Tuesday, August 31, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan : Merdekakah Kita??

Assalamualaikum wbt

Kredit gambar : Google

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup udara segar hari ini. Hari bertuah 22 Ramadhan bersamaan 31 Ogos 2010 yang merupakan hari kemerdekaan negara kita. Sudah 53 tahun kita meraih kemerdekaan. Tetapi timbul persoalan di benak fikiran; MERDEKAKAH KITA?


Tempoh 53 tahun kemerdekaan membawa erti sudah 53 tahun kita bebas dari penjajahan pemerintahan, yang membawa kepada kebebasan negara kita di bawah pemerintahan sendiri. Tiada lagi dasar pemerintahan dari penjajah. Walaubagaimanapun, tempoh tersebut masih tidak terlalu lama bagi golongan muda hari ini. Kita sebenarnya masih belum merdeka. Kita masih dibelenggu dengan penjajahan minda dan fikiran.

Jika tidak, masakan berlaku pelbagai masalah sosial yang melanda hebat golongan muda belia di negara kita. Tidak perlu saya senaraikan apa masalahnya kerana terlalu banyak paparan akhbar tentang permasalahan ini. Ia sudah tentu membawa kepada kebimbangan golongan veteran; bagaimanakah masa depan negara? Apabila melihat generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara bagaikan terumbang-ambing dalam arus globalisasi yang menggila.

Ayuh, kita renung kembali, adakah kita berada dalam golongan itu? Semoga dijauhkan. Harapnya kita tergolong dalam golongan yang jiwa dan minda yang bebas merdeka, tidak mudah dijajah dengan serangan pemikiran yang makin menggila.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.

Wallahu'alam

3 comments:

hazman aka species1980 said...

sentiasa tanamkan jadi diri dalam diri kita....

Bella Enveeus said...

Selamat Hari Merdeka! Semoga rakyat kita pun lebih matang dan elok lagi..

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

hazman : sama2 lah kita...

bella : semoga kita matang dan elok dr segi pemikiran dan tingkah laku..