Wednesday, June 30, 2010

Cerita hujung minggu lepas..

assalamualaikum wbt...

Masa yang terluang, blog sentiasa ter'update'. Hehe. Kali ni nk kongsi tentang cerita hujung minggu lepas. Minggu lepas kami ke Serdang terlebih dahulu sebeleum ke Bangi. Kedua-duanya untuk menziarahi saudara dari sebelah suami.

Setelah selesai berkunjung, abang bertanya sama ada mahu ke KUIS atau tidak. Aku mengiyakan sahaja kerana sebelum ini memang aku yang beria-ia mengajaknya untuk menyaksikan Konsert Amal Nur Kasih. Sebelum itu, kami ke Masjid yang berhadapan KPTM bAngi untuk menunaikan Solat Asar. Suami sempat bercerita itulah kolejnya semasa zaman matrikulasi dahulu, 1st batch.

Kemudian, kami bergerak ke KUIS. Perjalanan agak lama dan kami tiba hampir waktu Maghrib sudah. Sempat meronda-ronda sebelum ke masjid menunaikan Solat Maghrib. Sejuk rasa hati berada di sini. Teringat bumi Maahad, biahnya lebih kurang sama. Biah solehah, alhamdulillah. Rindu suasana di Maahad...

Masjid KUIS (sumber)

Usai bersolat, berpusu-pusu pengunjung serta pelajar KUIS sendiri bergerak ke dewan. Sebenarnya tak berniat untuk masuk menonton kerana abang perlu ke site jam 12 malam nanti. Kami hanya sempat meronda-ronda di gerai luar dewan dan sempat aku membeli sehelai baju lubah. Niatnya hanya mahu membeli buku, tapi abang cakap, habiskan dahulu buku di rumah yang masih bertimbun..hehehe

Setelah itu, kami bergerak pulang. Sempat singgah di Steak Home menikmati makan malam di situ. Jumpa bos abang, dan bila abang nak bayar bil, cashier tu cakap yang bos nya sudah membayar bil untuk kami. alhamdulillah, rezki pengantin baru masih berlum terputus setakat ini.

KLCC di waktu malam

Hari Ahad pula kami ke rumah Pok Teh untuk bertemu buya di sana. Selepas solat Asar kami ke KLCC untuk ke show room Sharp dan oleh kerana hari itu adalah hari terakhir promosi, abang akhirnya membeli TV di siru..Hehe..thanx my dear hubby..

Tiada apa yang dikongsi. Hanya kisah kami menghabiskan hari minggu. Hari minggu yang ada digunakan sebaiknya kerana bermula minggu depan, kuliyah Master abang akan bermula. huhu..

Sekian, wassalam.

Bandar Kinrara, Puchong.
2 Julai 2010


Monday, June 28, 2010

Sedikit perkongsian

Assalamualikum wbt

Sebentar td, bekas adik RPA ku sms di kolej meng 'YM'ku bertanyakan tentang ; boleh ke orang period g ziarah org meninggal.

Terkedu juga nak jawab coz sy bukanlah org yg layak serta arif dalam bab hukum ni. Jadi, kemudahan dunia tanpa sempadan ini, digunakan sebaiknya. Lalu artikel di bwah boleh dijadikan jawapannya. Semoga bermanfaat juga buat semua..

Tiada Larangan bagi Wanita Haid Menziarahi Orang Yang Sedang Nazak
Written by abdul kadir
Thursday, 01 November 2007
Di dalam lamanweb islamonline, terdapat soalan yang bertanyakan tentang hukum wanita yang berhaid hadir menziarahi orang yang sedang nazak. Ini kerana terdapat imam masjid yang mendakwa wanita berhaid tidak boleh menziarahi orang yang sedang nazak. Soalan ini telah dijawab oleh al-Ustaz Dr. Husamuddin 'Ifanah:


"Sesungguhnya haid tidak menjadi sebab terlarangnya seorang wanita dari berada di sisi orang yang nazak, dan tidak saya ketahui adanya satu dalil yang melarang, Wanita yang berhaid di sisi ulama hanya terlarang dari solat, puasa, menyentuh dan membaca al-Quran. Tidak juga saya ketahui adanya seorang ulama yang mensyaratkan suci daripada haid untuk menziarahi orang yang nazak. Bagaimana kita boleh melarang wanita dari menziarahi orang yang sedang nazak, dimana kadang-kadang orang yang sedang nazak itu merupakan salah seorang orang tuanya ataupun suaminya atau salah seorang anaknya atau salah seorang saudaranya. Perkataan ini (yang mengatakan wanita haid tidak boleh ziarah orang nazak) tidak benar."


al-Syeikh 'Atiyah Soqr berkata:

"Tidak diharamkan ke atas orang yang junub melainkan perkara-perkara yang ma'ruf seperti solat, tawaf, membaca al-Quran, menyentuh mashaf, membawanya dan menetap di dalam masjid, apa yang selain ini ianya halal, bukan haram, samaada ianya dari urusan dunia seperti makan, minum atau ianya dari urusan akhirat seperti berzikir, selawat ke atas nabi saw dan doa, walaupun dari sudut afdhalnya perkara-perkara ini tidak dilakukan ketika dalam keadaan junub. Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bazzar tentang 3 kumpulan yang malaikat tidak menghampiri mereka: (iaitu) orang yang berjunub, orang yang mabuk, dan orang yang memakai wangian yang dicampur Za'faran yang dikhususkan untuk wanita. Kerana itu dimakruhkan tidur dalam keadaan junub melainkan dia bersuci terlebih dahulu walaupun hanya dengan berwudhu.
Dan seperti yang diketahui, bahawasanya malaikat kadang-kala mengiringi juga sebahagian jenazah orang-orang yang soleh, dan kebersamaan malaikat itu menjadi tanda kepada rahmat dan keredhaan Allah kepadanya, dari sini dimakruhkan bagi orang yang berjunub bersama mengiringi jenazah agar malaikat bersama dalam pengiringan itu sehingga mayat tidak terhalang dari rahmat, terutamanya jika ia dari kalangan orang-orang yang salih. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya:

Åä ÇáãáÇÆßÉ áÇ Ê�ÖÑ ÌäÇÒÉ ÇáßÇ�Ñ æáÇ ÇáãÊÖãÎ ÈÒÚ�ÑÇä æáÇ ÇáÌõäõÈ".

Maksudnya: "Sesungguhnya malaikat tidak menghadiri janazah orang kafir dan orang yang memakai za'faran dan orang yang berjunub."

al-Imam al-Nawawi berkata:

"Harus bagi orang yang berjunub dan haid memandikan mayat tanpa dimakruhkan, akan tetapi telah memakruhkannya al-Hasan dan Ibn Sirin, Malik pula memakruhkan bagi orang yang berjunub. adapun bukti kami bahawasanya mereka berdua (orang yang junub dan Haid) adalah suci sama seperti yang lainnya."

wallahu a'lam.


Sumber: http://www.islamonline.net/servlet/Satellitecid=1122528620752&pagename=IslamOnlineArabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFatwaAAskTheScholar

Diperik dari laman :

http://al-qayyim.net/index.php option=com_content&task=view&id=234&Itemid=69

Dia banyak mengajarku...


Assalamualaikum wbt...

Terasa ingin menulis waktu..Berkongsi kisah rumah tangga. Tiada halangan untuk tidak membacanya. Memandangkan ini adalah blog peribadi, adalah hak saya untuk menulis tentang apa jua berkaitan diri. Apatah lagi kewujudan blog ini adalah sebagai salah satu cara untuk menyimpan saat2 penting, berkongsi rasa agak dapat ditatap pada masa akan datang.

