Friday, November 21, 2008

Iman...


Jumaat, 21 November 2008 bersamaan 23 Zulkaedah 1429H...


Hari ini, saya cuba untuk menulis berkaitan topik yang sangat penting dalam kehidupan diri insan yang kerdil ini dalam bergelar seorang Muslim dan Mukmin, insya ALLAH. Sambil menaip entry ini, secara kebetulan, dengan izinNYA, WinAmp player memainkan lagu Iman Mutiara dendangan kumpulan Raihan.


Kenapa saya memilih untuk menaip tentang topik ini? Sudah tentu, ada sebabnya. Kerana saya merasakan saya sangat cetek dalam mengenal hakikat iman yang sebenarnya. Dan kerana itu jugalah diri ini sentiasa leka dan alpa. Buku karangan Dr Yusof Al-Qardawi, 'Iman dan Kehidupan' diambil dari rak untuk saya menyelak kembali helaiannya. Sudah lama saya membeli buku ini, tapi belum mampu untuk menghabiskannya..Astaghfirullahal 'Azim. Terlampau sibuk dengan urusan dunia yang melekan....


Muhasabah Diri Kembali....


Betapa saya merasakan iman dalam diri ini semakin pudar. Namun, saya tahu, Allah sangat menyayangi diri ini, dengan memberi ujian yang silih berganti, supaya diri ini sedar dan juga kaffarah terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Kesedaran itu kembali, melalui teguran sahabat-sahabat dan teman seperjuangan. Tetapi, apa yang perlu dilakukan oleh diri ini??? Soalan bodoh berlegar di fikiran. Kerana, saya tahu. Segalanya berpunca dari ini. Usah menuding jari pada orang lain. Muhasabah dan koreksi diri kembali. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.


Di sini saya ingin berkongsi sedikit input yang saya dapat berkaitan iman :-


PERINGKAT-PERINGKAT IMAN
1)Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata menikut pandapat orang lain.
2)Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati
3)Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh.
4)Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin,iaitu orang yang hampir.
5)Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi.


IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG
Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:
•Melawan hawa nafsu,
•Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela,
•Membiasakandiri dengan sifat-sifat terpuji,
•Melahirkan keikhlasan berbakti & berkoban semata-mata kerana Allah,
•Memperbanyakkan amalan-amalan sunat,
•Bertakafur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.


Diri ini sedar, iman sentiasa bertambah dan berkurang. Semuanya berpunca dari diri ini juga. Terlalu mengikut nafsu dan hati. Bukan kerana akal dan iman.
Dalam menghadapi masalah demi masalah dan ujian yang bertimpa-timpa, aku cenderung untuk meluahkan kepada manusia. Sedangkan aku punya ALLAH untuk aku luahkan segalanya. Beristighfar diri ini bila dikenang kembali. Aku mahu menangis di depanMu Ya ALLAH, tapi hati ini penuh dengan noda hitam untuk melahirkan air mata penyesalan. Allahu Rabbi, jangan KAU tarik semua itu dari diri ini.
Alunan nasyid 'Mengemis Kasih' seolah-olah mampu untuk mendefinisikan keadaan ku yang penuh alpa ini..

Mengemis Kasih - The Zikr








No comments: