Monday, March 28, 2011

Al-Fatihah

Mohon maaf sebelum ajal

ANGKAT...jenazah seorang mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Syaikhah (gambar kecil) parah.
ANGKAT...jenazah seorang mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Syaikhah (gambar kecil) parah.
GUA MUSANG: “Saya tidak sangka, dia (Allahyarham Hasmah Idrus, 28) bersama adiknya, sanggup menunggu kepulangan kami dua beranak daripada melawat sepupunya yang sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, semata-mata untuk memohon maaf.
“Cuma ketika itu, tingkah laku dua beradik yang periang itu bertukar menjadi pendiam ketika bersalaman dan tidak sangka ia pertemuan terakhir,” kata Robiah Mat Daud, 50, ibu kepada Hasmah Idrus dan adiknya Siti Aminah, 22, yang maut dalam kemalangan jalan raya, awal pagi semalam.



Perjalanan Hasmah yang juga pegawai bank RHB Kuala Lumpur bersama adik dan sepupunya selepas selesai menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah keluarga mereka bertukar tragedi memilukan apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini.

Kemalangan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa dinaiki empat sepupu terbabit dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda menyebabkan dua daripada sepupu itu meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi di Hospital Kuala Krai (HKK).



Hasmah dan seorang lagi sepupunya, Shaibah Che Danial, 24, meninggal dunia di tempat kejadian dan adiknya, Siti Aminah disahkan meninggal di HKK.




Adik Shaibah, Syaikhah, 23, yang cedera parah kemudian dihantar ke HKK untuk rawatan lanjut dan dua lagi yang turut cedera termasuk pemandu kenderaan pacuan empat roda bersama seorang penumpangnya berusia dalam 40-an, dirawat di hospital sama.

Kejadian itu berlaku ketika kereta dinaiki empat sepupu itu dalam perjalanan dari Kampung Pasir Era, Kuala Krai ke Kuala Lumpur sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dinaiki pasangan suami isteri dari arah bertentangan.



Dua mangsa tercampak keluar dari kereta Perodua Kelisa yang berpusing di tengah jalan ketika kemalangan berlaku, manakala Hasmah yang juga pemandu kereta berkenaan tersepit di tempat duduk dan terpaksa mendapat bantuan anggota bomba untuk mengeluarkan mayatnya.

Robiah berkata, empat sepupu itu pulang ke kampung berkenaan enam hari lalu untuk menghadiri majlis kenduri menyambut menantu abang sulung Hasmah, Abdul Wahid, 30, pada Sabtu lalu di Kampung Pasir Era, Kuala Krai.



Katanya, semua sepupu terbabit bertolak lewat kira-kira jam 10 malam kelmarin untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana menunggu kepulangannya daripada melawat seorang anak saudara yang sakit di HUSM, Kubang Kerian bersama Abdul Wahid.




“Sebaik kami tiba di rumah, arwah terus bersalam dengan memohon maaf untuk pulang ke Kuala Lumpur dan tidak sangka kesungguhannya bersalaman menjadi detik terakhir saya bersama dua beradik berkenaan,” katanya.

(sumber : Di sini)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya setelah beberapa hari koma dan dalam keadaan krtikal, Kak Syaikhah Danial kembali ke rahmatullah tengah hari ini. SUngguh, ALLAH lebih menyayanginya.

Beliau ialah bekas rakan sekelas saya di tingkatan 5 Sains 2 ketika di Maahad Muhammadi dahulu. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Benarlah mati itu peringatan yang pasti. Kita pastikan menyusul jua...

Sunday, March 27, 2011

Apa nak jadi?

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi seperti biasa saya mulakan aktiviti hari Ahad dengan membaca surat khabar secara 'online'. Terkejut apabila ada isu tentang artis dijadikan tajuk utama. Dan fokusnya sudah tentu kepada artis perempuan dan topik utamanya ialah artis wanita paling seksi di Malayisa. Adoiyai! Sepertinya sudah tiada topik atau isu lain yang lebih penting untuk dipaparkan.

Kadang terfikir juga, akhbar sekarang bukan lagi boleh dipercayai kesahihannya, apatah lagi berita yang dibawa langsung x membawa apa-apa manfaat. Bahkan boleh membawa pertelingkahan serta juga bala. Sebagai contoh, isu-isu politik yang mana membawa kaitan kepada kes-kes seperti liwat serta video seks.

Teringat lagi semasa tahun 1998, ketika itu saya berada di Darjah 5, saya yang tidak tahu apa-apa tentang liwat boleh tahu maksudnya kerana akhbar mendedahkan satu persatu maknanya mengikut kamus Dewan. Itu kisah 13 tahun lepas, sekarang makin teruk. Bagi saya, kanak-kanak tidak perlu lagi digalakkan untuk membaca akhbar buat masa sekarang. Perkataan yang tidak sesuai dipaparkan selain isu yang belum tentu kesahihannya disebar melata. Membawa kepada gejala fitnah yang berleluasa.


