Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, dah menjejak ke 7 Ramadhan, terasa begitu pantas masa berlalu. Penangan antara tanda-tanda kecil hari kiamat yang bakal menjelma. Bersyukurlah wahai teman-teman sekalian kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada untuk menjenguk bulan ini. Bulan penuh rahmat dan maghfirah.
Namun, kadang-kadang ramai di antara segelintir kita tidak memanfaatkan sepenuhnya bulan ini. Sebagai contoh yang paling dekat, tentang pembaziran yang berlaku. Tidak salah untuk kita mengunjungi Pasar Ramadhan (PARAM) atau Bazar Ramadhan, tetapi berpada-padalah dalam berbelanja. Usah terlalu mengikut nafsu yang hina itu. Sepatutnya, bulan ini lah kita belajar mengawal serta mendidik nafsu itu. Aku tujukan buat diri sendiri juga kerana itu semua berlaku pada diri ini. Alhamdulillah mujur ada suami di sisi yang setia berpesan, "Jangan ikut nafsu, nafsu je semua tu..".
Entry kali ini sebenarnya ingin aku fokuskan kepada isu buang bayi. Sangat pelik, di bulan yang mulia ini jugalah semakin ramai bayi yang dibuang bak sampah yang busuk. Ada yang dilempar di dalam lubang jamban, di dalam longkang, di pagar masjid, di dalam sungai, di dalam tong sampah. Yang lebih menyayat hati hingga membawa kepada jasad yang tidak berdosa ini dimamah anjing-anjing liar serta si gagak hitam. Allahu rabbi. Di mana lagi sifat belas dan kasihnya si ibu??
Sanggup dirimu membiarkan anak bertubuh kecil itu hilang nyawanya sebegitu rupa. Kenapa sejak dari awal lagi tidak kamu fikir inilah kesannya akibat panahan zina. Tidakkah kamu menggunakan akal yang ALLAH bagi untuk berfikir panjang. Ya, tiada lagi akal yang panjang bila malu bermaharaja lela. Iman disepak ke tepi. Belas dan ehsan langsung tiada lagi.
Pelbagai cara yang diuar-uarkan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi permasalahan ini. Ada yang rasional dan tidak; pengenalan Pendidikan Seks, pewujudan sekolah mengandung, hukuman mati dan sebagainya. Namun gejala ini silih berganti masih berlaku. Jadi, di sini, ayuh kita renung kembali, melihat kepada akar umbi nya. Tertarik dengan artikel Ustaz Nasaruddin Tantawi dalam blog beliau. Daripada analisis beliau, benarlah bulan Julai dan Ogos ini, musim menetas. Hasil dari pengawanan di bulan Disember. Mengapa bulan Disember? Ya, kerana pada bulan itulah pelbagai pesta rancak berlaku untuk menyambut tahun baru dan segala bagai.
Sambutan tahun baru, yang disambut bukanlah dengan solat hajat serta sujud syukur, tetapi dengan parti serta pesta muda-mudi yang merosakkan. Artis-artis yang dijemput, bukan para alim untuk mengimamkan solat serta mengaminkan doa. Selepas upacara persembahan, bertebaranlah para remaja ini, meminum arak, berzina, berpesta seks tanpa segan silu tidak di kira di celah pokok apatah lagi di atas motor!!! Tiada lagi rasa malu. Iman langsung tiada di dada. Yang ada hanyalah keseronokan serta kelalaian. Syaitan dan orang kafir bertepuk tangan melihat para remaja Islam ini semakin hanyut di buai arus duniawi, terkena panahan fitnah akhir zaman.
Apa penyelesaiannya yang hakiki?
Segalanya ada di minda dan di depan mata. Pulanglah kepada fitrah, kembalilah kepada ISLAM. ISLAM ada segalanya. Renungi kembali, kita bukan sekadar Muslim, tetapi berusahalan menjadi Mu'min. Dunia ini sudah berada di penghujungnya, tiada masa yang lama untuk terus leka. Mati bisa menjemput kita bila-bila masa.
Renungkanlah...
p/s : Hayati nasyid di atas..
2 comments:
tak tahu la apa kesudahan kes buang bayi ni
yup betul..jahiliah moden makin menjadi-jadi..
Post a Comment