Friday, July 23, 2010

Aku dan Buku 7 : Persembahan Cinta Isteri Hassan Al-Banna


Alhamdulillah sudah selesai membaca buku ini. Buku kecil sebanyak 100 helai ini berjaya dihabiskan dalam masa sehari. Buku yang menceritakan tentang seorang wanita Latifah AsShuli, isteri kepada murabbi dakwah, As-Syahid Hassan Al-Banna.

Buku ini boleh dikatakan sebagai sambungan dari buku 'Cinta di Rumah Hassan Al-Banna' di mana buku ini lebih banyak menceritakan secara fokus tentang isteri as-syahid. Yang banyak memainkan peranan sebagai suri rumah tangga As-Syahid yang diketahui sangat sibuk dalam urusan dakwah. Maka Latifah telah menjalankan tugas dengan sebaiknya dalam mendidik anak-anak As-Syahid terutamanya sehinggakan As-Syahid tidak gusar untuk meninggalkan isteri atas tanggung jawab dakwah kerana sangat mempercayai kewibawaan isteri beliau untuk mengemudi rumah tangga apabila beliau tiada.

Adalah sangat sesuai untuk para wanita di sana untuk mendapatkan buku...Wallahu 'alam.

3 comments:

Syahir Mohamad said...

untuk lelaki sesuai baca apa yek..

Unknown said...

Syahir Mohammad, untuk lelaki sangat sesuai baca buku Cinta di rumah Hassan Al Banna... sbb dlm buku tu ada crita scara detail mcm mne nk jadi ketua keluarga sperti Hassan Al Banna , mcm mne kte nk tngani n handle anak2 wlaupun sbuk dgn berdakwah... mmg sgt sesuai u lelaki! mmg xrugi klo bce au bli~~ ;)

Unknown said...

buku Cinta di rumah hassan al banna adalah penulis y sme gak mcm persembahan cinta istri hassan al banna