Tuesday, November 22, 2011

38 weeks

Assalamualaikum wbt

Hari ini kalau ikut 'thicker' di blog, sudah 38 minggu usia kandunganku. Apabila dh masuk 38 minggu, bayi dalam kandungan ini sudah matang dan sudah bersedia untuk menjengah dunia. 

Nampaknya baby UA ni masih selesa dalam kandungan ummi ye. Belum ada tanda2 major menunjukkan baby mahu keluar, tanda2 minor sudah lama ada. Apa yang pasti, saya dan suami sentiasa sabar menanti detik kelahiran zuriat kami ini. Ya ALLAH, permudahkanlah urusan kami.

Minggu lepas sy pergi check-up, dan bermulalah seminggu sekali rutin check-up selepas ini sehinggalah saya bersalin. Bandar Kinrara dan Bangi tidaklah dekat tp setiap minggu saya menanti saat untuk bertemu Dr Khamsiah Muda, Doktor O&G di Hospital Pakar An-Nur Bangi. Saya sangat selesa untuk bertemu dan menerima rawatan serta nasihat beliau. Dan kerana itu jugalah saya merasakan salah satu sebab untuk suami saya membuat keputusan agar saya bersalin di hospital itu. 

Niat asalnya, saya ingin bersalin di Kelantan. Maknanya saya akan pulang awal ke Kelantan menjelang sahaja cuti persekolahan bermula. Tapi apabila difikirkan beberapa kali, mungkin agak susah untuk suami saya ada bersama saya pada detik kelahiran nanti jika sekiranya beliau masih di KL atas urusan kerja. Jadi, keputusan dibuat dan saya akan bersalin di Bangi nanti, insyaALLAH. 

Terima kasih dan sejuta penghargaan penuh kasih sayang juga buat ummi tersayang, yang sanggup berkorban untuk anaknya ini. Ummi sanggup untuk datang awal ke sini (insyaALLAH 29hb). Sepanjang mengandung, saya tahu ummilah antara insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya ini. Kadang-kadang terlebih risau pula apabila aku mengadu tentang itu dan ini.


Pernah sekali, aku menelefon ummi, sambil menitis air mata, berkongsi rasa, sehinggakan ummi juga menitiskan air mata. Saat itu, aku merasakan betapa besarnya pengorbanan seorang insan bernama ibu ini. Sedang ketika aku yang menghitung hari untuk bergelar ibu, terfikir juga mampukah aku menjadi sesempurna ibuku, mendidik kami adik beradik penuh kasih sayang dengan sejuta pengorbanan yang orang lain tidak mampu hadapinya. Hanya insan yang mengetahui pasti memahami segala penat lelah ummi selama ini. (Nak menitis air mata tulis ni, huhu). 

Buat suami tersayang, beliaulah yang sentiasa setia bersabar menghadapi karenah isterinya ini. Abang sentiasa bersabar dalam mendidikku. Bagiku, biarlah orang melihat suamiku seorang yang biasa saja, tapi pada pandangan mata dan hatiku, beliaulah lelaki yang luar biasa. Kata-kata nasihatnya setia dituturi, tegurannya begitu bermakna, tarbiyahnya padaku terlalu mendalam. Beliau mendidikku dengan penuh ketegasan di sebalik kata-kata lembutnya. Mematahkan sikap amarahku, juga egoku. Terima kasih ya ALLAh menganugerahkan lelaki ini sebagai pembimbingku. Uhibbuka Lillahi Ta'ala.



38 minggu, kurang 2 minggu lagi sehingga tarikh due date (8/12/2011). Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Buat pembaca, saya mengarapkan doa kalian. Minta maaf juga atas salah dan silap saya. 

Wallahu'alam...

Wassalam

2 comments:

aReLaN said...

uish..dh tak lme tu.moga sme selamat ye kak.AMIN...

aReLaN said...

uish..dh tak lme tu.moga sme selamat ye kak.AMIN...