Wednesday, November 23, 2011

Menghitung hari

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari..

Nampaknya terlebih rajin untuk update blog. Hakikatnya bukan rajin tetapi kerana peluang dan ruang masa yang ada. Sudah masuk hari kelima cuti sekolah, juga masuk hari ketiga saya langsung tidak keluar dari rumah. Bagaikan berkurung dalam rumah. Apa boleh buat, hari weekdays suami saya bekerja, makanya saya hanya berkurung dalam rumah. Nak keluar rumah, saya sudah tak dibenarkan untuk memandu, apatah lagi sentiasa sakit pinggang, memang menghalang saya untuk memandu.

Hari ini diikutkan saya perlu bertugas untuk SPM sebagai guru bertugas. Tetapi pagi ini, saya langsung x larat mahu bangun, kerana semalam tersedar jam 3 pagi dan tak dapat melelapkan mata selepas itu. Apatah lagi ditambah dengan sakit pinggang serta sesak nafas. Baby pula sudah mula belajar mengeras di dalam perut. Sangat tidak selesa. Makanya, untuk bangun pagi memerlukan mujahadah yang tinggi. Terutamanya untuk bangun solat Subuh. Maka pagi tadi, terus saya menghantar SMS kpd PK memaklumkan keadaan saya yang tidak mengizinkan untuk ke sekolah. Kalau ikutkan, dari semalam lagi suami cakap tak perlu untuk ke sekolah. Tapi saya tetap berdegil, tp bila tgk situasi diri pagi ini, terpaksa membatalkan hasrat di hati.

Ada tujuan lain juga untuk sy ke sekolah. Saya masih lagi belum memohon cuti bersalin. Risau juga jika x sempat nak apply, bimbang coz lepas ne terpaksa menyusahkan suami untuk ke sekolah. Nak x nak, esok saya perlu ke sekolah untuk menyelesaikan urusan permohonan cuti. 

Esok juga saya perlu membuat ujian BSP buat kali terakhir. Ujian darah sebanyak 4 kali iaitu, sebelum dan slps breakfast, selepas lunch dan juga slps dinner. Untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Minggu lepas saya skip ujian ini, tapi apabila pergi check-up dengan Dr Khamsiah Jumaat lepas, Dr cakap saya perlu buat juga untuk kali yang terakhir. Kerana kalau kandungan gula dalam darah saya tinggi, saya tetap kena induce 2 minggu awal dr due date.

Apapun, saya tak sabar untuk check up seterusnya hari Jumaat ini. Doakan segalanya dipermudahkan...

Gambar ketika check-up Jumaat lepas. Sementara menunggu Dr Khamsiah...


Tuesday, November 22, 2011

38 weeks

Assalamualaikum wbt

Hari ini kalau ikut 'thicker' di blog, sudah 38 minggu usia kandunganku. Apabila dh masuk 38 minggu, bayi dalam kandungan ini sudah matang dan sudah bersedia untuk menjengah dunia. 

Nampaknya baby UA ni masih selesa dalam kandungan ummi ye. Belum ada tanda2 major menunjukkan baby mahu keluar, tanda2 minor sudah lama ada. Apa yang pasti, saya dan suami sentiasa sabar menanti detik kelahiran zuriat kami ini. Ya ALLAH, permudahkanlah urusan kami.

Minggu lepas sy pergi check-up, dan bermulalah seminggu sekali rutin check-up selepas ini sehinggalah saya bersalin. Bandar Kinrara dan Bangi tidaklah dekat tp setiap minggu saya menanti saat untuk bertemu Dr Khamsiah Muda, Doktor O&G di Hospital Pakar An-Nur Bangi. Saya sangat selesa untuk bertemu dan menerima rawatan serta nasihat beliau. Dan kerana itu jugalah saya merasakan salah satu sebab untuk suami saya membuat keputusan agar saya bersalin di hospital itu. 

Niat asalnya, saya ingin bersalin di Kelantan. Maknanya saya akan pulang awal ke Kelantan menjelang sahaja cuti persekolahan bermula. Tapi apabila difikirkan beberapa kali, mungkin agak susah untuk suami saya ada bersama saya pada detik kelahiran nanti jika sekiranya beliau masih di KL atas urusan kerja. Jadi, keputusan dibuat dan saya akan bersalin di Bangi nanti, insyaALLAH. 

Terima kasih dan sejuta penghargaan penuh kasih sayang juga buat ummi tersayang, yang sanggup berkorban untuk anaknya ini. Ummi sanggup untuk datang awal ke sini (insyaALLAH 29hb). Sepanjang mengandung, saya tahu ummilah antara insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya ini. Kadang-kadang terlebih risau pula apabila aku mengadu tentang itu dan ini.


Pernah sekali, aku menelefon ummi, sambil menitis air mata, berkongsi rasa, sehinggakan ummi juga menitiskan air mata. Saat itu, aku merasakan betapa besarnya pengorbanan seorang insan bernama ibu ini. Sedang ketika aku yang menghitung hari untuk bergelar ibu, terfikir juga mampukah aku menjadi sesempurna ibuku, mendidik kami adik beradik penuh kasih sayang dengan sejuta pengorbanan yang orang lain tidak mampu hadapinya. Hanya insan yang mengetahui pasti memahami segala penat lelah ummi selama ini. (Nak menitis air mata tulis ni, huhu). 

Buat suami tersayang, beliaulah yang sentiasa setia bersabar menghadapi karenah isterinya ini. Abang sentiasa bersabar dalam mendidikku. Bagiku, biarlah orang melihat suamiku seorang yang biasa saja, tapi pada pandangan mata dan hatiku, beliaulah lelaki yang luar biasa. Kata-kata nasihatnya setia dituturi, tegurannya begitu bermakna, tarbiyahnya padaku terlalu mendalam. Beliau mendidikku dengan penuh ketegasan di sebalik kata-kata lembutnya. Mematahkan sikap amarahku, juga egoku. Terima kasih ya ALLAh menganugerahkan lelaki ini sebagai pembimbingku. Uhibbuka Lillahi Ta'ala.



38 minggu, kurang 2 minggu lagi sehingga tarikh due date (8/12/2011). Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Buat pembaca, saya mengarapkan doa kalian. Minta maaf juga atas salah dan silap saya. 

Wallahu'alam...

Wassalam

Sunday, November 13, 2011

9 bulan...

Assalamualaikum wbt...

Dua bulan sudah berlalu setelah post yang terdahulu. Skrg usia kandungan dh mencecah ke minggu-36 atau 9 bulan. Semakin menghampiri saat untuk melahirkan.


SUMBER IMAGE : DI SINI

Sekarang saya sudah pun refer utk check up di Hospital Pakar An-Nur, Bangi dan insyaALLAH akan bersalin di sana nanti. Dan insyaALLAH baby yang akan dilahirkan ini akan disambut oleh Dr Khamsiah Muda. Saya sangat selesa apabila berjumpa beliau sepanjang antenatal check up di An Nur. Semoga dipermudahkan urusan bersalin saya nanti, insyaALLAH.

Untuk update 9 bulan ini, alhamdulillah sudah 90% barangan keperluan bayi saya sudah lengkap. Dan beg untuk dibawa ke hospital juga sudah pun berada di dalam kereta. Perlu bersedia pada bila-bila masa skrg. Cumanya ada beberapa barang lagi yang masih belum dibeli. Dan akan disempurnakan dalam waktu terdekat ini.

Rasanya setakat itu sahaja dulu update tentang 9 bulan kandungan ini. Ingin saja saya kongsikan entry ini bersama barang2 keperluan bayi, tapi gambar masih belum ditransfer ke laptop ini.

Buat pembaca di luar sana, doakan kemudahan saya untuk menghadapi saat-saat bersalin nanti. insyaALLAH.

Wassalam

p/s : Keadaan saya skrg boleh dikatakan agak sarat. Sakit2 hampir setiap hari. Berada lama di dalam kereta juga sudah tidak mampu =)