Thursday, December 30, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Cuti-cuti Malaysia : Melaka

Asslamualaikum wbt

Merujuk kepada entry saya yang ini, ingin saya kongsi bersama cuti-cuti saya di Melaka. Alhamdulillah berpeluang berada di sana selama 3 hari dua malam. Pergi bersama suami dan keluarga Mak Long ( Mak sedara suami).

Antara tempat dan aktiviti yang sempat dilawati :-
Dataran Pahlawan
Banda Hilir
River Cruise
Makan cendol
Menara Taming Sari
Rumah Hantu
Kampung Morten
Muar
Mi Bandung Muar
Jeti Tg Emas
Perkampungan Portugis

Biarlah gambar yang berbicara, hehe.

Konon mahu menaiki River Cruise waktu malam, tp terlepas

Depan Kapal

Di kota A Famosa

Di depan Homestay

Selepas menaiki River Cruise

Di belakang itu, Sg Muar

DI Kampung Morten
p/s : Jumpa lagi..hehe

Lamanya tak menulis

Assalamualaikum wbt 

Salam ketemu kembali..hehe..lama pula rasa meninggalkan laman blog ini. Hehe. Hari2 buka, tapi x terasa nak mencatat sesuatu. Banyak perkara ingin dikongsi, tapi kesempatan saja yang tiada untuk menulis.

Hujung minggu yang lepas, bercuti ke Melaka. Alhamdulillah, sangat best dan gembira. Minggu ini pula, setiap hari perlu ke sekolah untuk bermesyuarat.

Orientasi selama dua minggu sudah berakhir. Ada beberapa slot yang belum dilaksanakan. Antaranya slot bersama Guru Cemerlang JUSA C. InsyaALLAH, saya dan rakan-rakan akan request untuk diadakan juga slot itu. Ingin mendapat sedikit sebanyak ilmu dari beliau.

Alhamdulullah, esok diisytiharkaN cuti umum memadangakan kemenangan skuad bola sepak Malaysia dalam Piala Suzuki AFF. TAhniah buat pasukan bimbingan K.Rajagopal. Gembira kerana suami saya juga cuti.

Hujung minggu yang ada perlulah dinikmati sebaiknya memandangkan Isnin ini sudah memulakan tugas sebagai guru.

p/s : Doakan saya untuk mula bertugas sebaiknya..
Friday, December 24, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Jalan-jalan

Assalamualaikum wbt

InsyaALLAH petang ini saya akn bergerak ke Melaka. Pergi berjalan-jalan makan angin hujung minggu. Nak cuti lama-lama x boleh coz kena g sekolah. Isnin ne dh meeting guru. 

Percutian 3 hari dua malam. Akan menginap di Homestay nt..

Apapun, doakan saya dan suami selamat pergi dan selamat kembali, insyaALLAH.

Andai pula bagaimana? Apa destinasi percutian anda?

Kredit gambar : Google.

p/s : Dah nak abes cuti sekolah bru dapat jalan2..huhu
Wednesday, December 22, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Gaji

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...gaji pertama saya akan masuk hujung bulan ini. Terima kasih buat Encik Kerani sekolah yang sangat pantas menguruskan urusan gaji saya dan kawan2 yang lain.

Tidak perlu untuk kami menunggu tiga bulan.hehe

Sukanya, tidak sabar juga. Banyak perkara yang ingin dilangsaikan dengan gaji itu nanti.

Antara yang penting :-
Infak
Simpanan
Bagi kat ummi & Buya
Belanja Suami
Belanja Adik



Dan after langsaikan semua tu, barulah leh fikir untuk pay for myself.. Maksudnya samada nk shopping apa2..hehe

InsyaALLAH..semoga perancangan saya selari dengan pelaksanaannya nt...

p/s : Semoga saya tidak terleka dengan nikmat dunia..
Tuesday, December 21, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Dating eratkan hubungan

SUDAH berapa lama anda dan pasangan tidak meluangkan masa berdua-duaan pada hujung minggu? Kenapa sebelum kahwin kita berusaha untuk bersiar-siar bersama-sama tetapi selepas kahwin memberikan pelbagai alasan?

