Monday, January 25, 2010

KEMBALI MENULIS

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, ruangan ini kembali dimanfaatkan. Terasa agak lama membiarkan blog ini tanpa 'entry' yang baru. Sudah hampir 2 minggu berada di bumi Klang ini. Dan juga sudah hampir 2 minggu diri ini menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang akan disusuli pula oleh praktikum di sekolah yang sama selama 14 minggu. Huhu... Sungguh mencabar berada di sekolah yang 'istimewa' dan 'terpilih' ini. Terasa detik demi detik lambat berlalu, kerana tidak sabar untuk menamatkan pengalaman 'manis' yang sedang dilalui ini.


DUNIA PRAKTIKUM

Setelah 7 semester menanam teori, 16 minggu pula masa yang diperuntukkan untuk menilai serba sedikit praktikalnya. Latihan mengajar atau lebih popular disebut praktikum begitu mencabar. Sangat2 mencabar. Ianya bukan soal set induksi, lesson plan, atau ABM, namun realiti dalam berhadapan pelbagai karenah pelajar sekolah menengah yang seribu macam. Suasana baru, sudah pasti, sedikit masa diperlukan untuk diri ini mengadaptasi agar mampu berhadapan dengan segala cabaran ini. Setelah semangat bagai hilang seketika akibat suatu pemergian, namun digagahkan juga, berkat doa dan sokongan keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan.


Masih terlalu awal sebenarnya untuk merungut segala apa yang dihadapi di sekolah, namun hati dan jiwa ini perlu ditabur sepenuhnya rasa 'sabar' itu. Usah terlalu difikirkan tekanan di sekolah, ini baru praktikum, belum sebenarnya 'posting'. Realiti tugas guru sekarang, bukan sekadar mengajar, bahkan mendidik. Kamu yang memilih jalan ini, so hadapinya, ateh!!! Heheh. Sekarang belum ada 'mood' untuk berkongsi cerita di sekolah, next time..Huhu

Road To Tg Malim

Sempat untuk aku ke Tg Malim hujung minggu yang lepas. Selesai sahaja sekolah ganti, terus menuju ke stesen komuter Klang untuk bergerak ke Tg Malim. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Terubat sedikit kerinduan pada bumi muallim itu. Mengambil peluang yang singkat itu untuk membantu sedikit sebanyak yang termampu dalam kempen Pilihanraya Kampus (PRK) yang sedang rancak berlangsung sekarang. Terubat kerinduan bertemu sahabat, adik2 dan teman2 seperjuangan yang lain. Huhu...

Buat semua mahasiswa pendidik samada yang berada di Tg Malim mahupun yang sedang berpraktikal, silalah prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling anda. PRK sedang berlangsung. Bagi mereka yang layak mengundi, tunaikan hak anda. Inilah masanya untuk memilih pemimpin yang dirasakan benar-benar layak untuk mewakili anda semua, yang bisah membawa suara mahasiswa agar kebajikan sentiasa terjaga. Buat teman2 seperjuangan yang sdg berpraktikal, walau kita tidak layak mengundi, namun silalah ambil tahu sedikit sebanyak apa yang berlaku di UPSI. Jadilah mahasiswa pendidik yang benar2 prihatin!!!

p/s :- Berada di Tg Malim membawa kepada imbauan kenangan lama. Bergerak kerja selama 3 kali sesi PRK membawa kepada memori yang terpahat indah bersama seribu satu pengalaman dan ceritera...

Banner Kak Nurul tika PRK sesi 07/08

Rapat umum sesi PRK 08/09

Benar-benar menggamit kenangan lalu. Betul la kata-kata sahabatku Aqilah, adik2 di UPSI perlu menghargai saat bergelar mahasiwa ketika di alam kampus, kerana bila sudah berada di luar kampus, saat-saat dan pengalaman2 lalu begitu berharga serta akan sentiasa dirindui...

Jadilah mahasiswa pendidik yang berprinsip, biar keberadaan kita di kampus dirasai kewujudannya, bukan sebagi picisan sahaja, yang hanya tahu ke kuliah dan berada di bilik tanpa bermanfaat kepada yang lain..

Wednesday, January 13, 2010

Kematian yang pasti...



Align Center
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikun wbt...

Air mata panas deras mengalir laju, masih membasahi wajah tika ini. Bukan diratap pemergian itu, namun kesedihan ini masih lagi gagal dibendung. Perlukan masa untuk merawat hiba ini.

Mencari sekelumit kekuatan untuk meluah rasa ini. Menatap beberapa blog sahabat2, berbicara tentang berita kematian ini bersama ucapan takziah buat keluarga arwah.

Perpisahan yang pasti ini bagai meragut sedikit sebanyak semangat dari diri yang lemah ini. Bukan disesali takdir itu, namun aku insan berhati lemah ini, perlu masa untuk mencari kembali semangat yang bagai dibawa pergi bersama.

Alhamdulillah. ALLAh memberi kesempatan padaku dan beberapa orang sahabat lagi untu berada di rumah kedua-duanya semalam. Sempat menatap dari jauh wajah arwah fadhiri buat kali terakhir.

Post kali ini hanya berkongsi rasa. Ucapan takziah ku iringkan buat keluarga kedua duanya. Sungguh keluarga mereka amat tabah berhadapan ujian Ilahi ini. Apatah lagi melihat wajah tenang ibu masing-msaing.

~ Buat sahabat2ku, rehalah dikau di 'sana', berada di sisiNYA~

Allahummaghfirlahum Warhamhum Wa'afihim Wa'fu'anhum...


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti,
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,
Memori indah kita besama terus bersemadi,
Kau sahabatku kau teman sejati


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Di saat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyayangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa


Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia,
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu,
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini,
Walau ku tahu kau tiada di sisi


Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan,
Sedih rasanya hati mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana,
Setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan,
Moga di sana kau bersama para solihin,
Kau sahabatku kau teman sejati


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mnegenagkna
Kau sahabatku kau teman sejati


(Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz)


Wednesday, January 6, 2010

Moga ku tahu syukurku, adalah milikMU...

"Syukur adalah taat seluruh badan, baik sembunyi mahupun terang-terangan serta secara lisan dan dalam hati. Secara tak langsung, ia akan mengelak dari maksiat'' -Ibnu Abbas-



Assalamualaikum wbt...

Dah lama ingin menulis tentang 'entry' ini. Pagi ini, penulisan ini dimangkin pabila berdiskusi dengan adik usrahku, Fatimazurin. Aku mengungkap tentang perlunya faham tentang konsep syukur.

Bersyukur

Syukur, sesuatu yang mudah untuk dilafazkan. Syukur pada Allah, ucaplah 'Alhamdulillah' dan untuk manusia, kita dianjurkan untuk berterima kasih. Itulah akhlak Islami. Namun, sejauh mana zahirnya ucapan syukur dan terima kasih di bibir itu benar-benar terdasar dari hati (ikhlas)? Kadangkala, syukur itu singgah bilamana nikmat itu dtg di kala kesempitan dan dalam kadar yang sedikit, sedangkan bilamana nikmat itu melimpah ruah, kita terleka penuh alpa. Dibawa dengan kesenangan nikmat yang sekejap cuma.Kita sebagau umat Islam patut bersyukur kerana dikurniakan nikmat iman dan Islam di samping nikmat lain yang tidak terkira banyaknya. Marilah bersungguh-sungguh mempertahankan nikmat iman dan Islam sampai ke akhir hayat.



ALLAH berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)

Itulah peringatan dari ALLAh yang sering kita dengar namun kerap juga kita terlupa. Kita sering berkeluh kesah apabila apa yang kita ingini tak tercapai, sedangkan ALLAH mengurniakan seribu satu hikmah yang terselindung di sebalik ujian ini. Keinginan dan hajat yang tak terlaksana merupakan ujian juga buat hambaNYA. ALLAH ingin melihat sejauh mana hambaNYA ini memahami konsep syukur apabila ditimpa kesusahan.


Allah meminta supaya manusia yang banyak menerima nikmat dan kurniaan Allah supaya bersyukur, seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (QS. An-Nahl:78)

Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (QS. al-Baqarah: 185). Banyak lagi ayat al-Quran yang diakhiri dengan kalimah yang bermakna, "agar kamu bersyukur." Beberapa firman Allah (sekadar beberapa ayat) dalam al-Quran menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak bersyukur atau sedikit sekali yang berterima kasih kepada Allah, seperti firman-Nya bermaksud: 'Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur)." (QS. Sabda': 13)

Dalam soal jawab Iblis dengan Allah, Iblis berkata, "Kemudian aku datang (memperdayakan) mereka dari muka, belakang, kanan dan kiri mereka. Dan tidaklah Engkau (Tuhan) akan mendapati kebanyakan daripada mereka tahu berterima kasih." (QS. al-A'raaf: 17). Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)

Banyak benar peringatan yang ALLAH bagi pada kita, cuma nak atau x kita menerimanya. Kadangkala, nikmat yang ALLAH bagi singgah sekejap sahaja di sisi kita, kemudian ALLAH tarik kembali nikmat itu. Boleh jadi kerana nikmat itu membawa kepada kelalaian kita, perasaan riya' dan sebagainya. Benarlah, segalanya mengundang hikmah yang pelbagai. Carilah ia di pelbagai sudut.

Dalam kita diuji dengan kesempitan nikmat dan kesesakan hidup, renungkan kembali, nikmat terbesar yang telah ALLAH kurniakan kepada kita, iaitu nikmat Iman dan Islam. Allahu rabbi, tak terhitung ya ALLAH nikmatMu itu pada hambaMu yang hina ini.

Pengajaran di depan Mata

Asal kepada 'entry' ini ingin ditulis akibat dari peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas. Ketika itu aku berada di salah sebuah kedai stationary di Kota Bharu ini, bilamana aku melihat seorang pak cik mengeluarkan beberpa not wang ringgit dari poketnya lantas mengiranya beberapa kali. Mungkin kerana bimbang duitnya itu tidak cukup untuk membayar kelengkapan alat tulis anaknya. Aku faham situasi pak cik itu melihat kepada pakaiannya. Timbul rasa hiba di dada. Allahu akbar, Astaghfirullah.. Aku masih lagi boleh dikatakan senang bahkan mewah kerana poket ini tidak pernah kering, namun apa yang kulihat di depan mata benar2 merobek keegoanku. Hati bertanya pada diri, "Adakah aku bersyukur?" Kenapa sering saja timbul rasa tidak cukup dengan apa yang aku ada...Air mata menitis sepi sambil akal ligat memikrkan kala memandu pulang usai saja melihat pak cik itu...

Realiti seorang pelajar

Baru-baru ini, aku juga sperti mahasiswa lain, berdebar menanti keputusan peperiksaan. Dan 'Alhamdulillah', 'result' yang diperoleh adalah berbaloi dengan apa yang aku usahakan. Bukan aku tak pernah kecewa dalam melihat 'result' ku jatuh merudum, bilamana kala itu aku sangat sibuk dalam memegang amanah di kolej, namun itu bukan alasannya. Akibat itu bukan kerana amanah yang dipegang, tapi kerana salah sendiri yang tidak pandai mengurus masa. Pengajaran berguna dalam hidup ini. Namun, masih ku ingat kata-kata semangat dari mantan YDP ku, Cg Helmi, bila aku meluah kekecewaan padanya. Lalu katanya, 'Tak pa ateh, yang penting berbaloi dengan apa yang telah Ateh lakukan," thanx to my ex-YDP, kredit to u..)

Buat adik2ku, Syaira dan Sakinah, juga ex-adik2 usrahku, berusahalah sehabis baik. Anda masih punya banyak masa untuk berusaha sebaiknya. Setelah berusaha, tawakkalah padanya. Apa yang kita peroleh, adalah yang terbaik untuk kita, yang mampu untuk kita bawa ke hadapan.

Hakikat sang pejuang

Buat mereka yang punya kesedaran, yang sentiasa di jalan juangNYA, bersyukurlah kerana anda terplih dari berbillion hambaNYA di muka bumi ini. Walau perjuangan itu pahit, namun syurga itu manis.. KATA-KATA di bawah menghurai segalanya (Buat diriku jua..)




Memetik kata-kata Ibnu Atha'ullah Askandari : "Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia membuka ruang seluas-luasnya untuk nikmat berkenaan hilang daripadanya. Sedangkan sesiapa bersyukur, maka (bermakna) dia mengukuhkan lagi ikatan kekalnya nikmat berkenaan kepada dirinya. Dan sesiapa yang tidak mempedulikan nikmat Allah yang diperolehinya, maka dia akan menghargainya apabila nikmat itu (telah) hilang daripadanya."

Wallahu 'alam...

kredit to :- http://www.webspawner.com/users/rencana/

Sunday, January 3, 2010

2009...Selamat Pengantin Baru...

2009...Melabuhkan tirainya seperti tahun-tahun sebelumnya. Begitulah rona-rona kehidupan, membawa bersama detik-detik masa yang berlalu, menjadi pedoman dalam kehidupan yang mendatang.

Tahun 2009 juga menyaksikan termeterainya ikatan kasih antara dua hati. Sahabat2ku dan senior2ku ramai yang telah medirikan baitul Muslim, melengkapkan separuh lagi agama ('',).




Firman Allah SWT yang maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”
(Surah Ar-Ruum, ayat ke-21)


Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:

“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)

Buat mereka, selamat mendirikan Baitul Muslim, semoga lafaz ijab dan qabul itu membawa kepada terikat kukuh ikatan antara dua jiwa dalam menyemai cinta menuju redhaNYA...InsyaALLAH...

Nursabiha dan Cikgu Lan
Kak Huda dan suami
Adibah dan suami
Kak 'Atifah dan suami
Kak Syazni dan suami
dan mereka yang tidak tertulis di sini (kot2 ada terlepas pandang)

Gambar yang dalam simpanan..Kak 'Atifah & Suami

Dan bagi mereka yang akan menjejak langkah pada tahun 2010 ini, semoga segalanya berjalan lancar serta berada di bawah perancanganNYA..InsyaALLAH...(saling mendoakan...)

p/s :- Kasihmu Amanahku..sesuai2...hehe

2010...Tahun baru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala pujian buatMu Ya ALLAH, masih diberikan kesempatan untukku menghembus nafas, menghirup udara di duniaMU ini, menjelang tahun baru ini. Alhamdulillah, 2010 akhirnya menjelang juga, menandakan detik demi detik, dunia ini semakin tua. Jibril A.S. pernah mengumpamakan dunia ini seperti nenek tua yang bongkok kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk Mikraj dahulu. Peristiwa itu sudah lama berlalu, ini bermakna dunia ini boleh dikatakan sudah seperti wanita tua yang bongkok dua, tiga dan seterusnya. Dunia ini sudah hampir ke penghujungnya. Tanda-tanda kiamat sudah lama dizahirkan oleh ALLAH SWT, namun hamba2NYA masih lagi alpa dan lupa, termasuk aku..Huhu..

Sebagaimana yang dikatakan oleh Jabir, sabda Nabi SAW berkait dengan qiamat, "Dibangkitkan aku dan hari qiamat itu seperti ini (dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya)"

Sambutan tahun baru 2010 sudah menjadi rutin buat Malaysia yang mengisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, dengan meyambutnya dengan nyanyian lagu2 dari artis dengan konsert2 yang bercampur-aduk lelaki perempuannya dari segi pergaulan, disusuli pula dengan pesta muda-mudi (seks, arak dll). Dan yang menyedihkan, Melayu Islam adalah yang paling ramai, dengan pelbagai golongan tidak kira muda atau tua. Sudah tentu golongan remaja yang paling ramai. Kesempatan yang ada digunakan untuk berpesta dan berzina tanpa segan silu. Keesokannya pihak bandaraya lah yang paling sibuk untuk membersihkan segala sampah sarap dan kotoran termasuk kondom, dan botol2 arak...Itulah dilema Melayu sekarang...semakin layu. Dimomokkan dengan konsep ! MALAYSIA..aPAkebende tu eh???

Pada asalnya entry kali ini ingin berkongsi serba sedikit tentang diriku apabila munculnya tahun baru ini, namun tiba2 emosi sedikit tercalar mengenangkan sambutan tahun baru yang agak menyesakkan dada ini terjadi di negara sendiri. Kalau ALLAH nak timpa bala, sekelip mata habis 1 MALAYSIA ni..huhu.. Na'uzubillah.

Di kesempatan yang ada, aku menyeru sahabat2 sekalian untuk 'refresh' kembali apa yang diaminkan dalam doa awal tahun baru2 ini bilamana tahun baru Hijrah menjelma. Jangan terlalu leka dengan 'Happy New Year 2010' yang dimomokkan oleh golongan yang semakin dahsyat cuba untuk memesongkan aqidah umat ISLAM. Apatah lagi sekarang timbul isu tentang penggunaan nama 'ALLAH' oleh agama lain selain ISLAM. DI mana ekslusifnya ISLAM itu sendiri, di negara yang meletakkan ISLAM sebagai agama rasmi persekutuan???Di mana peranannya pemimpin 1 Malaysia yang agak 'lambat' memberi respon tentang hal ini. Bangkitlah umat ISLAM, cukuplah kamu berada di ambang penghinaan demi penghinaan. Sedangakn ISLAM itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya. Wallahu 'alam.

p/s ; Entry penuh emosi, selepas sedikit beremosi tadi..Al-Quran penenang jiwa. Perlukan post lain tentang diri