Dari Hudzaifah bin al-Yaman ra, dia berkata : “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Berbagai fitnah akan dibentangkan kepada hati seperti anyaman tikar, satu benang demi satu benang. Mana-mana hati yang berhasil dirasuki fitnah itu, maka ia akan meninggalkan titik hitam. Manakala hati yang berhasil menolaknya, maka ia akan meninggalkan titik putih. Sehingga hati itu terbelah dua, hati putih seperti batu karang, yang tidak akan goyah oleh fitnah apapun selama langit dan bumi masih tegak. Sedangkan yang lainnya hati hitam seperti warna yang sangat putih terletak dalam warna hitam, ia seperti kuali terbalik, ia tidak mengenal kema’rufan dan tidak pula menolak kemungkaran, kecuali apa-apa yang bersesuaian dengan keinginan hawa nafsunya.”
(Riwayat Muslim)


Ini belum termasuk kisah-kisah artis Malaysia yang entah apa-apa. Berlakonnya entah ke mana, badan dan pinggul dijadikan aset untuk meningkat naik. Sesetengah wartawan pula, bagaikan tiada lagi isu untuk dimainkan melainkan tentang gosip serta memaparkan gambar-gambar yang tak sepatutnya. 

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Isu serta gambar dalam akhbar tidak ubah seperti majalah-majalah lucah yang ada di luar negara. "Pinggul Fasha Menggoda", bayangkan itu yang dijadikan tajuk utama artikel muka depan akhbar online itu, huhu.

Dalam saya kebengangan tentang itu, terbaca pula artikel dari akhbar yang lain.

Sumber : Di sini

Adakah ini yang kita tunggu selama ini? Bala yang bakal ALLAH timpakan kepada negara ini jika keadaan sekarang berterusan berlaku di negara kita. Banyak sudah perkara yang boleh membawa bala kepada kita sedang berlaku sekarang. Dan apa yang saya bangkitkan hanya satu isu, tentang akhbar atau lebih umumnya media.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)


Itu tentang bala, belum bercakap tentang tanda-tanda akhir zaman lagi. Yang sudah banyak muncul. Adakah kita ni tergolong dalam umat akhir zaman yang sentiasa dalam kemurkaan ALLAH? Nauzubillah...

Fikir-fikirkan... Wassalam

p/s : Nak baca paper memualkan, tengok berita kat TV lagi membengangkan...LAyan Blog je la..

Saturday, March 26, 2011

Lalai solat kerana pengaruh dunia


PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?

Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat. 


Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. 

Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.



Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:



1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. 

Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.

5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang. 
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.

6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.

Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang. 

Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya. 

Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja, 
kita tidak akan dapat rasa khusyuk. 

Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati. 

Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk. 

Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin. 

Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.


p/s : Pesanan buat diri sendiri juga. 

Friday, March 25, 2011

Wish List

Assalamualaikum wbt

Ni kiranya sambungan entry tentang bajet. Kalau anda semua perasan, saya ada senaraikan my waiting list kat widget di blog ni. Kiranya itu sebagai wish list saya la.

Setiap orang mesti ada kehendak masing-masing. Yang saya senaraikan tu, ada yang kehendak dan ada yang sebagai keperluan. Cam kamera digital, leh saya cakap itu hanya kehendak kerana saya sudah punya satu cumanya kualiti sangat kurang. Saya beli yang murah sahaja ketika saya belajar dahulu. Cumanya, sekarang ni hanya ingin mendapatkan kamera idaman. Lagipun, kamera ini boleh digunakan untuk merakam aktiviti harian mahupun aktiviti di sekolah nanti.

Saya nak warna coklat

Yang keduanya telefon bimbit. Sekarang saya hanya menggunakan telefon bimbit biasa saja. Apabila dah bekerja ni, ada juga keinginan untuk punya handphone canggih sket. X pa, yang penting biarlah berbaloi dan puas hati kerana ini kali pertama guna duit sendiri. InsyaALLAH

Cantik, berkenan bila tengaok pak sedara guna

Atas dan bawah ni adalah Nokia E7, mahal woo.HUHU


Dan yang ketiga pula laptop. Pilihan saya adalah laptop cap ayam brand SONY VAIO. Dulu saya dok dengar kak long saya dok berminat nak beli, tapi bila saya tengok sekali, rasa berkenan pula di hati. Benda alah ni pon x tau bila nak beli. Selagi laptop Aswad ni masih beroperasi dengan jayanya, makanya selama itu laptop baru x kan dibeli. Alhamdulillah, Aswad berkhidmat dengan baik selama 5 tahun sudah. Banyak berjasa ketika zaman belajar dulu sehinggalah sekarang. 

