Thursday, December 10, 2009

Tentang Cinta


Assalamualaikum wbt...

Hari ini jariku terasa ingin menari, otakku memerah idea untuk mencoret sesuatu...tentang CINTA. Aku sangat tidak gemar tentang pandangan stereotaip sesetengah 'golongan' yang begitu memandang serong (atau senget) apabila berbicara tentang cinta. Bagi mereka, cinta itu melibatkan tentang perasaan hati yang perlu dielakkan, dengan hujahan penyakit hati.

Namun, di sini, aku bukan untuk mempertikaikan 'hakikat' itu, kerana sememangnya aku langsung tidak layak, ilmu yang amat cetek apatah lagi masalah hati yang pelbagai. Cumanya di sini aku ingin membawa hakikat cinta itu sendiri, dari perspektif kehidupanku, realiti yang tak seindah fantasi, namun membawa pengalaman, hakikat pengorbanan penuh erti...

Cinta, kasih ibu hingga ke syurga, berkorban segalanya hatta nyawa, memaafkan sang suami walau hati pernah terluka, menanggung beban, mencari nafkah bak kekuatan sang lelaki, membesarkan adik2nya juga, mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya yang telah meninggal dunia serta x lekang membaca Yasin setiap hari untuk mereka, membesarkan anak2 sendirian pernah dengan keringat bak lelaki... itulah Ummiku..
Ummi yang tersayang... Puan Aini Mohamad

Tak tertulis segala jasa beliau di sini. Dulu ketika dilanda derita, ummi pernah rebah, dirundung sedih saban hari. Tapi itu dulu. Detik demi detik, waktu silih berganti, ummi bangkit demi melihat anak2nya berjaya. Aku melihat kekuatan itu, aku menatap kesabaran itu.. Kekuatan kerana sepenuh pergantungan hanya pada Allah, dengan qiamullailnya, dengan amalan zikir, alunan bacaan Quran memenuhi ruangan rumah pagi, petang dan malam...

Itulah Ummiku... Insan yang sangat dekat di hati dalam menjadi teladan dalam hidupku. Menjadi idolah, role-model untuk mengambil contoh teladan dalam meniti kehidupan penuh onak berliku.

Inilah kisah cintaku buatmu...Ummiku sayang...

Allah berfirman, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula...(al-Ahqaf: 15)

Sabda Rasulullah, “sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga. Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka”.

p/s :- Doaku buatmu, ayah bondaku


Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim

Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu

dan berbakti kepada kedua ibubapaku.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku

kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil

bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu

aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah

terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka

kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang

sedangkan ku tahu,

Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"kepada mereka.

Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.

Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjayakini,

keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku

kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku

tidur malam mereka aku ganggu

titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku

tidak pernah mereka mengadu letih

tidak pernah mereka mengadu sakit

lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku

harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku

namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah

kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah

kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

dimalam ini aku terkenang semua itu

dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah

dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah

rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,

dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah

aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah

aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah

aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin

dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh

yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.

2 comments:

aniuna said...

kite pon sayang mak...
sayang ayah juge..
sayang sumer nye... :)

Anonymous said...

Sebab itu blog ana namanya Cint@ Islam dengan tema Mencari Erti Cinta Hakiki

Kerana cinta itu memberi makna yang luas

Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Islam, Cinta Ibu Bapa, Cinta Makhluk, Cinta... Cinta... Cinta...