Saturday, November 22, 2008 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Tahniah buat Kak Nurul...


Assalamualaikum....
Tepat jam 5.01 petang td, aku menghantar mesej kepada kak nurul berbunyi, "Salam.kak, akad nikah kul brapa?" Seketika kemudian, ada balasan dr mesej itu, "Wslm. Dah slsai syg," ringkas mesej kak nurul. Lalu, aku mereply, "Alhamdulillah. Kem salam kat suami kak." Aku tidak mampu menaip panjang. Seolah-olah hilang kata-kata. Gembira kerana beliau segalanya berjalan lancar untuk beliau menjalani akad nikah seterusnya bergelar seorang isteri buat insan yang sangat bertuah. Sedih kerana beliau sudah dimiliki oleh orang lain, huhu. Seolah-olah kak nurulku dirampas dari adiknya yang manja ini. Huhu...Sedih juga kerana tidak dapat ke majlisnya kerana aku masih berada di kolej. Dulu, semasa majlis pertunangannya, aku dan mas berkesempatan untuk bersamanya.


Semasa pertunangan kak nurul...



Tahniah aku ucapkan kak nurul kerana berjaya dalam mewujudkan sebuah lagi baitul dakwah dalam meneruskan perjuangan ini, insyaALLAH. Semoga perkahwinan ini akan merancakkan lagi perjuangan kak nurul dalam mengharungi mehnah dan ujian. Bagiku, kak nurul merupakan seorang yang sangat tabah dan tegar. Beliau begitu berani untuk melangsungkan perkahwinan ketika masih lagi belajar. Aku tahu segala rentetan ceritanya dalam mencapai pernikahan ini. Begitu banyak dan ujian yang beliau lalui. Dan semua itu begitu mematangkannya. Dan itu jugalah yang menjadi isi dan bahan untuk beliau menasihatiku. Untuk menjaga hati ini...

Beliau pernah bertanya padaku, "Adik, adik x nak kawin masa belajar?".Hehehe..Tersengih aku. Bagiku, pernikahan itu masih lagi jauh dari diriku. Dengan perangai dan tingkah laku yang belum cukup matang, hahaha...Beliau juga menawarkan diri dan suaminya untuk menjadi orang tengah padaku. Hahaha...Lawak betul kak nurul. Doakan adikmu untuk matang sepenuhnya terlebih dahulu.

Buat kak nurul, semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Layarilah bahtera perkahwinan ini dengan kebersamaan ALLAH dan iman di hati. Semoga segalanya berada di dalam redha NYA. Moga ateh berkesempatan dan punya ruang untuk ke majlis kak, insyaALLAH

p/s : Kak, maaf ye letak gambar pertunangan kak. Bukan lagi rahsia ye, kerana sudah bergelar Puan Nurul Munirah bin Md. Nordin.


"Rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan"







1 comments:

jojambul said...

salam.. buat ateh d house...
ewah2... ada blog rupanya..
ana x buat g coz x tau selok belok nk wat blok ni... maleh nk mengarang kot?? haha...
Tahniah juga kpd Nurul Munirah iaitu Rakan Seperjuangan d Legasi Jwtnkuasa Mahasiswa Koleh Harun Aminurrashid 07/08.. eh.. eh... x leh dah pggil nama Munirah kena tukar Identiti pggilan ni...hmmm...
spatutnya Puan Nurul Munirah.. bukan gtu yaa... lama2 nnti biasa r tu pggil Puan..
thniah yer puan nurul munirah d atas berlangsungnya pernikahan..
bergelar isteri ni besar tanggungjawabnya.. d harap harap bersabar n sntiasa tabah mghadapi alam rumah tangga.. saya mendoakan kebahagiaan Puan Nurul Munirah..
AMIN.......... semoga Allah merahmatinya....