LAPTOP SONY VAIO, macam2 ada

Yang tak termasuk waiting list (coz lum update), ialah LCD Projector. Memang nak kena beli coz nak kena guna untuk mengajar. Bila mengajar Sains, nak x nak kena guna laptop n CD coz pelajar perlu ditunjukkan simulasi. Mereka kadang2 x leh nak bayang apa yang kita terangkan. Alhamdulillah, ada seorang kawan yang jadi pembekal benda ni, so senang lah nak beli nanti. InsyaALLAH.

Ni sekadar contoh je.

Semuanya masih dalam perancangan. Yer la coz semuanya perlukan duit, bukan leh bayar guna daun. Apapun, yang pentinglah keutamaan untuk membeli. Tengok yang mana perlu dibeli dahulu. Utamakan apa yang perlu diutamakan. Kadang2, jangan diikutkan nafsu saja. Semuanya tak tahu bila dapat beli, hehe. Yang pertama sekali sudah tentu lah handphone. Hp sekarang dah nazak kot!

Berbelanjalah secara berhemah!!!

Wassalam

p/s : Thanx Google utk gambar di atas

Sunday, March 20, 2011

Budget oh Budget

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, segala puji bg ALLAH. Ruang masa ari Ahad ini, berjaya juga menyiapkan sedikit sebanyak kerja rumah sebelum hari persekolahan kembali bermula esok.

Saya tidak mahu berceloteh panjang. Apa yang saya ingin kongsikan tentang tajuk entry di atas. Budget atau perkataan yang telah pon diMelayukan, bajet. Bajet yang saya maksudkan di sini tentunya berkisar tentang kewangan.

Image : Google

Alhamdulillah, sejak bekerja dan dah ada gaji sendiri, sangat bersyukur kerana sudah mampu memegang duit hasil titik peluh sendiri. Walaupun gaji sebagai guru tidaklah sebanyak golongan profesional yang lain, tetapi hati ini tetap bersyukur dengan segala kurniaan ALLAH. Tapi kadang-kadang ada juga rungutan, hehe. Biasalah sebab kita ne manusia biasa. Ada saja benda yang x puas hati, huhu.

Bercakap tentang bajet, sebenarnya banyak benda yang ingin dimiliki. Cuma perlu bezakan yang mana satu keperluan, yang mana satu kehendak. Sepanjang baru tiga bulan dapat merasai gaji sendiri ini, banyak perkara yang dah dibeli. Tapi bila fikir semula, saya masih lagi gagal dalam perancangan kewangan. Segala perbelanjaan saya masih belum diatur sebaiknya. Dalam masa yang sama, saya bersyukur kerana adanya suami saya yang sentiasa menasihati saya.

Bagi saya, suami saya adalah contoh terbaik sebagai perancang kewangan. hehe (Puji lebih sket, dapa bonus kongsi na). Mujur juga ada beliau yang setia menasihati, jika tidak sudah tentu duit gaji saya ini digunakan kepada perkara yang tidak sepatutnya. Saya akui, saya seorang yang boros. Nampak saja apa yang berkenan, sudah disambar sebelum berfikir panjang. (Nama pon perempuan, hehe)

Thanx to Abang yang setia mendidik diri ini. Ingat lagi masa mula-mula perkahwinan, abang ajar saya, sebelum pergi shopping, mesti list kan dulu barang yang nak dibeli. At least nanti kat shopping mall, kita dah ada priority barang mana yang memang perlu dibeli. Bila dah setel beli barang yang disenarai, barulah boleh nak aim barang2 lain, tapi kena tgk bajet yg kita dah allocate. Perkataan suami saya suka sebut, allocate betul2.hehe

Bulan demi bulan, apabila tibanya detik gaji masuk, saya cuba untuk senaraikan bajet yang diperlukan. Agar saya mampu menyimpan. Saya amat2 akui, saya banyak mengambil contoh suami saya. Walaupun saya x ikut semua, tapi saya selalu memerhati cara suami dalam perancangan kewangannya. InsyaALLAH, saya akan cuba yang terbaik untuk lebih merancang sebaiknya dalam kewangan ini.

Saya dan suami masih lagi berdua, belum dikurniakan  rezki anak. Sementara kami belum banyak tanggungan, ada baiknya peluang ini digunakan untuk buat 'saving' banyak2.Agar tidak menyesal di kemudian hari.