Baru menjejak usia 3 minggu lbh, rumah tangga ini pelbagai rencahnya. Dan insyaALLAH bakal dilalui bersama suami tercinta. Kali ini, sekadar berkongsi sedikit tentang suami. Bukan mahu memuji suami sendiri, namun itulah kelebihan yang dilihat pada mata hati ini. Alhamdulillah, beliau begitu sabar melayan karenahku, melayan sikap ku yang sangat kebudak-budakan, cuba memahamiku...

Malah dia jugalah yang banyak mengajarku tentang banyak perkara. Dan yang paling utamanya tentang SABAR. Sabar itu indah, ia benar. Kerana itu indahnya bahtera rumah tangga ini kerana sikap sabar beliau, melayani karenah ketidak sabaranku... Allahu rabbi..Kadang menyesal sendiri, namun muhasabah itu penting. Terima kasih suami ku...

Dari sudut lain, abang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Di awal saat menjejakkan kaki du Puchong ini, sudah tentu banyak keperluan yang ingin dibeli. Sikapku membeli ikut kehendak bukan keperluan, hehe...Sejak dulu lg. Tapi abang menasihatkan ku agak membuat 'list' yg ingin dibeli. Awal2 dulu, muncung juga mulut, tp bila difikirkan kesian juga kat suami dengan sikap boros ne. Apa2pun, terima kasih buat beliau. Menerima diri ini seadanya. Mengikut saja kehendak yang ntah apa2 kadang2..hehe..

Terima kasih, imamku!

Friday, June 25, 2010

Mengasah minda...


Assalamualaikum wbt..

Hari yang mendung bagaikan mahu hujan...Cuba untuk menulis...Bersendirian sementara suami bekerja kadang2 membosankan... Laptop menjadi peneman diri setelah selesai menyelesaikan tugasan di rumah ini sebagai suri rumah... ('',),

Minda ini sudah lama tidak diisi dengan bahan bacaan. Agak lama meninggalkan dunia membaca. Seketika sementara menguruskan urusan mendirikan rumah tangga. Jadi, kali ini, buku ini menjadi pilihan. Buku yang dibeli oleh Adik Hala, beserta dengan tanda tangan penulis ini... Terima kasih buat hala...

Akan cuba untuk menghabiskan buku ini kerana banyak lagi buku yang menunggu...APatah lagi terasa ingin mengajak suami ke Pesta Buku di PKNS Shah Alam...


Tuesday, June 22, 2010

Doaku..

Ya Allah, ya Karim
Izinkan hamba-hambaMu ini berikhtiar
Dalam batas-batas syari’at yang telah Engkau gariskan
Dalam hembusan sejuknya iman...

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
[الفرقان :74]
Ya Allah kurniakanlah kami , pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa

Fasa Baru..


Assalamualaikum wbt..

Hari ini datang 'mood' untuk menulis. Setelah melakukan rutin biasa setiap hari. Sudah seminggu berada di Puchong, mengikut suami yang tinggal dan bekerja di sini. Dan selama seminggu ini juga la rutin harianku berubah, menjadi suri rumah sepenuh masa sementara menunggu 'posting' yang entah bila. Sungguh pernikahan ini, memberi perubahan pada hidupku. Dulu, masih di bawah tanggungan ummi buya, tp sekarang tidak lagi. Berada di bawah jagaan sang lelaki bergelar suami. Dan apabila bergelar isteri ini juga lah, tugasku kian berat. Untuk bersama-sama suami dalam mengemudi sebuah rumah tangga kehidupan...

Hari ini, sudah 2 minggu dan 4 hari kami bergelar suami isteri. Bergelar isteri seusia 23 tahun mungkin terlalu muda bagi sesetengah orang. Ia, memang itu diri ini mengakuinya. Namun, itu bukan alasan untuk tidak belajar. Kerana usia muda inilah, ALLAH memberi peluang padaku untuk belajar. Belajar untuk menjadi isteri, menjadi peneman hidup untuk sama-sama berjuang dalam alam kehidupan ini bersama suami tercinta.

