Thursday, August 26, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Bila IMAN tidak lagi di hati.

Assalamualaikum wbt

Salam 16 Ramadhan, sudah menjengah separuh kedua Ramadhan. Ramadhan kian berlalu, mampukah kita mengejar fadhilatnya? Sama-sama kita mencuba sehabis mungkin.

Kembali kepada tajuk entry di atas. Seperti yang kita sedia maklum, paparan akhbar akhir-akhir ini banyak berkisar tentang kejadian yang menggerunkan. Sembelik anak, sumbang mahram, perdagangan manusia, buang bayi, simbah asid, orang Islam minum arak tanpa segan, dan banyak lagi.


Ianya tidak hairan jikalau pembuatnya adalah non-Muslim, tapi realitinya memedihkan. Semuanya penangan si Melayu Muslim. Benarlah, segalanya berlaku apabila iman tidak lagi di hati. 

Islam hanya agama pada IC
Iman ditolak jauh ke tepi
Penangan cinta dunia yang meninggi
Mati dan akhirat langsung tidak diingati
Kasih dan sayang hanya mainan realiti
Bukan cinta hakiki yang dicari
Tapi cinta duniawi yang tidak bisa ditepis sendiri
Akhirnya nafsu dan dosa dijulang tinggi
Membawa kepada dunia yang bakal diakhiri
Oleh tiupan sangkakala yang mengakhiri
Sebuah kehidupan yang bukan kekal abadi...

Sabda Nabi SAW : Cinta dunia adalah kepala kepada segala kerosakan

Wallahu 'alam.


2 comments:

hafidz said...

Iman adalah mutiara =)

Sharinginfoz said...

risau kan semakin menjadi2 kes sekarang