Firman ALLAH SWT, 10:12. Apabila penderitaan menyentuh manusia, dia berseru kepada Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami menghilangkan penderitaannya daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah berseru kepada Kami atas penderitaan yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa yang mereka buat.
(melupakan seruan kepada Allah, dan penderitaan yang menimpa)


Rasanya cukuplah dulu saya membebel.hehe. Semua ni luahan hati setelah lama x menulis. At least ada sesuatu yang nak dikongsi. Bukan nak up kan diri sendiri mahupun suami, cuma apa yang baik jadikanlah panduan. 

Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Isra’ ayat 27 yang berbunyi :
Maksudnya : ” Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya ” .
Lihat kembali firman ALLAH di atas, kita semua tentunya nak elak kan dari jadi sedara setan. So, ambillah panduan mana yang boleh dari tulisan saya yang x seberapa ni. 
Sekian, wallahu 'alam.

Saturday, March 5, 2011

ENTRY KE-330

Assalamualaikum wbt..

Sudah dua minggu lebih tidak menulis. Kekok pula rasanya nak membina ayat. Entry ini pula hampir seminggu disimpan di 'draft', hari ini cuma untuk melengkapkan. Alhamdulillah, ada kekuatan untuk menulis entry ke-330 blog ini. 

Image from : Google

Entry ke-330, bukan jumlah yang banyak. Diakui entry dalam blog ini tidak semua hasil penulisanku, ada artikel copy n paste yang ku rasa bermanfaat untuk ku kongsi bersama. Semoga entry ke-330 ini menjadi permulaan baru untuk ku terus gigih menulis.


Sejak bergelar pendidik, banyak idea serta perkongsian yang ingin ditulis. Tetapi kerana kepenatan, mood menulis hilang begitu saja. Mendidik, bukanlah senang. Kadang mengundang kepenatan, kadang begitu menguja. Sebagai pendidik, pelbagai perkara diuji.


Kisah Rajukku
Kali ini, ingin kukongsi kisah rajukanku. Kisah seorang guru muda, yang masih baru di alam mendidik. Itulah aku. Buat kali pertama, aku kalah pada desakan emosi. Kisahnya ialah aku merajuk dengan pelajar kelasku. Kelas yang aku sebagai guru kelas mereka. Sebelum kes itu berlaku, aku sudah banyak menerima komen dan omelan guru-guru lain tentang kebisingan kelas itu. Ramai guru yang mengajar kelas tersebut mengadu yang kelas itu sangat bising dan banyak cakap.

Aduan guru aku terima pada awalnya dengan hati yang lapang. Setiap kali masuk ke kelas, tidak lupa untuk ku berpesan agar jangan bising, jaga tingkah laku. Bagiku, aku masih boleh menerima keadaan mereka. Tetapi tidak pada hari Selasa yang lepas. Mungkin kerana aku keletihan waktu itu. Aku masuk seperti biasa, memberi nota dan mengajar. Mereka ini masih ada yang bising. Pada awalnya, aku sudah melarang supaya jangan bising. Namun, sepertinya mereka langsung tidak mengambil peduli arahanku. Okey, masih lagi dimaafkan. Tetapi, apabila aku sedang mengajar, ada yang bercakap dan membuat bising, kesabaran aku akhirnya berakhir. Ada kata-kata yang kuluahkan, mengejutkan mereka. Kelas senyap semuanya. Lalu, aku terus ke meja guru, mengambil segala barangan ku, terus keluar dari kelas tanpa menghiraukan mereka.

Ada beberapa orang yang mengikutku dari belakang sehingga ke makmal, datang memohon maaf. Bagiku pada masa itu, hati aku menolak untuk memaafkan. Rasa sangat berkecil hati. Aku menyuruh mereka kembali ke kelas memandangkan aku ada kelas lain pada masa itu. Alasan yang baik.

Setelah habis kelas lain di makmal, setibanya di bilik guru, ada beberapa sosok pelajarku setia menunggu. Menanti ingin memohon maaf. Kami berbual di hadapan bilik guru. Ada yang menangis, aku juga hampir menitiskan air mata. Kisahnya berakhir begitu pada hari tersebut....

Apabila difikirkan kembali, ada silap aku di situ. Salah tindakan aku meluru keluar begitu. Aku terlalu mengikut hati dan emosi. Pengajaran bagiku. Aku merujuk kepada seorang guru kanan di sekolah ku. Beliau menyatakan tindakan aku itu salah. Tapi beliau akui, bagi guru baru sepertiku, itu perkara biasa. Katanya, banyak perkara lagi yang perlu aku belajar.

Bagiku, aku akui kesilapan itu. Namun, pada masa yang sama, tindakan aku itu seperti dapat memberi pengajaran kepada mereka tentang sesuatu. Semoga mereka mampu berubah...InsyaALLAH