Sunday, January 15, 2012 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Detik Bersalin part 3

Ok, kita sambung citer..

Pagi 26/11/2011, seperti biasa bangun untuk solat Subuh. Tapi pagi tu rasa sakit perut cam nak buang air besar, so masuk tandas. 15 minit dok dalam tandas tnggu poo poo nak kuar, tp xkuar2 tapi perut rasa sakit. So, keluar bilik air solat Subuh then bgtau suami.

Masa tu dh syak mgkn nilah rasa kontraksi tp masih ragu2 sbb x pnah alami. Tapi org ckp kontraksi mmg mcm sakit nak berak, hehe. Lebih yakin bila sakit tu dtg 15minit sekali. Suami tanya, nak p hospital ke, sy cakap nanti dlu. Tapi bila sakit makin kerap (tp x sakit sgt), terus cakap nak p spital. Masa tu dalam kul 8.15. Then, p inform kt Kak Long. Kak Long bila dgr ckp dh rasa sakit perut n nk p spital, nmpk dia gelabah n risau. Masa tu dh ckp kat Kak Long, x yah inform kat Ummi lg. Pg tu Ummi, Buya dan Adik baru bertolak dr KB utk mai sini.

Siap2 nak p spital, dalam kul 9@10 lbh bru bertolak nk p spital. Asalnya Kak Long nk ikut sama, tp dia ckp nk p amek Abg Shah dlu kat kem. So, sy p spital berdua ngan abg. Dalam keta otw p spital, dok tahan sakit main2, leh gelak2 lg. Sy dok kt tmpt duduk blkg sbb leh bebas bergerak bila sakit dtg.

Sampai di Hosp An Nur, x masuk terus. Ajak abg p breakfast dlu. Siap breakfast, bru masuk spital p daftar. Bila dh dftr sume, terus Nurse soh get ready utk masuk Labour Room sbb dh habaq kat nurse dh rasa kontraksi. Masuk LR dalam jam 11 lbh, terus check in dok ats katil, bidan mai nk check bukaan. Sebelum tu dh ada sorg Nurse mai bawa alat utk wat CTG. CTG ne utk cek degupan jantung baby dlm perut. Bidan dtg cek bukaan, dia ckp bukaan dh 2cm. 

Then, dtg lagi Nurse utk sumbat ubat kat celah punggung, ubat utk cepatkan proses buang air besar kalau x silap. Lepas tu, terus masuk tandas buang air besar. Huhu. Dh check in, siap dh kena tukar baju oren n diberi makan utk tgh hari. Masa tu sgt berselera smbil rasa sakit sket2.



Dr dtg utk cek bukaan lg. Masih 2cm then Dr soh masuk wad dlu sbb bukaan lum buka bnyk. So, ditempatkan di wad Orkid 7. 

to be continued..x da mood nk tulis pnjg2

0 comments: