Sunday, February 28, 2010

Kisah 8 Februari 2010

Assalamualaikum wbt..

Kisah Suatu Hari

Isnin itu adalah Isnin ke-2 untuk minggu praktikal di sekolah ini. Seperti biasa, adanya perhimpunan rasmi sekolah. Dan sudah tentu, mataku melilau ke kelas yang ku ajar. Untuk memastikan golongan2 istimewa itu datang. Dan kebetulan, aku mendapat relief kelas tersebut pada masa ke 3 n 4 (dua masa sebelum rehat).

Loceng berbunyi, aku terus menuju ke kelas untuk relief class utk subjek BM. Sesampai di kelas, aku mengira bilangan mereka, dua org pelajar tiada. Aku bertanya penolong ketua kelas ke mana si Zaki dan Faizal (kedua-duanya bukan nama sebenar). Kata si penolong kelas, diorang ponteng cikgu, x tau g mana". Menggeleng-geleng kepalaku, memikirkan sikap mereka yang tiada habisnya ini. Lalu, kesempatan yang ada ni, aku mengambil peluang dengan yang lain tentang ke mana mereka pergi. Korek punya korek, baru aku mendapat tahu bahawa mereka ke stadium berdekatan kerana ada sekolah berhampiran yang mengadakan hari sukan tahunan di situ..Huhu

Selepas rehat
Loceng menandakan waktu rehat sudah berbunyi. Aku bergegas ke kelas tadi memandangkan sekarang waktu Sains. Memandangkan kelas hanya satu masa, maka P&P hanya dijalankan di kelas, bukan di makmal. Tiba ke kelas, kelas agak huru hara memandangkan belum semua yang ada. Selang beberapa minit, semua nya memenuhi kelas termasuk Zaki dan Faizal. Aku ingin memulakan pengajaran, namun kondisi kelas tidak mengizinkan memandangkan kipas kelas yang rosak serta hanya beberapa minit lg masa yang tinggal. Aku terus duduk di meja guru. Tiba-tiba Zaki meraung-raung. Kemudian, dia menyanyi. Lalu aku bertanya, "Kenapa zaki aktif sgt hari ni?"

Kemudian, dia dtg duduk di kerusi sebelah tepiku. Aku berdiri memandangkan sgt terkejut ngan gelagat dia, lalu dia bangun sambil bertanya, "Kenapa cikgu aktif sangat hari ni?". Aku bertanya padanya, kenapa dengan kamu hari ni? Lalu, seorang pelajar perempuan menarik tanganku sambil berbisik,"Cikgu, Zaki tu dh mabuk. Terkejut diriku. Lantas aku kembali ke arah Zaki dan aku menyuruhnya untuk membasuh muka. Tiba dari tandas Zaki menyatakan dia sangat panas. LAntas, dia mengambil kerusi dan meletakkan di atas meja, lalu dipanjatnya kerusi itu untuk memusingkan kipas yang rosak itu dengan tangannya. Seluruh kelas tergamam dengan tindakannya. Aku juga buntu. Lantas, kawan-kawannya iaitu pelajar2 lain mengelilingiku bimbang Zaki bertindak di luar kawalan. Aku bertnya padanya, Zaki, jom ikut sy ke bilik kaunseling. Lantas dia menjawab, baik Cikgu. Sambil mengambil begnya. terus ke tempat meja guru untuk menolongku mengangkat buku2 latihan. Keadaan ku terpinga-pinga. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan kala itu. Aku tahu, Zaki masih dalam keadaan separuh sedar.


Dia berjalan mengikutku. Dalam perjalanan, Zaki terpandang seorang pelajar India, lantas dia meletakkan begnya dan terus menerjah serta menumbuk pelajar itu. Aku terpinga-pinga. KAwan2nya yang juga mengikutku memberitahu, "Cikgu, baik cikgu beredar dlu." Aku laju menuruni tangga. MAsih dalam keadaan tergamam. Tiba2 aku perasan, sekali lagi Zaki berada di belakangku untuk ke bilik kaunseling. Dalam perjalanan lg, dia ternampak sekali lagi pelajar India itu, dia mengejarnya lagi. Aku menyekatnya dan terus membawanya ke bilik guru. Sesampai ke bilik guru, aku bertanya beberapa soalan padanya dan pada ketika itu, dia sudah kembali sedar. Aku bertanya beberapa perkara, dia menceritakan segalanya. Selesai sahaja, aku mengarahkannya kembali ke kelas. Aku terus berjumpa dengan guru tingkatan kelas tersebut. Aku menceritan segalanya. HAmpir menangis diriku. Guru kelas itu mencadangkan agar aku melaporkan kepada cikgu disiplin. Aku menuju ke bilik guru disiplin. Dalam perjalanan, otakku ligat berfikir. MAsih tergamam. Tertanya2 benarkan apa yang aku lalui hari ini.


Dalam kegelisahan itu, aku singgah sekejap ke makmal utk berjumpa dengan guru pembimbingku. Aku menceritakan segalanya. Beliau juga menyuruh ku untuk melaporkan kepada guru disiplin. Kebetulan, pelajar India tadi berada di luar makmal. Kulihat, dia masih ketakutan. Takut untuk ke kelas. Lantas, aku bersama pelajar itu ke bilik guru disiplin untuk melaporkannya.


Setelah mencertikan segalanya, tiga orang pelajar dari kelas td dipanggil. Zaki, faizal dan hassan kerana ketiga-tiganya meminum arak. Dan juga, keputusannya, Zaki digantung sekolah 2 minggu dan yang lain diberi amaran.


Aku tiada mood lagi untuk bercerita tentang ini. Sungguh, ia pengalaman itu sgt pahit.Cerita di atas juga telah diringkaskan. Moga jadi pengajaran berguna. Ini hanyalah permulaan. kerana selepas tragedi itu, aku mula menjejak latar belakang pelajar2 ku dan kebanyakan mereka daripa keluarga yang bermasalah. NAmun, turut mengejutkan, Faizal yang turut meminum arak namun tidak mabuk kerana minum dalam kuantiti yang sedikit, adalah anak kepada ustaz dan ustazah...Allahu rabbi..
Analisis demi jejak akan terus kubuat..

Sunday, February 21, 2010

Hakikat Rasa

Salamun 'alaik..

Alhamdulillah...Allah menggerakkan hati ini menulis. Setelah sekian lama ruang maya ini dibiarkan sepi. Sungguh, kalau diikutkan, banyak yang ingin dikongsi bersama, namun mood itu hilang bersama kemalasan diri. Malas untuk menulis. Kerana kadang diri ini kepenatan. Kepenatan dalam kelapangan, kepenatan dalam kekusutan diri. Membawa kepada kemalasan. Ingin saja menutup ruang maya ini, namun sayang tetap ada. Di ruang ini aku meluah rasa, mencoret 1001 memori suka duka kehidupan. Moga jadi tatapan berguna pada hari mendatang. Juga sebagai diari maya, yang, mencatat liku2 kehidupan, yg sudah tentu tiada rahsia, kerana menjadi tatapan mereka yang membaca.

Bergelar seorang guru pelatih tiada mudahnya. Setiap hari adalah cabaran. Berdepan dengan pelajar yang pelbagai ragam. 8 Februari 2010 seduah tentu tak dapat dilupakan. Peristiwa seorang pelajarku yang mabuk di dalam kelas. Seorang pelajar lelaki Melayu beragama Islam. Semuda 16 tahun. Allahu rabbi..Peristiwa itu masih mengamit di ingatan.

Ingin ku coretkan di sini, namun tiada lg kekuatan. Biarkanlah dahulu. Moga punya peluang dan ruang untuk menceritakan. Bukan untuk mengaibkan, tetapi sbg pengajaran. Juga boleh dijadikan suatu analisa. Salah siapa????

Friday, February 12, 2010

Hari Valentine bertentangan syariat Islam


Oleh Mohd Shukri Hanapi

BUDAYA menurut Kamus Dewan bermaksud tamadun, peradaban dan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara berfikir, berkelakuan dan cara bertindak serta segala hasil kegiatan atau amalan kerohanian sesuatu masyarakat.

Islam menggalakkan umatnya berbudaya kerana akal menjadikan manusia makhluk bertamadun dan berperadaban. Dalam hal ini, Islam menggariskan prinsip kebudayaannya tersendiri seperti terkandung dalam al-Quran dan hadis. Dengan itu, akan lahirlah budaya hidup Muslim hakiki berteraskan iman dan takwa.

Hal ini sama sekali berbeza dengan kebudayaan bukan Islam yang prinsipnya dibentuk, dibina dan dikembang oleh pemikiran manusia berdasarkan hawa nafsu dan pengalaman hidup mereka semata-mata.

Sebenarnya golongan yang tidak senang dengan Islam cuba merosakkan budaya dan peradaban umat Islam dengan pelbagai cara. Mereka berusaha melalaikan umat Islam dengan pelbagai bentuk budaya dan peradaban bercanggah dengan syarak.

Apabila umat Islam lalai dan leka, mereka akan meminggirkan ajaran agama Islam. Terpinggirnya ajaran dan amalan keagamaan dalam diri umat Islam akan menjadikan mereka umat yang lemah dan mudah dipengaruhi unsur negatif.

Snouk Hurgronje, seorang orientalis dan penasihat Belanda di Indonesia pernah menjelaskan bahawa semakin kuat rakyat sesebuah negara yang dijajah itu menganut budaya dan peradaban Barat, maka semakin bebas mereka daripada ajaran Islam.

Pada masa kini, umat Islam terpaksa menghadapi pelbagai bentuk ancaman budaya. Antara ancaman itu khususnya yang perlu dihadapi ketika menjelang Februari setiap tahun ialah penularan budaya sambutan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai 'Valentine's Day'.

Menurut Ken Swiger dalam artikelnya 'Should Biblical Christians Observe It?' menjelaskan, perkataan Valentine berasal daripada bahasa Latin bermaksud 'yang perkasa, kuat dan kuasa'. Ini ditujukan khas kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan masyarakat Rom. Dalam hal ini, sedar atau tidak seseorang yang menyambut Hari 'Valentine' adalah sama seperti menghidupkan kembali budaya pendewaan dan pemujaan patung-patung sembahan masyarakat Rom itu.

Meskipun begitu, sesetengah orang beranggapan sambutan ini kononnya adalah semata-mata untuk mengeratkan hubungan kasih sayang sesama manusia, lalu sebilangan masyarakat Melayu pun tidak terkecuali daripada menyambut Hari Kekasih yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun.

Tidak cukup dengan itu, kadangkala sesetengah pasangan yang ingin bertunang dan berkahwin sengaja memilih 14 Februari sebagai tarikh untuk melangsungkan pertunangan dan perkahwinan mereka. Dengan ini mereka beranggapan kononnya pertunangan dan perkahwinan yang diadakan itu akan dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan.

Sebenarnya budaya menyambut Hari Kekasih ini dilihat semakin mendapat tempat dan popular dalam masyarakat Melayu terutama golongan remaja dan muda-mudi yang sedang hangat bercinta. Bagi mereka tarikh 14 Februari sentiasa diingati dan ditunggu-tunggu. Namun, amat mendukacitakan apabila ingatan mereka terhadap tarikh Hari Kekasih ini mengatasi ingatan mereka terhadap tarikh-tarikh hari kebesaran dalam Islam seperti tarikh kelahiran Rasulullah SAW dan tarikh berlakunya peristiwa hijrah.

Apabila ditanya mengenai tarikh kelahiran Rasulullah SAW, maka mereka akan tercengang dan terpinga-pinga. Bukan sekadar itu saja, malah ada sebilangan media massa sama ada media elektronik atau bercetak, tidak terlepas daripada membuat promosi secara besar-besaran melalui iklan dan tayangan filem yang ada kaitan dengan Hari Kekasih. Hal ini seolah-olah mendorong dan menggalakkan lagi sambutan itu.

Sebagai umat Islam, kita sepatutnya mengetahui bahawa beramal dan mengikut budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan keimanan kita. Dalam hal ini, kita seharusnya sentiasa bersikap waspada dengan sambutan kumpulan agama yang asalnya mempunyai kaitan dengan ibadat atau amalan keagamaan, kemudian ditukar menjadi amalan budaya dan adat. Amalan ini kemudiannya disambut oleh pelbagai bangsa, termasuk sebilangan umat Islam atas nama budaya dan adat.

Menurut sejarah, ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari 'Valentine' ini.

l Sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari 'Valentine' pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.

l 'Valentine' adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa kisah mengaitkan paderi Valentine ini dengan sambutan Hari 'Valentine'. Antaranya ialah paderi itu orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.

Jasanya adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan itu, tarikh 14 Februari diputuskan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan pada setiap tahun. Hal ini juga sebagai cara untuk mengenang semua jasa paderi Valentine itu dalam usahanya untuk menjatuhkan Islam .

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita wajib menghindari daripada mengamalkan budaya menyambut Hari Valentine. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam selain dikhuatiri boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Ingatlah, kesucian Islam akan dapat dipertahankan selagi umat Islam berpegang kuat dengan akidah Islam.

(sumber : Berita Harian Online)

Sunday, February 7, 2010

Aku Cikgu : Kisah ROS

Salam 'alaik dan salam sejahtera buat pembaca blog yang setia...(ada ke??huhu)

Alhamdulillah, mood utk menulis dtg jg. Setelah beberapa entry yang lepas hanyalah 'post' yang di 'copy & paste' daripada akhbar2 dan laman2 tertentu. Bukan tiada isu untuk ditulis, namun 'mood' ini perlu dikumpul sebaiknya. Ianya sentiasa berubah-ubah setiap hari, kesan persekolahan yang dilalui saban hari. Menguji kesabaran jua..

ROS

Alhamdulillah, sudah genap seminggu menjalani praktikum di sekolah ini, setelah dua minggu menjalani ROS (Rancangan Orientasi Sekolah). Bagus juga diadakan ROS terlebih dahulu, kerana peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengenal budaya dan persekitaran seluruh sekolah, di samping membuat persiapan sebelum masuk ke kelas. Sepanjang ROS, banyak diberikan untuk 'relief class' memandangkang sekolah ini kekurangan 8 org guru. Sementara menunggu guru baru serta GSTT untuk melapor diri, kami berempat sering menggantikan guru ke kelas2 tertentu. Peluang masuk ke kelas2 ini, benar2 menguji. Permulaan ROS, aku serta Imah n Suzi jg Aji boleh dikatakan agak terkedu. Tidak disangka akan berada di sekolah ini. Sungguh menguji. Pada awal2nya, aku juga agak 'down', memikirkan bagaimana mahu menyampaikan pembelajaran kerana untuk mengawal pelajar amatlah susah. Kawalan kelas dirasakan amat sukar. Pelajar2nya sungguh 'istimewa'. Namun, hari ke hari, aku cuba untuk mempositifkan kembali diri ini.

Sepanjang memasuki kelas, kebanyakan kelas yang dimasuki adalah kelas2 yang sangat' istimewa' studentnya. Alhamdulillah, ALLAH memberikan kesempatan kepadaku untuk mengenal rapat pelajar2 ber'masalah' yang sangat terkenal di kalangan guru. Permulaannya memasuki kelas 3E, aku pada mulanya menggunakan pendekatan berlembut, namun hari seterusnya, buku dan pembaris digunakan untuk mengawal mereka. Aku bertukar tegas. Kerana mereka suka merayau-rayau, mengganggu pelajar yang lain. Namun, kesempatan yang ada digunakan untuk bertaaruf dengan mereka. Memasuki kelas 5F pula, kurang 10 org berada di dalam kelas. 3 insan istimewa berjaya dirapati, walau pada awalnya mereka tidak mempedulikan kehadiranku. Mereka menyanyi, ada yang tidur, bermain hp dan sebagainya. Apabila ditegur, ambil beg, terus keluar kelas. Kesabaran diuji. Sabar dan sabar.

Dan alhamdulillah, masuk pula ke kelas 4D untuk 'relief'. Ada tugasan yang ditinggalkan oleh Pengetua (beliau mengajar kelas ini) untuk waktu Sejarah tersebut. Memandangkan waktu adalah lepas rehat, sebahagian daripada gang istimewa ini, masuk ke kelas hampir jam 10.45 pg. Sedangkan waktu rehat tamat 10.15pg. Sabar2 lg. Masuk ke kelas mcm tu je, sambil menyanyi. Lantas, aku mengarahkan untuk keluar ke kelas, untuk kembali masuk ke kelas dengan mengetuk pintu dan memberi salam. Tugasan yang diberikan, macam2 alasan juga yang didengari. "Cikgu, saya x bawa buku"; "Cikgu, apa maksud tamadun?"; " Cikgu, mana ada jawapan dalam buku teks?!"; "Cikgu, saya nak nyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang Boleh?". Huhu...Pelbagai alasan, ragam n karenah harus dilayan untuk menghabiskan waktu Sejarah itu. Sangat bising. Geng itu juga suka mengganggu pelajar perempuan. (Keluar sahaja dari kelas, berdoa di dalam hati, harap2 x dpt la kelas ni, huhu)

Mamasuki kelas2 lain seperti 1A & 1B, 2A & 2B, 3B dll tidaklah terlalu menguji. Pelajar tingkatan 1 dan 2 kebanyakan daripada mereka membuat bising kerana suka bermain-main. Tapi apabila disuruh membuat kerja, mereka akan patuh. (ada juga yang x). Tapi, tidaklah tercabar seperti kelas2 di atas.

Sepanjang ROS ini juga, diberi kesempatan untuk berkenalan dengan guru2 di sini. Mengambil masa juga untuk mengenali semuanya. Kita orang baru, kena hormat yang lama. Walau kadang senyuman x terbalas, tapi syukur lah. Yang penting senyuman itu ikhlas. Hehe... Di sini, ada dua orang super senior Maahad ku, Ustazah Juwita dan Ustaza Aiza. Ustazah Aiza ni adalah adik kepad Teacher Aida Mohsin yang pernah mengajarku sms di Maahad dlu...Hehe...Mmg cantik, sama muka je ngan Teacher Aida, baik plak tu. Terima kasih juga buat Cikgu Hasyuni yang sudi mendengar keluhanku. Teringat lagi ayat2nya tika berbual di laman 'Facebook'; "Hanya insan terpilih sahaja yang berada di Sri IStana ini. Dan satu lagi ayatnya,"cuma ada satu kata2 manalah tahu dalam gelapnya malam, makin bersinar bintang di langit". Sungguh mendalam maknanya. Terima kasih buat semua.

Apa yang boleh disimpulkan, kebanyakan pelajar Melayu di sekolah ini, bersikap kurang beradab secara tidak sengaja sebenarnya. Kerana kebanyakannya tidak berminat untuk belajar. Kerana itu, mereka merasakan kehadiran guru ke dalam kelas itu tidak penting, walau guru ada sekalipun, ada yang ponteng, tidur dan sebagainya. Dan bagi pelajar kaum lain, ada yang begitu menghormati guru, juga ada yang bersemangat untuk belajar, namun yang plg menyedihkan, mereka sangat kurang ajar.

Besar agenda dakwah yang perlu dilakukan Setiap kali berbual dengan pelajar2 Melayu, aku akan bertanya, "Awak solat SUbuh x pg td". Namun, kebanyakan balasan jawapan mereka amat mengecewakan terutamanya pelajar lelaki. Mereka bangun lambat, lalu tidak solat kerana perlu bergesaan untuk ke kelas. "Kalau x, saya datang lambat sekolah. Nanti kena denda plak". Entah di mana silapnya. Itu hanya sekecil-kecil alasan sebenarnya. Namun, perlu diambil sebesar-besar perhatian. Itu anak didik kita. Kita bertanggung jawab kepada mereka. Mereka mad'u kita.ALLAHU RABBI! bEsarnya amanah ini...

Banyak perkara yang perlu dilakukan....

-To be continued-

p/s : Kena 'stop' dulu. Walau jari laju saja menaip, kerana jari ini juga perlu digunakan untuk menulis lesson plan..hehe

Thursday, February 4, 2010

Tangisan Rasulluah Menggoncangkan Arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.


"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkank u, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum
pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilahNabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya. "

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, ' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan- Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya! '

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."

Sekolah biasa lahirkan pelajar berprestasi tinggi

SEKOLAH berprestasi tinggi (SBT) merupakan satu penanda aras berbentuk kolektif yang mengambil kira prestasi keseluruhan komponen dalam sistem di sesebuah sekolah itu.

Justeru, berbekalkan prasarana yang baik beserta guru terlatih dan pelajar yang terpilih, sesebuah sekolah itu dilihat memiliki potensi tinggi untuk mencapai tahap SBT.

Namun bagaimana dengan sekolah-sekolah lain yang berada di hujung ceruk?

Lokasinya jauh di pedalaman, tiada komputer, tiada Internet dan para pelajarnya dalam kedaifan. Sejauh manakah kecemerlangan prestasi dapat diharapkan terhadap sesebuah sekolah sedemikian?

Juga beserta sistem sama yang diguna pakai, maka purata prestasi sekolah tidak menunjukkan banyak perubahan dari tahun ke tahun. Kelihatan faktor ekstrinsik meletakkan sempadan terhadap prestasi sekolah sedemikian. Benarkah begitu?

Dalam situasi ini, pemerkasaan faktor intrinsik menjadi fokus utama ke arah menghasilkan kecemerlangan mengatasi sempadan kejayaan yang didefinisikan oleh kekangan faktor ekstrinsik.

Keinginan, tekad, motivasi, azam atau apa sahaja ungkapannya merujuk kepada tumpuan ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Umpamanya dengan menanam tekad kepada warga sekolah untuk berusaha mara ke hadapan waima tidak memiliki kelebihan seumpama sesebuah sekolah SBT. Dengan tekad yang tinggi untuk maju maka kecemerlangan prestasi sekolah dapat dicapai, insya-Allah.

Oleh yang demikian peranan dan kerjasama setiap warga sekolah adalah perlu dalam mencetuskan perubahan yang diimpikan.

Perubahan tersebut tidak semestinya membuahkan 'A' bagi setiap mata pelajaran untuk semua pelajar, tetapi sekurang-kurangnya terdapat peningkatan terhadap prestasi setiap pelajar.

Jika yang gagal menjadi lulus, yang memperoleh 'B' akhirnya mendapat 'A', maka hal ini juga merupakan satu kejayaan buat pelajar dan sekolah kerana usaha transformasi yang dijalankan telah membuahkan hasilnya. Proses penambahbaikan yang berterusan terhadap usaha tersebut mampu menjamin kelangsungan peningkatan prestasi sekolah.

Guru agen perubahan

Faktor latar belakang seseorang pelajar itu turut mempengaruhi keupayaan dan motivasinya untuk belajar. Pelajar daripada latar kemiskinan mungkin memiliki prestasi akademik yang rendah disebabkan oleh faktor kehidupannya itu.

Tambahan pula, rasa rendah diri akibat kemiskinan diri mungkin menyebabkan mereka lebih tercicir dalam pelajaran dan pergaulan dengan rakan.

Justeru, para pelajar sedemikian perlu diberi lebih perhatian oleh guru memandangkan mereka bukan sahaja kekurangan kemudahan atau peluang untuk cemerlang dalam pelajaran tetapi juga memerlukan lebih rangsangan motivasi untuk menghadapi cabaran suasana kehidupan mereka.