Doaku, jua harapanku, moga aku kan terus belajar dan belajar, menerima dan diterima, mencinta dan dicinta, memaafkan dan dimaafkan, untuk melayari kehidupan ini bersama-sama. Moga kata 'Bercinta hingga ke syurga' bisa menjadi realiti. InsyaALLAH...

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai.
Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.

Amiin…

Friday, June 18, 2010

Kembali menulis...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, masih menghirup udara segar di pagi Jumaat yang penuh barakah ini. Berada di bumi Puchong, serasa teramat baru. Masih dalam proses menyesuaikan diri, hidup berdua, menjadi isteri, jua suri buat suami tersayang.

Lama sungguh tidak menitipkan sesuatu di sini. Jika sebelum ini, banyak berceritakan hal-hal sepanjang menjalani praktikum, alhamdulillah segalanya sudah selesai. Keputusannya juga sudah keluar. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran buatNYA atas apa yang diterima, walau tidak mendapat A, status A- juga tidak mengecewakan. Apatah lagi dikongsi bersama keputusan Master abang yang juga cemerlang.

Tamat

Maka tamatlah sudah pengajianku selama 4 tahun di UPSI. Sekarang dalam proses untuk mengisi borang utk 'posting', sementara menunggu surat senat. Juga menunggu tarikh untuk konvokesyen. Alhamdulillah, tamatlah sudah perjuanganku dalam daerah sarjana muda, insyaALLAH bercita-cita untuk menyambung ke peringkat seterusnya. Mendapat suntikan semangat dari kesungguhan suami yang sedang menyambung ijazah Masternya walaupun sangat sibuk dengan kerja. Semoga inspirasi ini berkekalan, bukan sekadar menjadi angananku sahaja.


Walimatul 'Urus

Perkara pokok perbincanganku pada waktu sekarang adalah tentang terbinanya rumah tanggaku. Alhamdulillah, dengan lelaki pilihan restu keluarga. 4hb Jun 2010 menjadi tarikh keramat dengan lafaznya akad nikah, sebagai status sah sbg pasangan suami isteri. 5hb Jun tarikh kenduri kesyukuran di rumahku manakala 12hb Jun pula tarikh walimatul urus bagi pihak lelaki di Kedah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Semasa di Kedah, air mata deras menitis laju. Saat perpisahan dengan keluargaku. Sungguh simbolik adat kita. Majlis menyambut manantu di pihak lelaki menjadi tanda penyerahan tanggungjawab anak perempuan daripada walinya kepada suami. Ummi, buya dan adik-beradikku, juga Mok Dah serta Tok SU menitiskan air mata. Sungguh sedih saat itu. Namun, aku redha. Tanggungjawab menjagaku bukan lg di bawah keluarga, tetapi pada insan yang bernama suami tersayang.

Buat suamiku, terimalah diri ini seadanya. Ayuhlah kita berpimpin tangan, memacu rumah tangga ini kearah yang diredhaiNYA..INSYA ALLAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

DOA PENGANTIN BARU

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon

Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini

Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah

Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah

Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik

Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali

Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu

Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh

Anak-anak yang menjadi amanah

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah

Zuriat yang soleh solehah

Dan agar berkekalan mempelai ini

Sehingga ke dalam syurga

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Teguhkan iman kami

Mantapkan aqidah kami

Mudahkan urusan kami

Murahkan rezeki kami

Halalkan makan minum kami

Berkatilah kehidupan kami

Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam

Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu

Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ampunkanlah dosa kami,

Dosa kedua orang tua kami,

Dosa ahli keluarga kami

Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa

Baik yang zahir mahupun yang batin

Yang kecil mahupun yang besar

Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah

Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu

Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam

Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya

Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini

Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru

Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora

Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang

Amin Ya Rabbal Alamin.