Jadi, apa salahnya pada hujung minggu, anda dan pasangan keluar berdua-duaan.

Selain menyeimbangkan masa mahupun mengembalikan nostalgia masa lalu, keluar datingdengan pasangan dapat memberikan ruang dan masa berbual bersama, menyelami hati masing-masing dan memberikan sedikit rasa kemesraan.

Tidak semestinya keluar dating ini memerlukan duit poket banyak, memadailah dengan mengunjungi tempat yang berpatutan dengan bajet anda. Tapi sebelum keluar pastikan anak-anak diurus dengan sebaiknya atau mendapatkan penjaga untuk mereka.

Aktiviti ketika berdating
- Makan bersama
Tidak kisahlah anda hendak makan waktu apa, sarapan, tengah hari, petang mahupun malam.
Kalau makan malam pastinya ia makan di bawah sinaran cahaya , romantiknya.

- Bermain boling atau ke taman bunga
Bagi yang tidak pandai bermain boling, saat inilah pasangannya boleh memberi tunjuk ajar. Cubalah, pastinya pegangan-pegangan sayang daripada pasangan anda itu menjadi.

- Ambil gambar kenangan
Sediakan kamera untuk merakam gambar kenangan anda berdua. Gambar ini akan meninggalkan kenangan dengan pasangan ketika bersama.

- Menonton wayang
Juga satu kelebihan bagi mereka yang inginkan perhubungan yang hangat. Mungkin boleh menonton cerita yang agak romantik. Bukan cerita itu yang penting tetapi saat bersama itu yang mustahak.

Panduan ketika berdating
- Tampil dengan perubahan
Biarpun tidak memerlukan pakaian yang mahal dan terdedah, penampilan tidak perlu terlaluover. Cukup sekadar dilihat oleh pasangan anda sesuatu yang baru dan menyenangkan hati. Pakailah sedikit mekap untuk penyeri sekiranya anda di rumah kelihatan kusut-masai.

- Berpegangan tangan
Apa yang nak dimalukan untuk berpegangan tangan. Pada waktu ini semua orang akan melihat betapa intimnya anda dengan pasangan.

- Jangan jadi bisu
Pastikan sepanjang bersama pasangan, banyak perkara dibincangkan. Bukanlah perkara yang terlalu berat untuk difikirkan tetapi topik yang menjadikan saat anda bersama itu indah

sumber : Utusan Online

p/s : Saya tujukan artikel ini buat diri sendiri serta kawan2 lain yang dah kawen ye.. Yang lum kawen, jangan tambah dosa ye dengan nak berpegang-pegang tangan dengan yang bukan mahram.


"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." (HR Ibnu Majah)


Usah diikutkan nafsu yang menggila..carilah kemanisan itu setelah berumah tangga. Pasti akan tenang kerna segalanya sudah halal buat kamu..

Fikir-fikirkan...

Saya dan suami...HEHE
Sunday, December 19, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia


¨ Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.

¨ Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.

¨ Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.

¨ Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.

¨ Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
¨ Ujub dan sombong.

¨ Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.

¨ Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.

¨ Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.

¨ Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.

¨ Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.

¨ Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.

¨ Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.

¨ Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.
Saturday, December 18, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Hari Sabtu : Selamat berhujung Minggu!!!

Assalamualaikum wbt

Selamat hari Sabtu. Ada apa dengan hari Sabtu? Bagi saya, hari Sabtu untuk saya menyelesaikan urusan rumah tangga yang tertunda. Pagi tadi, saya dan suami ber 'jogging' di taman rekreasi yang terdapat di kawasan perumahan rumah sewa kami ini. Huhu, secara 'paksa rela' mengikut suami sambil mendengar ceramah kesihatan oleh beliau, hehe.

Sejam juga ber'jogging'. Sangat mengagumi beberapa orang golongan veteren bersenam di pagi hari yang majoritinya dari kaum Cina. Ada juga segelintir kaum Melayu tapi boleh dikira dengan jari, huhu.

Terfikir juga, hari Sabtu bagi warga kota bermula jam 12.00 tengah hari. Kenapa? Kerana hari Sabtu adalah waktu untuk mereka meng'qhada' tidur, hehe. 

Ini kali pertama saya keluar bersenam bersama suami. Atas cadangan saya juga sebenarnya tetapi atas kesungguhan suami, ia jadi kenyataan. Dan saya harap rutin aktivti ini berjalan setiap hujung minggu, insyaALLAH. 

Ini salah satu cara kami menghabiskan masa bersama. Ya, suami saya sangat sibuk dengan kerja, tapi saya faham segalanya untuk kesenangan famili saya juga. Tadi pulang sahaja dari ber'jogging' beliau sempat berkebun. Tapi, bila dah mendapat panggilan telefon, beliau harus ke 'site'. Maknanya saya keseorangan sekarang...Wuuu

Memang niat di hati ingin keluar bersiar-siar, tapi tidak mengapa. Terasa malas pula mahu keluar ke mana-mana. Lebih baik saya habiskan masa di rumah, menyelesaikan segala tunggakan kerja yang ada.

Selamat berhujung minggu!!!



p/s : Rindunya nak kembali aktif... InsyaALLAH, Januari bakal memulakan segalanya kembali...Doakan saya sahabat-sahabat semua...
Friday, December 17, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Orientasi

Assalamualaikum wbt

ALhamdulillah, menghirup udara segar di hari Jumaat, penghulu segala hari. Sudah seminggu bermulanya orientasi sebenar, alhamdulillah banyak yang kuperoleh.

Orientasi
Sebenarnya, orientasi kepada guru baru masih baru diperkenalkan. Kerana itu, ramai guru senior agak pelik bilamana saya menyatakan perlu menjalani orientasi. Pada asalnya, KPM menetapkan tarikh orientasi kami selama 3 bulan seharusnya bermula Januari 2011. Tetapi, sekolah saya ini mahu melaksanakan agak awal iaitu pada musim cuti sekolah ini, huhu.

Sudah menjadi insan terpilih untuk bekerja pada musim cuti. Alhamdulillah, banyak perkara dan ilmu baru yang diperoleh. Kami mendapat jadual orientasi untuk mendengar segala jenis taklimat selama dua minggu bermula 13hb Disember yang lepas. Berikut adalah taklimat yang perlu saya ikuti bersama lima orang lagi guru baru yang lain.


PROGRAM ORIENTASI DAN MENTORING GURU PERMULAAN 2010

BIL
KANDUNGAN ORIENTASI
PELAKSANA
TARIKH/ MASA
TEMPAT
1
P & P Berkesan
Etika Kerja
Tonggak 12
SKPM
Penolong Kanan Kokurikulum

20 - 22/11/2010
9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Bilik Tayangan
2
Pengurusan & Pengendalian Aktiviti Kokurikulum
Penolong Kanan Akademik
13/12/2010
9.30 pagi – 11.30 pagi
Bilik Mesyuarat
3
ICT dalam Bilik Darjah
Guru Cemerlang DG48
15/12/2010
Bilik Mesyuarat
4
Pengurusan Hal Ehwal Murid
-         Dokumen murid
-         Pendaftaran & pertukaran murid
-         Pengurusan disiplin
-         Pengurusan kebajikan murid
-         3K
-         Pengurusan aktiviti PIBG & komuniti
-         SPBT
Penolong Kanan HEM

16/12/2010
10.00 pagi
Bilik Mesyuarat
5
Persediaan Mengajar
Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan Pelajaran Tahunan
Pengurusan Buku Rekod Mengajar
GKMP Vokasional & Teknik


17/12/2010
10.00 pagi
Bilik Mesyuarat
6
Kepimpinan dalam Organisasi
Visi dan Misi Sekolah
Polisi dan Peraturan Sekolah
Pengetua

21/12/2010
Bilik Mesyuarat
7
Kemudahan Perkhidmatan
(urusan pelantika, gaji dsb)
Pengurusan & Prosedur Kewangan Sekolah
Pengurusan Organisasi Pejabat
Pembantu Tadbir Kanan dan Pembantu Tadbir

23/12/2010
11.00 pagi
Bilik Tayangan
8
Budaya Kerja Cemerlang
Guru Cemerlang JUSA C
23/12/2010
9.00 pagi
Bilik Tayangan
9
Headcount/PATS/SAP
Setiausaha Headcount/SAP
24/12/2010
9.00 pagi
Bilik Tayangan
10
Guru Sebagai Jutawan Akhirat
Penolong Kanan Petang
24/12/2010
11.00 pagi
Bilik Tayangan



InsyaALLAH saya akan kongsikan sedikit-sebanyak ilmu yang saya peroleh di lain waktu. Alhamdulillah rasa sangat bertuah ditempatkan di sini dan semakin menyukai persekitaran serta budaya kerja di sini.

Selain mendengar taklimat, kami juga menolong sedikit sebanyak menolong para Penolong Kanan menyiapkan buku pengurusan bersama guru-guru GSTT. Setiap hari pulang jam 1.00 petang.

Terasa sangat bertuah walaupun memulakan orientasi sedikit awal berbanding rakan-rakan yang lain. Sekurang-kurangnya kerja yang kami lakukan, mengeratkan ukhwah kami dengan pihak pentadbir selain pelbagai urusan pentadbiran dan pengurusan dapat kami pelajari sedikit sebanyak. Alhamdulillah...

p/s : Minggu depan banyak kerja menunggu...


Thursday, December 16, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

20 JANGAN


JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
Tuesday, December 14, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Result

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah terasa terpanggil untuk menulis.Apabila dah bermula orientasi ni, makanya sedikit sebanyak rutin harian berubah. Dulu, masa belum bekerja, laptop ne sentiasa 'on' 24jam. Kerana itu, ramai yang cakap saya ni dok ngadap laptop je, fb on je. Hehe. Memang saya lebih suka mengadap laptop berbanding menonton tv. Tapi sebelum tu, saya akan pastikan semua kerja rumah dah selesai. Kadang, ada juga yang bertangguh tapi lama-lama mesti siapkan juga. Dah jadi isteri, kena berubah kan, hehe.

Musim orientasi di sekolah, juga merupakan orientasi di rumah. Permulaan serta pengenalan kepada saya untuk sesuaikan diri dengan alam pekerjaan. Untuk diselenggarakan bersama hal-hal rumah tangga. Makna kata, masa inilah untuk saya menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Saya perlu pandai mengatur langkah, agar tanggungjawab sebagai isteri tidak diabaikan. InsyaALLAH

Sebenarnya nak tulis tentang tajuk di atas. Tentang result, result apa ya? Sebenanrnya ada idea bilamana melihat status FB adik2 di UPSI. Sudah mula resah gelisah menanti result exam semester masing-masing. Saya pernah lalui semua tu sepanjang 8 semester di UPSI. Rasanya masa yang paling saya excited untuk tahu result semasa saya berada di sem 1 dan sem 8. Semester selebihnya rasa cam tiada perasaan. Kerana result exam turun dan naik.

Sepanjang menjadi JMK, ujian bagi saya. Result saya turun dan naik. Tapi saya tak pernah menyesal. Langsung tidak. Kerana saya juga mampu bergraduat, saya berjaya mendapat pekerjaan. Apa yang saya pegang, setelah kita berusaha kita bertawakkal.  Yakinlah pada janji ALLAH.

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) dengan Kepujian

Kuasa Tawakkal


Tawakkal hadir setelah kita berusaha. Percayalah akan hikmah itu. Saya pernah merasai kemanisan itu. Saya percaya pada janji ALLAH. Yang seawalnya perlulah usaha, diakhiri dengan tawakkal. Kita redha dengan segala apa yang ALLAH nak bagi kat kita nanti. Kita kata kita beriman, kerana itu yakinlah pada DIA. Tapi jangan dilupa untuk berusaha terlebih dahulu.

Jatuh bangun yang dihadapi sepanjang di UPSI, menjadi kenangan berharga. Pengalaman yang x mampu dibeli dengan emas dan wang juta. Air mata dan keringat menjadi saksi sedih pilu, ketawa dan senyum menjadi tanda detik manis yang dikongsi.

Result exam nilaian dunia, kita terlalu risau memikirkannya. Bagaimana pula dengan result kita di akhirat sana?

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
“Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al Jatsiyah ayat 28)

Pernahkah kita risaukan hingga esak tangis air mata bermuhasabah mengenainya? Tepuk dada, tanya iman.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

p/s : Muhasabah buat diri...
Monday, December 13, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Apa nak di kata?

Assalamualaikum wbt

Mahu menulis tiada modal pula. HAri ini ISnin perlu ke sekolah. Kerana sudah mula orientasi bersama 5 orang lagi guru baru. Tiada lagi cuti kerana perlu ke sekolah sehingga bermulanya persekolahan tahun depan. Selain berorientasi, kami juga perlu melakukan kerja-kerja pentadibiran.

Hujung minggu lepas ke Tg Malim. Memenuhi undangan untuk Program Sireh Pulang ke Gagang. Program reunion untuk mantan-mantan JMK KHAR. Alhamdulillah, dapat jumpa kawan-kawan seperjuangan.

Itu sahaja coretan saya sementara ini. Kepala agak pening kerana tertido selepas Asar tadi. Agak keletihan. Semalam sebaik pulang dr Tg Malim, saya ke MTD, Sg Besi untuk mengambil barang-barang sepupu suami. Kemudian, pulang ke rumah sekejap. Jam .830 malam bergerak ke Alamanda, kononya mahu tengok wayang, tapi dh full. So, just makan2 dan terus pulang. Sampai rumah, terus tidur. 

Wallahu 'alam.

p/s : Kisah di Tg Malim, ada kisah suka duka..
Saturday, December 11, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Tukar template

Assalamualaikum wbt

Hari ini muncul kerajinan untuk menukar template blog ini. Alhamdulillah, senang je nak ubah. Cari lah mana-mana template yang berkenan di hati dan download saja. Yang pentingnya, sebelum tu kena download dlu template lama sbg 'back-up' kalau-kalau yang baru itu x berapa nak menjadi.

Sekarang blogger.com semakin baik fungsinya memandangkan blogger tidak perlu save mana2 widgets yang ingin dikekalkan kerana Blogger.com sudah sedia untuk membuatnya kepada kita.

Saya tukar template baru ini sempena tahun baru, hehe. Tapi sebenarnya ingin tukar memandangkan template lama agak sempit kolumnya. Saya masih selesa untuk memilih template yang punya 3 kolum. Memandangkan  saya punya banyak widgets yang ingin saya letak di blog ini.

Itu saja coretan saya. Saya cuba mencari idea untuk menulis tentang perkara-perkara penting yang perlu dikongsi untuk semua. InsyaALLAH.

Di bawah ini saya kongsikan template-template lama saya. Jom saksikan!





p/s : InsyaALLAH petang ni akan ke Tg Malim bersama suami..

Sedar tak sedar

Assalamualaikum wbt..

Sekadar entry ringkas sebelum tidur.. Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah 6 bulan saya bergelar isteri kepada suami tersayang. Dah setengah tahun melayari bahtera rumah tangga ini. Alhamdulillah, walaupun masih baru usia perkahwinan ini, namun sudah banyak perkara yang kami lalui; pahit mahupun manis.

Pengalaman pahit mahupun manis mendewasakan diriku ini. Bergelar isteri pada usia 23 tahun, terlalu awal bagi sesetengah pihak juga pada diriku. Namun, itu bukan penghalang bagiku. Saya sangat bersyukur kerana berkahwin pada usia seawal 23 tahun. Sungguh, ia mematangkan diriku.

Terima kasih buat suami tersayang sudi menerima diri ini seadanya, juga kerna setia bersamaku susah dan senang; serta sentiasa sabar menghadapi sikap dan karenah ku ini.

Doaku, agar tahun baru yang menjelma, memberi lebih sinar bahagia buat baitul muslim kami ini. InsyaALLAH.


Di bawah ini saya kongsikan serba sedikit majlis bertandang iaitu majlis kenduri sebelah suami saya di Pokok Sena, Kedah pada 12 Jun 2010.





p/s : Masa ni teruk sgt muka sbb mekap cair. Cuaca di Kedah sgt panas masa tu. Tambah pula tiada mak andam cam kenduri kat Kelate..huhu
Friday, December 10, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Nak tulis apa ye?

Assalamualaikum wbt

Semakin hari laman blog ini dipandang sepi. Tiada idea mahu menulis tentang apa. Tiada modal..hehe...

Makanya, saya mahu tanya pendapat kawan-kawan sekalian, sila bagi pandangan kalian, apa yang kalian berminat untuk dibaca dr blog saya ini.


  • Kisah rumah tangga saya
  • Kisah kerjaya saya
  • Kisah hidup
  • Artikel copy-paste (perkongsian bermanfaat)
  • Atau lain-lain : Sila nyatakan
Harapan saya agar kalian dapat beri sedikit sebanyak pendapat untuk kemandirian blog ini, hehe


Sekian, wassalam
Wednesday, December 8, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Selamat Tahun Baru 1432H

Assalamualaikum wbt

Saya ingin mengucapkan selamat tahun Baru ISLAM, 1432H. Alhamdulillah, tahun demi tahun bersilih ganti. Allah masih memberi peluang untuk kita hidup di bumi-NYA. Menyambut ketibaan tahun baru Islam kali ini. 
Semoga dengan tibanya tahun baru ini memberi semangat dan azam baru kepada diri ini & sahabat2 sekalian, untuk kita lebih menghayati Islam sebaiknya.


Bercakap tentang tahun baru, pastinya ada azam baru yang terpasak dalam diri ini. Pada saya, azam baru saya kali ini sangat banyak. Mungkin tidak perlu saya ceritakan semuanya di sini, cukuplah sekadar dalam hati & minda saya, seiringan dengan doa & usaha saya ke arah mencapai matlamat yang diimpikan.

Harapan saya semoga segala azam yang ditanam mampu tertunai dengan izinNYA, insyaALLAH.

Akhir sekali, Salam MAAL HIJRAH..Semoga kita semua mampu berhijrah ke arah yang lebih baik untuk agama yang tercinta, InsyaALLAH.


p/s : Antara azam utama saya ialah untuk mengubah sikap saya yang suka bertangguh, huhu.

p/s 2 : Petang akhir tahun baru, hari Isnin yang lepas, suami saya bawa saya bersiar-siar di Kuala Kedah. Menikmati makanan laut yang sedap. Alhamdulillah
Monday, December 6, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum wbt

Hari ini saya bersiaran dari Kedah. Alhamdulillah berpeluang berkenalan dengan mak mertua baru, Mak.

Musim cuti sekolah adalah musim kenduri-kendara. Kenduri berkhatan, kahwin dll lg. Dan kalau guna bahasa kasar sket, musim orang mengawan. Makanya, banyaklah jemputan ke kenduri kahwin diterima.

Di Kedah ini, saya & suami berkonvoi bersama famili sebelah abang ke kenduri kahwin. DUa hari lepas ke Teloi dan semalam ke Pulau Mertajam. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat merapatkan ukhwah sesama ahli keluarga di samping dapat mengenali saudara-mara suami di Kedah ini.

Dan semalam, 5 Disember 2010, dua orang sahabat saya melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangan masing-masing. Kedua-duanya adalah sahabat dr kos Biologi. Keduanya adalah ex-MMP & MML.

Buat Hazim&Kak Nazihah serta Kak Dina&suami (anak Us.Taib Azamuddin), selamat pengantin baru buat anda berdua & pasangan. Semoga baitul Muslim yang dibina, berkekalan ke akhir hayat. Maaf x dapat memenuhi undangan kalian berdua memandangkan ateh sekarang berada di Kedah.

p/s : Tempat isteri di sisi suami...hehehe
Thursday, December 2, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Dosa yang paling berat sekali berbanding zina:

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.