Selain peranan kaunselor terlatih yang dapat menyediakan sesi kaunseling secara empat mata dengan pelajar, para guru lain juga boleh berperanan sebagai pakar motivasi kepada para pelajar mereka. Umpamanya, sebahagian kecil daripada masa mengajar mereka mungkin boleh digunakan untuk menyampaikan sedikit kisah motivasi untuk dikongsi bersama dengan para pelajar.

Para guru mungkin berhadapan dengan kerenah dan disiplin pelajar yang pelbagai di samping perbezaan dari segi keupayaan pelajar memahami pengajaran guru.

Maka di sini guru bukan sahaja berperanan sebagai mualim yang menyampaikan ilmu, tetapi juga perlu berperanan sebagai murabbi dalam membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji di kalangan anak didiknya.

Misi dan visi pengetua

Sebagai pemimpin tertinggi sesebuah sekolah itu, pengetua memiliki tanggungjawab dalam merencana hala tuju pencapaian sesebuah sekolah itu. Berdasarkan sumber kewangan dan modal insan yang ada, pengetua berusaha mengadunkan ramuan yang dimiliki untuk menghasilkan resipi kejayaan yang lebih bermakna.

Pengetua boleh menetapkan matlamat prestasi yang realistik untuk dicapai secara bersama dengan sokongan para guru dan warga sekolah yang lain. Seterusnya bersama-sama merangka sistem ke arah mencapai matlamat tersebut.

Pengetua seterusnya memantau pelaksanaan sistem yang dirangka bagi memastikan ia selari dengan matlamat yang ditetapkan.

Sebagai contoh, pengetua menetapkan supaya diadakan kelas tambahan pada waktu petang dan seterusnya memastikan program sedemikian berjalan seperti yang dirancangkan.

Bagi sekolah-sekolah biasa, mungkin bukan semua aspek SBT tidak dapat dicapai secara sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada.

Namun, modul-modul pengajaran yang terbukti berjaya oleh SBT sewajarnya dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah lain untuk dipraktikkan.

Ibu bapa dan pelajar

Sebagai ibu bapa, sokongan kita amat diperlukan dalam menggalakkan anak-anak melalui alam persekolahan sebaik mungkin. Sekolah perlu dilihat sebagai pelengkap kepada proses pendidikan anak-anak oleh ibu bapa, dan bukan sebaliknya.

Di samping itu, ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan dengan belajar daripada anak-anak tentang ilmu yang diperoleh di sekolah.

Pendidikan merupakan satu jalan bagi pelajar keluar daripada kepompong kemiskinan. Dengan pendidikan dapat menjadikan seseorang itu berilmu, dengan ilmu seseorang itu dapat menuju ke arah kejayaan di dunia juga di akhirat.

Walau sedaif mana sesebuah sekolah itu, walau sejauh mana pelajar mengembara menuju ke sekolah, mungkin ia adalah lebih baik daripada langsung tidak bersekolah.

Sekurang-kurangnya hal ini membolehkannya membaca, menulis dan mengira. Asas kemahiran sedemikian diperlukan oleh anak-anak pada zaman ini.

Kesimpulan

SBT merupakan satu usaha positif Kementerian Pelajaran dalam mewujudkan penarafan kepada sekolah-sekolah di Malaysia.

Melalui langkah ini diharap lebih banyak sekolah dapat berusaha ke arah mencapai tahap SBT dan seterusnya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang untuk pembangunan modal insan negara.

Di samping itu, diharapkan agar aspek pembangunan rohani dan akhlak pelajar dapat ditekankan dalam program SBT bagi mewujudkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dari sudut keterampilan, keimanan dan akhlak.

Bagi para pelajar juga, walau di mana kita menuntut, apa yang lebih penting adalah semangat dan fokus kita untuk tekun belajar serta meletakkan pengharapan kepada Allah agar usaha kita diberkati dan dikurniakan kejayaan.

(sumber : Utusan Malaysia Online)

Wednesday, February 3, 2010

BUAT YANG BERGELAR GURU




Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang