Friday, November 6, 2009

Apabila Kijang bertemu Rusa


Assalamualaikum wbt...

Sedikit ingin mengulas tentang perkembangan sukan tanah air, hehe... Minat sukan, tapi x minat bersukan walaupun pernah jadi Exco Sukan...hahaha...

Apa yang ingin dikongsi di sini ialah tentang perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung esok antara Kelantan dan Negeri Sembilan.

Sudah tertentu amat berbangga kerana Kelantan buat julung kalinya berjaya melangkah kaki ke peringkat akhir. Mengikut sejarah, Kelantan tidak pernah memenangi piala ini berbanding Negeri Sembilan yang pernah sekali memenanginya pada tahun 1948 lalu.

Merujuk kepada ulasan-ulasan dalam akhbar-akhbar hari ini, ramai yang menjangkakan N9 akan berjaya membawa pulang piala tersebut. Maka. dengan ini saya meletakkan Kelantan sebagai pasukan 'underdog' untuk memenangi perlawanan ini. Agar tidak kecewa walaupun kalah, hehe.

HABUAN KEMENANGAN
Bercakap tentang habuan, kedua-dua pasukan sudah disediakan dengan pelbagai habuan setelah berjaya memasuki perlawanan akhir. Apatah lagi jika memenanginya. N9 sebagai contoh telah dijanjikan dengan habuan berjumlah RM 100,000, serta pelbagai lagi. Bagi Kelantan pula, benarlah kata-kata Tok Guru bahawa kerajaan negeri Kelantan akan menyediakan habuan yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini. Kerajaan Kelantan telah menghadiahkan pakej umrah serta wang perbelanjaan untuk semua pemain pasukan ini. Salah satu tugas dakwah juga tu. Memang Tok Guru juga adalah antara pemimpin yang berfikiran 'out of the box'.

SUKAN
Aku meminati semua jenis sukan yang diminati oleh abangku kecuali American Football dan golf. Huhu.. Sejak kecil lagi, aku akan menuruti segala apa yang diminati oleh satu-satunya abang yang aku ada di dunia ini, Mohd Nahiz Shuyuti. Pasukan F1 Ferrari (Michael Schumacher), Valentino Rossi (GP 500cc), Manchester United, pasukan bola sepak Brazil, dll lagi. Semasa kecil, aku pernah dibawa oleh buya ke Stadium Kelantan untuk menyaksikan perlawanan bola, huhu.. Masa tu x tahu apa2 lagi...

ABANGKU
Buat abangku, rasa agak terkilan tidak dapat pergi ke konvokesyennya di UTM, Skudai pada 21hb November nanti. (Dia konvo kat UTM coz dia last batch before ATMA dinaik taraf kepada UPNM, last batch juga yang degree nya attach with UTM). Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan lagi di sini, tapi amat sedih juga. Katanya kemungkinan dia tidak dapat balik Raya Haji nanti memandangkan kena masuk hutan. Abangku kena masuk hutan untuk menyelesaikan latihannya sebelum ditauliahkan pada bulan Disember nanti untuk bergelar Kapten Mohd Nahiz Shuyuti. Apapun, aku akan pastikan untuk dapat menghadirkan diri pada pengtauliahannya nanti.. Insya Allah....

Tahun 2005 : Hari pertama pendaftaran abangku di ATMA, Sg Besi

My Brother, the Winner of Light Weight Cathegory... Sapa mau lawan??

-Juara Light Weight, sbb makan banyak tapi x gemuk ~

Juara Heavy Weight & Juara Light Weight

(p/s : Entry bercampur baur sedih dan gembira. Teringat membesar bersama abang bersama-sama, Taski Al-Hilal, amik PMR, SPM pada tahun yang sama(kerana beliau peralihan setahun), tusyen tempat sama, lepas SPM, berpisah apabila aku masuk matrix, dan dia ke ATMA--> jarak umur kami hanya 11 bulan. Kerana itu agak rapat. Dia banyak berkorban untuk adik-adiknya. Sampai sekarang lum berkesempatan wat lesen kerana terlalu busy. Lepas SPM, dia bagi peluang kepadaku untuk ambil lesen kereta dahulu kerana pada masa itu, kami bukanlah senang sangat..)

2 comments:

Unknown said...

Salam. Keluarga sukan rupanya. Memeang patut la dulu jadi exco sukan. :) Tapi yang empunya badan tu rajin-rajinlah bersukan ye. Kalau nak sangat ikut sunnah, bersukan lah dengan sukan renang, naik kuda dan memanah. Takpun yang mendekati sunnah...

Selangor dah tersingkir. :( Sedey! Takpalah, biarlah Kelantan pula ambil peluang rebut piala.

Syahir Mohamad said...

Salam..
emm..dapat exco sukan tu bukan apa pun.. saja puan hajah nak bagi ateh kurus.. tapi silap, sama je.. bahkan makin sihat.. apa2 pun ateh tetap ceria..heheh