Friday, August 13, 2010

Kiranya Aku Menulis

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan kareem.


Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana dengan nikmat dan rezkiNYA kita mampu menjejak kaki ke dalam bulan Ramadhan dan esok sudahpon 4 Ramadhan. Allahu Akbar Wa Lillahil Hamd...

Baru sahaja pulang dr berterawikh dan hari ne terpaksan pulang awal tanpa menunaikan witir di masjid memandangkan suami ku perlu bergegas ke site. Redha jugalah walaupun sedih ditinggalkan tapi sudah biasa. Beliau pergi menunaikan amanah, hehe. Aku di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau, semoga sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa.


Dan untuk julung kalinya, entry ini adalah post yang ke-200 dari blog ini, alhamdulillah. Mungkin ramai yang mengatakan kekerapan aku meng'update' blog. Bagiku, ini lah kegemaranku selain membaca. Ya, aku sangat obses dengan jaringan internet ini, dan insyaALLAH moga dapat digunakan sebaiknya.

Dan aku menulis bukan sekadar suka2, tapi sebagai catatan hidupanku. Masing-masing punya pandangan dalam ber'blogging', dan bagiku, selain menyebarkan ilmu, blog ini adalah catatanku, agar segala apa yang dicatit di dalam ini mampu ditatap di kemudian hari. 

Setiap manusia ada pendapat dan keinginan serta pendirian masing-masing. Begitu juga padaku. Dan kerana itu blog ini diwujudkan. Dan aku kan terus menulis selagi termampu. Sejak akhir-akhir ini memang aku sangat aktif berblogging, kerana masa lapang yang aku ada. Sementara belum punya kerja, adalah baiknya ruang ini digunakan sebaiknya.

Bagi mereka yang suka membaca ruang ini, teruskan. Digalakkan juga memberi komen dan kritikan membina, dan bagi mereka yang merasakan kandungan blog ini adalah merepek dan membuang masa, sila abaikan. Tiada paksaan.

Yang pastinya, aku tetap aku, menulis tanpa jemu, sekadar memberitahu, sedikit cebisan ilmu, mahupun catatn hidup yang lalu...

Wallahu 'alam...


No comments: