Wednesday, June 30, 2010

Cerita hujung minggu lepas..

assalamualaikum wbt...

Masa yang terluang, blog sentiasa ter'update'. Hehe. Kali ni nk kongsi tentang cerita hujung minggu lepas. Minggu lepas kami ke Serdang terlebih dahulu sebeleum ke Bangi. Kedua-duanya untuk menziarahi saudara dari sebelah suami.

Setelah selesai berkunjung, abang bertanya sama ada mahu ke KUIS atau tidak. Aku mengiyakan sahaja kerana sebelum ini memang aku yang beria-ia mengajaknya untuk menyaksikan Konsert Amal Nur Kasih. Sebelum itu, kami ke Masjid yang berhadapan KPTM bAngi untuk menunaikan Solat Asar. Suami sempat bercerita itulah kolejnya semasa zaman matrikulasi dahulu, 1st batch.

Kemudian, kami bergerak ke KUIS. Perjalanan agak lama dan kami tiba hampir waktu Maghrib sudah. Sempat meronda-ronda sebelum ke masjid menunaikan Solat Maghrib. Sejuk rasa hati berada di sini. Teringat bumi Maahad, biahnya lebih kurang sama. Biah solehah, alhamdulillah. Rindu suasana di Maahad...

Masjid KUIS (sumber)

Usai bersolat, berpusu-pusu pengunjung serta pelajar KUIS sendiri bergerak ke dewan. Sebenarnya tak berniat untuk masuk menonton kerana abang perlu ke site jam 12 malam nanti. Kami hanya sempat meronda-ronda di gerai luar dewan dan sempat aku membeli sehelai baju lubah. Niatnya hanya mahu membeli buku, tapi abang cakap, habiskan dahulu buku di rumah yang masih bertimbun..hehehe

Setelah itu, kami bergerak pulang. Sempat singgah di Steak Home menikmati makan malam di situ. Jumpa bos abang, dan bila abang nak bayar bil, cashier tu cakap yang bos nya sudah membayar bil untuk kami. alhamdulillah, rezki pengantin baru masih berlum terputus setakat ini.

KLCC di waktu malam

Hari Ahad pula kami ke rumah Pok Teh untuk bertemu buya di sana. Selepas solat Asar kami ke KLCC untuk ke show room Sharp dan oleh kerana hari itu adalah hari terakhir promosi, abang akhirnya membeli TV di siru..Hehe..thanx my dear hubby..

Tiada apa yang dikongsi. Hanya kisah kami menghabiskan hari minggu. Hari minggu yang ada digunakan sebaiknya kerana bermula minggu depan, kuliyah Master abang akan bermula. huhu..

Sekian, wassalam.

Bandar Kinrara, Puchong.
2 Julai 2010


No comments: