Thursday, September 23, 2010

Mula kerja sementara

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ini hari pertama memulakan kerja sebagai guru ganti. Pada asalnya, tidak menjangkakan akan dapat kerja ni, tetapi pagi tadi pengetua sekolah tersebut telefon dan minta hadir hari ini juga. Mulanya berat mahu terima kerana perlu menggantikan Guru Bahasa Melayu, tetapi pengetua tu cakap,'' Awak cuba yang terbaik''. Apatah lagi saya hanya menggantikan guru tersebut selama 28 hari sahaja.

Saya akan mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5. Saya berani menerima tawaran ini memandangkan saya hanya perlu mengajar mereka selama dua minggu kerana selepas itu mereka akan menjalani peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 4. Bagi tingkatakan 5 pula, sekarang mereka sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM.

Bercakap tentang sekolah ini, mengingatkan saya kepada pelajar saya di sekolah saya berpraktikal dahulu. Namun, sekolah ini sangat besar dan mempunyai pelajar yang sangat ramai. Serta bilangan kaum Cina yang agak ramai. Walau bagaimanapun saya sangat bersyukur kerana pengalaman saya berpraktikal dulu boleh digunakan sedikit sebanyak untuk menjadi guru ganti di sini.

Apapun, saya memohon kekuatan dari ALLAH agar dipermudahkan segala urusan saya di sini serta mampu berhadapan dengan segala cabaran yang bakal dihadapi. Mengajar budak sekolah bandar tidak semudah itu. Saya juga berharap sahabat-sahabat sekalian sentiasa mendoakan saya juga. Semoga pengalaman yang bakal saya peroleh manjadi bekal berharga untuk di'posting' kan kelak.

Wallahu 'alam.

p/s : Pengetua sekolah tadi berbangsa Cina, sangat baik dan peramah. Beliau berpesan, apapun jangan sentuh pelajar (pukul). Beliau bercakap lagi, semua pelajar di sekolah sama sahaja. Cuma perlu kan cara untuk mendekati mereka yang nakal.

Wallahu 'alam

6 comments:

Unknown said...

tahniah sebab dah dapat jadi cikgu, walaupun cikgu sementara.. kalau nak tau cabaran cik yg mendatang dah jadi guru Elite tengok n3 ni.. Kuman "Tribute to Cikgu" Entry :)

Anonymous said...

Salam

Insya-Allah, peluang menjadi guru ganti ni dapat kita gunakan sebagai pengalaman tambahan sebelum benar-benar ditempatkan nanti.

Semoga Allah sentiasa mempermudah urusanmu =p

Anonymous said...

Salam

semoga cikgu dapat menjalankan tanggungjawab dengan lancar... ~

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

kumon : saya dh bc..suka entry tu

aniza dan manje : terima kasih ye..

Dzasc Skachers said...

wow.. wadud sangat teringin jadi guru sebab guru ni x memboringkan wadud, hehehe..

congrat ekh.. gud luck ajar budak2.. :-)

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

wadud : nak jd guru, niat kena btol..huhu..