Monday, August 26, 2019

SIMPANAN UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan selamat pagi

Hari ni terasa ingin berkongsi tentang simpanan untuk anak-anak. Masa awal-awal dulu sekitar 2012, masa anak pertama, tabung pertama yang dibuka untuk letak simpanan Umar mestilah tabung haji. Dan lepas je simpan duit raya pertamanya, terus dapat daftar haji. 2 3 tahun selepas itu, suami cakap dia dah buka akaun SSPN di pejabatnya untuk Umar. Tujuan asalnya lebih kepada untuk mendapat pelepasan pentaksiran cukai.

Jadi, apabila diri sendiri dah perlu buat pentaksiran cukai, maka untuk anak Ulwan dan Uthman, Ummi pula yang bukakan akaun. Tambahan pula, SSPN I PLUS sudah diperkenalkan, yang merupakan penambah baikan kepada SSPN yang lama. Untuk Uthman, Ummi ambil pakej Intan manakala untuk Ulwan Ummi daftarkan pakej Delima.

Untuk Umar pula, Ummi cadangkan pada abinya untuk bukakan juga akaun SSPN I PLUS dengan pakej Intan. Maka bertambah lah lagi simpanan untuk Umar. Saja nak share dengan para pengunjung blog penyata simpanan di SSPN I dan SSPN I PLUS. Walaupun hanya sekadar serendah RM30, lama-lama kelamaan bertambah semakin banyak. 

Penyata akaun SSPN I PLUS Ulwan dan Uthman

Penyata SSPN I PLUS Umar

Penyata dua-dua akaun UMAR, SSPN I dan SSPN I PLUS

Tak rugi sebenarnya jika menyimpan dalam SSPN I PLUS ni. Simpanan dijamin kerajaan, dapat pelepasan cukai dan penyatanya akan sentiasa dikemaskini. Dividen yang kompetitif 4% saban tahun.
Jadi apa tunggu lg, jom menyimpan di sini. SIMPANAN UNTUK JAMINAN MASA DEPAN!



4 comments:

Dikbee said...

bagus kan ada simpanan utk anak-anak. biar susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Ronaldo drogba said...

ROku is the kind of network that will always entertain. for more about Roku visit the below link
Roku.com/link

ikadas said...

bagus sediakan simpanan utk anak-anak. Simpanan boleh digunakan utk anak-anak sambung belajar kelak:)

Nancy Angel said...

Know how to activate www.amazon.com/mytv in mytv, limited Prime activation offer makes Prime more available for clients on government help, including qualifying beneficiaries of Electronic Benefits Transfer (EBT) and Medicaid. Now primevideo.com/mytv is a very easy process, follow the given link.