Assalamualaikum wbt...
Dua bulan sudah berlalu setelah post yang terdahulu. Skrg usia kandungan dh mencecah ke minggu-36 atau 9 bulan. Semakin menghampiri saat untuk melahirkan.
SUMBER IMAGE : DI SINI
Sekarang saya sudah pun refer utk check up di Hospital Pakar An-Nur, Bangi dan insyaALLAH akan bersalin di sana nanti. Dan insyaALLAH baby yang akan dilahirkan ini akan disambut oleh Dr Khamsiah Muda. Saya sangat selesa apabila berjumpa beliau sepanjang antenatal check up di An Nur. Semoga dipermudahkan urusan bersalin saya nanti, insyaALLAH.
Untuk update 9 bulan ini, alhamdulillah sudah 90% barangan keperluan bayi saya sudah lengkap. Dan beg untuk dibawa ke hospital juga sudah pun berada di dalam kereta. Perlu bersedia pada bila-bila masa skrg. Cumanya ada beberapa barang lagi yang masih belum dibeli. Dan akan disempurnakan dalam waktu terdekat ini.
Rasanya setakat itu sahaja dulu update tentang 9 bulan kandungan ini. Ingin saja saya kongsikan entry ini bersama barang2 keperluan bayi, tapi gambar masih belum ditransfer ke laptop ini.
Buat pembaca di luar sana, doakan kemudahan saya untuk menghadapi saat-saat bersalin nanti. insyaALLAH.
Wassalam
p/s : Keadaan saya skrg boleh dikatakan agak sarat. Sakit2 hampir setiap hari. Berada lama di dalam kereta juga sudah tidak mampu =)
9 comments:
Semoga semuanya selamat (^_^)
thanx mus..
wah..tak sabarnya nak tunggu baby..
moga Allah permudahkan segalanya kak..
Ijan tu kena stop OT dh Teh.
moga sume berjalan lancar n selamat ye. jaga diri leklok.moga dipermudahkan. AMIN...
ateh, moga selamat melahirkan anak permata hati=)..: Dia Seksi Orang Lain Yang Seksa!
Semoga selamat bersalin ibu n babynya:)
Semoga cikgu Aini selamat bersalin hatta dikurniakan anak yang comel dan molek macam ibunya ;')
moga selamat semuanya ya!
ibunya pun selamat bersalin.
dan babynya selamat melihat dunia~
=)
Post a Comment