dicoretkan berdasarkan kepada perkongsian2 serta kisah2 daripada anakanda pejuang Islam yang mulia ini, As Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Buku ini banyak berkisar tentang peribadi beliau bersama-sama anak-anaknya. Bagaimana beliau mentarbiyah anaknya secara langsung mahupun tidak langsung. Walaupun beliau sangat sibuk, memandangkan As Syahid merupakan pejuang Islam yang sangat berjaya apatah lagi berjaya mewujudkan sebuah gerakan Islam yang menjadi kegerunan golongan2 kuffar serta munafiq, namun peranan serta tugas sebagai seorang bapa tidak pernah ditolak ke tepi. Beliau sentiasa mencari ruang serta peluang untuk bersama2 dalam proses mendidik anak2nya. Sebagai bukti, beliau sentiasa meluangkan masa untuk makan bersama2 keluarga serta sentiasa ke sekolah bertemu guru untuk bertanyakan tentang perkembangan pelajaran anak2nya.

Mungkin itu sedikit sebanyak rumusan yang aku boleh kongsikan. Sebenarnya banyak lagi perkongsian daripada buku ini, namun elok rasanya agar sahabat2 di luar sana membaca buku ini. Sesuai untuk mereka yang berada di jalan juangNYA serta yang bakal mendirikan rumah tangga.

Aku berjaya menghabiskan buku ini dalam masa yang agak singkat memandangkan buku ini hanyalah setebal 74 muka surat serta ayat2nya yang mudah.

"Aku ingin menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin di perut ibunya"(Imam Hassan Al-Banna)

Wallau'alam.

Mereka pelajarku...

Assalamualaikum wbt...

Hari ni terasa ingin berkongsi sesuatu...Tentang pelajar2ku...

Sudah ditentukan oleh ALLAH, aku diberi tiga kelas, 4 Beringin utk subjek Chemistry, 4 Damar utk subjek Science serta 4 Gaharu untuk subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kali ini, ingin berkongsi tentang kelasku yang paling istimewa. Istimewa kerana karenah2 pelajarnya yang sangat pelbagai. Sesuatu yang pernah berlaku, (kejadian mabuk) juga dari kelas ini.

Sungguh, pelajar2 kelas ini hanyalah seramai 21 org, namun kelibat bersama tingkah laku bagaikan 4o orang. Karenah yg sangat pelbagai. Ramai guru yang mengadu tentang kelas ini. Kadang kenakalan sehingga tahap maksima. Gantung sekolah dan ponteng sekolah bagaikan seiring. Buang sekolah sahaja yang belum.

Mengajar subjek Sains utk kelas ini sangat mengujikan serta mencabar. Menguji kesabaran dan usaha ini. Menunggu mereka masuk ke makmal hampir sahaja 15 minit, ber'perang' untuk menyuruh mereka menyalin nota juga satu hal. Melarang mereka berbuat bising, menyanyi2 di dalam lab juga satu hal. Pelbagai kaedah kadang berjaya kadang gagal untuk meleraikan mereka.

Kadang-kadang kesabaran diuji. Seperti tadi, pembaris panjang aku gunakan untuk menarik mereka masuk ke makmal, lalu suara ditinggikan, " Kamu ni sudah tahap kurang ajar, nak belajar malas, ganggu org lain pula. Tak boleh ke sekali sekala jaga hati cikgu kat depan kamu ini, saya dah penat mengajar kelas kamu...". Senyap sunyi kelas. Lalu, mereka ke hadapan mengambil buku lalu menyalin nota. Ayat2 lawak serta pujukan kedengaran. Aku kembali tersenyum.

Itulah karenah pelajar kelas ini. Marah ku tidak pernah lama. Mereka juga yang selalu membawa tekanan kepadaku, mereka juga pembawa senyumanku. Hati ini cuba untuk menerima mereka seadanya. Kerana mereka ini kurang kasih sayang. Sekolah menjadi tempat utk mereka melepaskan segalanya. KErana di rumah tiada yang ingin membimbing, mengharapkan belas kasih serta ikhlas sang guru, menjadi tempat mendapatkan kasih sayang serta tunjuk ajar.

Setiap hari, diri ini sentiasa berdoa, semoga ALLAH memberi hidayah kepada mereka. Walau usia sudah menjangkaui 16 tahun, makna dan penyebab dosa dan pahala masih tergapai2 tidak ketahui. Tiada bimbingan sewajarnya, solat ada yang pandai, adA Yang lansung tidak pernah. Allahu rabbi.... Harapanku, janganlah mereka terus rosak, aku ingin melihat mereka berjaya....

p/s : Jodohku dengan 4D sentiasa ada. Acap kali diberi relief kelas ini. Dan sekarang, ditugaskan untuk mengajar subjek Matemarik pula untuk kelas ini menggantikan Puan HArlina yang sedang cuti bersalin...

Thursday, April 15, 2010

Terima kasih

Gambar sambutan hari lahir tahun 2009

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam...Hari ni mengambil peluang dengan mood menulis yang seciput cuma..Banyak perkara boleh dikongsi, namun ia bagaikan tersimpan kemas, tiada jua bisa diluahkan...heheh

Alhamdulillah, semalam adalah last observation oleh Cik Norlaili..Banyak komen serta kritikan membina...Terima kasih buat student2 ku yang tersayang dari kelas 4 Beringin..U all are well-behaved..hehehe...

11 April 2010 juga sudah berlalu..Ulang tahun kelahiranku yang ke-23...Alhamdulillah, masih diberi keizinan olehNYA. untuk terus menghirup udara segar di bumi ini..Masih bertapak di bumi yang nyata.. Terima kasih buat mereka yg setia mendoakan serta yang menyampaikan ucapan selamat.

Alhamdulillah, alhamdulillah..

p/s : Tahun ni x der kek...heheh...x kisah pon..at least dpt makan pizza pok teh blanja pon alhamdulillah...

Friday, April 9, 2010

Musyidul Am PAS yang saya kenali








Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS - sentiasa mengutamakan agama dalam berpolitik.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2:253, maksudnya: "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan".

Selaku pemimpin yang mempunyai sifat ulamak, nilai kepimpinannya adalah religiously charismatic. Peribadi kehidupannya sentiasa mengutamakan ajaran agama. Penampilannya pula adalah berwatak alim, warak, sederhana dan mesra. Dalam menjalankan tugas, keputusannya mengutamakan hukum syarak dan syura. Pengarahannya adalah berpandukan maklumat yang dicari mahu pun yang diberitahu. Pada usia yang menghampiri 80 tahun, fikiran dan fizikal masih kental. Walaupun upaya fizikalnya memerlukan pengawasan perubatan.

Demikianlah rangkap huraian atas tokoh yang dikenali umum, yang terserlah sejak tahun 60-an sampai kini dihormati kekal menerajui Majlis Syura Ulamak melalui jawatan Mursyidul Am sejak dilantik selepas Tuan Guru Yusof Rawa kembali ke rahmatullah.

Pada 29 Mac lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dilantik sebagai Mursyidul Am PAS. Atas pelantikan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini memasuki tahun ke-20 selaku Menteri Besar Kelantan dilihat telah melonjak keyakinan jemaah menghadapi segenap cabaran perjuangan. Meskipun pelantikan tersebut atas sifat penerusan dan pemerkasaan Majlis Syura selepas Pendaftar Pertubuhan mengesahkan pindaan Perlembagaan PAS 2009 lalu, ia tetap dilihat penting untuk PAS selaku sebuah gerakan Islam yang mengutamakan kepimpinan berteraskanreligiously charismatic.

Oleh sebab itu, ramai berpendapat kekuatan institusi Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am adalah nilai keagamaan dan kekudusan sifat kepimpinan tertinggi parti dalam membayangi segala keputusan dasar, strategi, pelaksanaan dan pemantauan seluruh organ parti PAS.

Justeru itu, segala penghormatan, pengharapan dan pengupayaan PAS ada jawapannya di sebalik siapa orangnya yang dilantik selaku Mursyidul Am. Hakikatnya jawapan itu ada pada diri Tuan Guru Nik Abdul Aziz setakat mana yang saya kenal dan sepanjang waktu berada bersamanya di dalam jemaah.

Sehubungan itu, kekaguman saya secara peribadi terhadap bukti-buktireligiously charismatic beliau dapat ditampilkan dan disebut di sini. Antaranya adalah selalu memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan yang berceramah agar bersembahyang Maghrib/Isyak berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah, sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah, semasa berceramah mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja, dan akan mengingatkan tempat untuk bersembahyang apabila bermusafir.

Religiously charismatic boleh difahami sebagai kehebatan mengamalkan prinsip kehidupan selaku pemimpin yang bijaksana dan kental berpegang kepada ajaran Islam. Ia tidak berlaku di kalangan pemimpin biasa atau orang awam. Hakikat sifat keulamakan yang zahir dalam diri rohani dan jasmani Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan manifestasi religiously charismatic.

Meskipun, charismatic difahami sebagai sifat pemimpin yang berupaya mencetus kuasa penarik untuk orang ramai menerima dan menghormatinya, namun apabila charismatic itu diikat dengan religiously, maka kekuatan amalan kepimpinan yang berkarisma itu sebenarnya adalah berteraskan ajaran agama yang merupakan satu anugerah Ilahi yang memantapkan kepimpinan seseorang. Nilai religiously charismatic itu boleh dipadukan dengan ketentuan Allah SWT di dalam mencipta seseorang itu menjadi pemimpin menuruti lunas-lunas agama. Sesuai dengan firman Allah (al-Baqarah 2: 253) bermaksud, “Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan”.

Justeru itu, kelebihan yang Allah kurniakan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah antara yang mungkin dikurniakan kepada para ulamak masyhur yang lain. Oleh itu, nilai karismatiknya adalah terserlah dalam perkara amalan kepimpinan yang dilihat tidak ada pada pemimpin yang sekular.
Dalam konteks memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, nilai karismatiknya adalah kehebatan seseorang pemimpin itu menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Ia bertujuan untuk mendidik rakyat berteraskan lunas yang jelas, iaitu kalimah Allah SWT.

Hal ini saya yakin tidak mampu dilakukan oleh pemimpin yang tidak komited dengan Islam (tidak menjadikan bacaan al-Quran sebagai ibadat harian). Sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan sunah Rasulullah SAW” (Riwayat Muslim); “Barang siapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya satu pahala dan satu pahala digandakan sepuluh kali” (Riwayat at-Tirmizi).

Sembahyang berjemaah

Begitu pula, langkah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan agar bersembahyang Maghrib/Isyak secara berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah. Kelebihan di sebaliknya adalah mengandungi makna besar sebagai pemimpin yang berjuang di medan politik-dakwah. Ia akan menzahirkan keupayaan pemimpin boleh menjadi imam atau makmum sembahyang di mana-mana tempat bersama-sama rakyat. Sekali gus membuktikan integriti beragama yang secara peribadinya selalu menjaga sembahyang berjemaah dan menjaga serta mendirikan sembahyang sebagai paksi dan tiang beragama.

Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini adalah selari dengan sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Sembahyang jemaah pahalanya melebihi sembahyang sendirian dengan dua puluh darjat” (Mutafaq’alaih); “tiga orang yang diredai Allah iaitu seorang yang pada tengah malam bangun dan sembahyang, suatu kaum (jemaah) yang berbaris untuk sembahyang, dan satu kaum berbaris untuk berperang” (Riwayat Abu Ya’la).
Hakikat ini akan membezakan pemimpin Islam dengan pemimpin sekular, kerana pemimpin yang sekular akan menepikan amalan sembahyang, lebih-lebih sembahyang berjemaah.

Sementara kehidupan seorang yang warak sudah pasti sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah. Bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku pemimpin jangan tak berzikir, kerana semasa berzikir kita akan dekat dengan Allah. Amalan zikir ini tidak diajar oleh demokrasi, kerana ia tiada dalam aturan demokrasi. Melainkan dalam Islam yang mengajar kita berzikir. Dimulakan dengan Bismillah dan sebutlah sentiasa nama-nama Allah dan diikuti dengan selawat kepada junjungan Nabi.

Seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini selari dengan sunah Nabi, sebagaimana sabdanya bermaksud, “tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah” (Riwayat Ahmad);“perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati”(Riwayat Bukhari dan Muslim);

Demikian pula, semasa berceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja. Pendekatan ini dikira menepati dengan uslub dakwah yang mengambil kira semua pendengar dapat menerima atas lunas keislaman bukan kepartian.

Jika banyak menyebut parti, mungkin akan ada sebahagian pendengar akan rasa tersinggung atau menolak hujah yang disebut semasa berceramah. Ia berbeza, apabila hujah agama dijadikan sandaran, maka tidak akan ada orang menolak agama. Apabila mereka memahami agama, dan agama yang difahami itu adalah Islam, maka sampai masanya parti yang memperjuangkan Islam akan dapat difahami dan diterima.

Selanjutnya, sifat pemimpin Islam adalah mengutamakan sembahyang kerana ia tugas wajib hamba kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Sebenarnya bukan sifat pemimpin Islam apabila berpergian (bermusafir), ibadat sembahyang dikemudiankan, sebaliknya mengutamakan makan-minum ketika berpergian.

Saya teringat, betapa Arwah Ustaz Bunyamin Yaakob membandingkan kehebatan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja naik kereta untuk berpergian, maka akan disebut kepadanya ‘masjid mana kita nak berhenti sembahyang’. Sebaliknya, ada seorang pemimpin besar PAS yang lain, sebaik sahaja berpergian perkara pertama yang disebut ialah ‘kita nak berhenti makan di mana’. Demikian cerita Arwah Ustaz Bunyamin.

Maka, pengajaran besar bagi setiap ahli dan pemimpin di jalan politik-dakwah ialah mengingatkan tempat untuk bersembahyang dan menunaikan sembahyang sewaktu bermusafir diyakini akan mendapat berkat Allah SWT di sepanjang perjalanan, sehinggalah kita semua akan sampai dengan selamatnya ke tempat yang dituju.

Ia sesuai dengan amanat Rasulullah SAW apabila menghantar orang-orang mukmin yang akan memulakan perjalanan, baginda bersabda, “semoga Allah membekali kamu dengan takwa, mengarahkan kamu kepada segala kebaikan, melaksanakan bagi mu segala keperluan mu, menyelamatkan agama dan dunia mu, mengembalikan kamu pulang dengan selamat dan memperoleh keuntungan” (Riwayat Ibnu Babawih).

Demikianlah perspektif yang dapat ditonjolkan atas nilai-nilai religiously charismatic kepimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebagaimana usia saya mengenali, mendampingi dan mendapat bimbingannya. Serlahan kepimpinan itu selayaknya akan ramai lagi pemimpin Islam, khasnya kalangan pemimpin parti PAS yang mengikut jejak ilmu politik-dakwah dan keperibadian hidup ibadatnya.

Selayaknya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi kepercayaan untuk meneruskan tugas kepimpinan Majlis Syura PAS dengan jawatan Mursyidul Am, kerana ia memenuhi ciri-ciri Kepimpinan Ulamak yang menguruskan gerakan politik-dakwah, menyambung urusan sunah Nabi - memartabatkan agama dan mengurustadbir dunia dengan agama - dalam era kecanggihan dunia yang mencabar ini.

Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

(sumber : Harakahdaily)

(p/s : Rindu utk mendengar kuliah Tok Guru kat medan Ilmu...leh ikuti perkembangan Tok Guru dengan add facebook beliau... skrg beliau di Mekah menunaikan umrah.. Sama2 doakan agar Tok Guru selamat kembali ke Kelantan Serambi Mekah..insyaALLAH