Thursday, September 30, 2010

BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI

Gambar sekadar hiasan 


Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Honda City White In Colour

Picture : Credit
Assalamualaikun and good evening for the readers out there.

Just to share something about the car. After some surveying at the Honda's show room, it is believed that Honda City will be out with white in colour this November. Many people are waiting for this news and there are some who already have booked it.

So for those who got information and got something to share with  me 'bout that, I'm waiting for that. Feel free  to comment about it here.

p/s : Sorry if my English is broken. 



SOLAT MENGHORMATI WAKTU



Keadaan-keadaan yang membolehkan solat dilakukan kerana menghormati waktu:

  1. Bila tiada air atau tanah ataupun tidak boleh menggunakan kedua-duanya kerana sakit.
  2. Bila diikat pada pokok dan tiada siapa yang dapat melepaskan.
  3. Pesakit yang terlantar di wad sedangkan akalnya masih siuman dan tidak ada orang yang boleh membantunya untuk mensucikan najis atau berwudhu’ atau bertayamum.
  4. Doktor yang sedang menjalankan pembedahan yang tempohnya memakan masa yang lama sehingga habis waktu solat.
  5. Orang yang sesat di hutan, tiba-tiba terserempak binatang buas dan tidak sempat untuk  berthaharah daripada hadas.
  6. Terkurung atau terperangkap sedangkan tiada kemudahan untuk thaharah, bahkan tempat itu dipenuhi najis  yang tidak dapat untuk disucikan.
  7. Menaiki kenderaan yang sedang bergerak seperti bas. Kenderaan ini tidak berhenti untuk solat fardhu dan gagal mengambil wudhu’.    

Wednesday, September 29, 2010

Kisah Cikgu Lagi 2

Assalamualaikum wbt

Sumber Gambar : Di Sini

Semalam rehat sebentar berbicara tentang sekolah. Bukan apa, semalam sudah bermula acara 'stress' yang ditunggu-tunggu. Saya mengamuk di dalam kelas kerana pelajar sangat bising. Dan hari ini ada seorang guru senior bercerita sekolah ini terkenal dengan sikap pelajar yang akan membalas dendam kepada guru dengan mencalarkan kereta.

Oh, sungguh biadap pelajar sekarang. Pengalaman lepas sangat membantu. Dulu, masa prkatikal sangat tertekan, tetapi sekarang sudah dapat sesuaikan diri. Saya hanya mengajar mereka yang mahu belajar. Yang x nak belajar, biarkan sahaja cuma saya akan pastikan mereka tidak bising dan tidak mengganggu pelajar yang lain. 

Guru-guru yang lain juga berpesan begitu. Masa yang ada saya gunakan untuk raih pengalaman yang berguna. Oh, siapa kata jadi cikgu senang?? Jadi cikgu sangatlah mencabar...

p/s : Tadi sementara tunggu suami datang ambil, sempat berbual dengan mak guard di sekolah. Dia menceritakan sebelum puasa yang lepas, tangan dia terseliuh akibat ditumbuk oleh pelajar Melayu. Sekolah sekarang tidak selamat sekarang. Sedang berkira-kira jika ada anak nanti, saya mahu hantar ke sekolah swasta yang paling terjamin segalanya..InsyaALLAH

Tuesday, September 28, 2010

Cara-cara meraih cinta ALLAH

assalamualaikum wbt

Sekadar perkongsian bersama..buat semua pembaca..moga bermanfaat. 



Monday, September 27, 2010

Guru oh guru

Assalamualaikum wbt

Hari ni tak tahu nk tulis tajuk entry ini. Sudah tentu entry masih berkisar tentang kisah saya sebagai guru ganti. Blog ini adalah ruang untuk saya mencoret tentang pengalaman hidup saya agar bisa saya baca dan tatap di kemudian hari.

Kisah hari ini saya agak gembira. Awal pagi mengikuti perhimpunan rasmi sekolah. Agak singkat memandangkan sekarang musim peperiksaan serta tanpa kehadiran ramai guru. Ramai guru tiada hari ini makanya dapatlah saya tugasan untuk 'relief' kelas. Dapat dua kelas untuk dimasuki.

Dan hari ini juga merupakan kali pertama saya masuk untuk mengajar. Kelas pertama adalah kelas yang saya perlu jadi guru kelas sementara dan sudah tentu saya perlu jalankan tugas sebagai guru kelas yang baik, hehe. Ambil kedatangan dan mengambil senarai nama AJK kelas untuk dimasukkan sebagai markaH merit ko-kurikulum. Dan untuk pengtehuan, saya perlu menghantar markah dan mengisi buku markah ko-ku secepat mungkin. Peluang yang ada, saya sempat berbual dengan pelajar. Mereka lah yang membuatkan saya gembira hari ini kerana mereka menginngatkan saya kepada pelajar saya di Klang. Ada beberapa orang pelajar menanyakan tentang prospek kerjaya masa depan. Ada yang bercita-cita ingin menjadi seorang 
pilot' manakala seorang lagi ingin menjadi pakar patologi. Dan ada seorang pelajar yang agak nakal berkata beliau nak jadi jutawan yang tugasnya hanyalah menandatangani cek. Huhu

Masuk ke kelas satu lagi, saya berpeluang untuk mengajar subjek Komsas hari ini. Mengajar kelas hadapan tidak susah kerana mereka punya keinginan untuk belajar. Walau bagaimanapun mereka agak memandang sepi kepada subjek BM kerana mereka lebih memikirkan subjek-subjek lain yang lebih susah. Di sini, saya perlu bertegas. Tiada kerja lain yang boleh dibuat semasa waktu BM kecuali kerja BM.

 Hari demi hari banyak benda baru saya belajar. Dan saya juga banyak belajar apabila ditugaskan sebagai guru kelas. Mengisi kedatangan harian, menguruskan markah2 ko, dan banyak lagi.

p/s : Ada seorang pelajar saya cakap, "Cikgu tak rasa sekolah ni macam Palestin ke?". Saya faham maksudnya kerana sekolah ini sering bergegar dengan dentuman mercun yang amat kuat.


Sunday, September 26, 2010

Anggaran harta kekayaan Dato' Sosilawati

>INFO: 
Anggaran harta Sosilawati:- 
> Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta 
> Bangunan Nouvelle Beauty Centre 
di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan 
di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta 
> Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta 
> Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta 
> Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta 
> Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta 
> Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta 
JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta


(sumber : MyMetro)

Kisah Cikgu Lagi

Assalamualaikum wbt

HAri ne nk citer sal jadi cikgu lg. Semalam memang langsung x sempat update blog. Kalau sebelum ni, sekali sehari tu menjadi kewajipan, tapi bila jadi guru ganti, baru sedar masa untuk online makin berkurang.

Semalam ada sekolah ganti. Dan seperti biasa, bila dh hari Sabtu, bilangan pelajar yang hadir sgt lah sedikit. Makanya, saya langsung tidak perlu masuk ke kelas. Semalam awal-awal rasa sangat bosan berada di bilik guru namun kerana ada nya 'pot luck', dapatlah saya menikmati juadah hari raya yang dibawa oleh guru-guru lain. Sungguh, semua guru di situ tidak kerana kaum sangat2 mesra.

Setelah kekenyangan, saya kembali ke meja saya, lalu mata mula kuyu. Tiba2 pengetua panggil saya, rupanya pengetua soh tulis kedatangan sedangkan saya dh tulis, cuma beliau terlepas pandang. 

Masa yang ada saya gunakan untuk menganalisis buka RPH guru yang saya ganti. Memandangkan hari ini perlu menghantar untuk disemak oleh Pengetua. Alhamdulillah, saya berjaya mencari rentak pengajaran beliau mengikut susunan yang sangat terancang. Cikgu ini saya lihat sangat sistematik dalam pekerjaan beliau. 

Setelah siap, saya mula bosan. Jadi, saya untuk hilangkan bosan lagi, saya ambil Buku Antalogi Sastera Tingkatan 4, Harga Remaja dan alhamdulillah berjaya menghabiskan pembacaan beberapa cerpen. Bila nak masuk baca cerpen seterusnya, tiba-tiba ada guru Cina datang dan rupanya saya perlu menyelesaikan pengisian markah ko-kurikulum untuk sebuah kelas. Memandangakn guru yang saya ganti itu adalah guru kelas, makanya saya tahu banyak kerja yang perlu saya lakukan apatah lagi persekolahan sudah mahu ke penghujungnya untuk tahun ini. Guru-guru sangat sibuk untuk memasukkan markah2 penting, juga sibuk dengan ujian akhir tahun.

Apapun, saya sangat gembira bila dapat kerja. x de la saya bosan nanti. Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan perkhabaran dari salah seorang guru di situ kepada saya. Semoga ianya benar jadi kenyataan. InsyaALLAH

Semalam, saya sempat mengikuti mesyuarat agung koperasi. Koperasi sangat bagus sebenarnya. Kerana itu saya menyertai Bank Persatuan, bank koperasi kedua selepas Bank Rakyat.
P/S : mahu raih pengalaman sebanyaknya..

Friday, September 24, 2010

Cikgu BM

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari kedua sebagai guru ganti. Hari ni dh masuk kelas yang perlu diajar. Kelas form 5 hanya sekadar menjaga exam memandangkan mereka sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Dan untuk form 4, saya masuk kelas dan memperkenalkan diri sahaja dan belum memulakan p&p Kebanyakan daripada mereka tidak membawa buku memandangkan mereka masih menganggap tiada guru yang mengganti. Saya pula baru hari ini dapat berjumpa ketia Panitia BM untuk bertanyakan tentang apa yang perlu dibuat.

Untuk pengetahuan pembaca, saya perlu mengajar mata pelajaran BM. Jauh sekali daripada pengkhususan saya di U dahulu. Memang sangat gundah gulana. Walau bagaimanapun, setelah berbincang dengan ketua panitia, saya sedikit lega memandangkan guru asal sudah menghabiskan silibus dan saya hanya perlu member latih-tubi untuk pelajar tingkatan 4. Dan saya hanya perlu mengajar mereka selama 10 hari kerana selepas itu mereka akan berhadapan dengan peperiksaan akhir tahun.

Bagi tingkatan 5 pula, saya hanya mengajar mereka selama 15 hari kerana sekarang mereka sedang menghadapi pepreriksaan percubaan SPM. Saya juga tidak perlu menanda kertas soalan pelajar. Alhamdulillah, saya merasakan banyak urusan saya dipermudahkan oleh ALLAH.

Walaupun tidak mengajar subjek tumpuan saya, namun peluang ini akan saya gunakan untuk meraih pengalaman sebaiknya. Apabila di 'posting' kan nanti, belum tentu kita dapat mengajar subjek pilihan kita. Dan saya juga bersyukur kerana saya ada rujukan utama saya, iaitu ummi saya sendiri, Cg Aini Mohamad yang merupakan seorang guru BM dan BI di Maahad Muhammadi Lelaki.

Cabaran saya sekarang adalah rasa 'nervous' saya untuk berhadapan pelajar dan mengajar buat kali pertama. Bendai ini adalah kebiasaan yang berlaku pada saya. Dan perkara ini akan hilang selepas melepasi kali pertama itu, insyaALLAH.

p/s : Ummi saya juga dulu adalah dari bidang Ekonomi. Beliau hanya mengajar subjek tersebut di awal 'posting'. Tetapi sekarang beliau adalah ketua bidang bahasa di sekolah.

Thursday, September 23, 2010

Mula kerja sementara

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ini hari pertama memulakan kerja sebagai guru ganti. Pada asalnya, tidak menjangkakan akan dapat kerja ni, tetapi pagi tadi pengetua sekolah tersebut telefon dan minta hadir hari ini juga. Mulanya berat mahu terima kerana perlu menggantikan Guru Bahasa Melayu, tetapi pengetua tu cakap,'' Awak cuba yang terbaik''. Apatah lagi saya hanya menggantikan guru tersebut selama 28 hari sahaja.

Saya akan mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5. Saya berani menerima tawaran ini memandangkan saya hanya perlu mengajar mereka selama dua minggu kerana selepas itu mereka akan menjalani peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 4. Bagi tingkatakan 5 pula, sekarang mereka sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM.

Bercakap tentang sekolah ini, mengingatkan saya kepada pelajar saya di sekolah saya berpraktikal dahulu. Namun, sekolah ini sangat besar dan mempunyai pelajar yang sangat ramai. Serta bilangan kaum Cina yang agak ramai. Walau bagaimanapun saya sangat bersyukur kerana pengalaman saya berpraktikal dulu boleh digunakan sedikit sebanyak untuk menjadi guru ganti di sini.

Apapun, saya memohon kekuatan dari ALLAH agar dipermudahkan segala urusan saya di sini serta mampu berhadapan dengan segala cabaran yang bakal dihadapi. Mengajar budak sekolah bandar tidak semudah itu. Saya juga berharap sahabat-sahabat sekalian sentiasa mendoakan saya juga. Semoga pengalaman yang bakal saya peroleh manjadi bekal berharga untuk di'posting' kan kelak.

Wallahu 'alam.

p/s : Pengetua sekolah tadi berbangsa Cina, sangat baik dan peramah. Beliau berpesan, apapun jangan sentuh pelajar (pukul). Beliau bercakap lagi, semua pelajar di sekolah sama sahaja. Cuma perlu kan cara untuk mendekati mereka yang nakal.

Wallahu 'alam

Wednesday, September 22, 2010

Jom Puasa 6

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ni, sudah masuk 14 Syawal. Lagi 16 hari untuk bulan ini berlalu pergi. Makanya, peluang yang ada ini, ayuh lah kita sama-sama berpuasa enam hari di bulan Syawal. Alhamdulillah bagi mereka yang telah memulakan awal2 lagi.


Ia, kita berpuasa untuk meraih ganjaran dan nikmat yang telah dijanjikan. Adakah kita sudah tidak mampu nak mendidik diri zahir dan batin sedangkan kita berjaya dididik selama sebulan di bulan Ramadhan? Adakah kerana terlalu berpesta makanan di awal hari raya hinggakan perut kita langsung tidak boleh menahan lapar walau seketika. 

Ingatlah, tarbiyyah di bulan Ramadhan adalah untuk kita mampu berhadapan dengan segala jejakan nafsu untuk 11 bulan yang berikut. Jangan hanya penangan beberapa hari di awal raya membuatkan kita gagal untuk mengingatkan kembali tarbiyyah Ramadhan.

Apa yang saya katakan di atas tidak lain tidak bukan untuk diri ini juga. Kalau diikutkan, saya merancang untuk memulakan puasa pada hari Isnin yang lepas lagi. Tapi pada hari Isnin dan Selasa lepas, saya gagal untuk meneruskan puasa. Akibat keletihan badan yang amat selain desakan nafsu yang tidak mampu bertahan meneruskan puasa.

Dan hari ini, alhamdulillah berjaya memulakan untuk berpuasa. Ayuh sahabat di luar sana, sama2 kita laksanakan sunat ini agak memperoleh ganjaran. Artikel yang saya post di sini, ada membincangkan tentang kelebihan-kelebihan puasa 6 ini. Bagi yang perempuan, masa yang ada ini bolehlah digunakan untuk mengganti puasa Ramadhan yang lepas. Tidak salah untuk menggantikan puasa awal2 lagi agak tidak terkejar-kejar apabila hendak tiba Ramadhan yang seterusnya.



Tuesday, September 21, 2010

Puasa Syawal tampung kekurangan ibadah Ramadan

Oleh Aminudin Mansor

2010/09/14

Menumbuhkan kekuatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwat 

SETELAH berpuasa selama sebulan pada Ramadan dan merayakan Aidilfitri, umat Islam sangat digalakkan berpuasa sunat Syawal selama enam hari bagi mengimbangi kesihatan yang telah menikmati pelbagai makanan ketika hari raya. Puasa enam hari pada Syawal juga dapat melatih kembali hati dan diri daripada godaan nafsu. Puasa sunat Syawal boleh dilakukan enam hari pada bulan Syawal, berturut-turut atau terpisah asalkan tidak sampai melewati bulan berkenaan. Pada hari raya pertama dilarang berpuasa. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa berpuasa Ramadan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup.” – (Riwayat Muslim). 

Sementara dalam satu hadis yang lain Nabi SAW yang bermaksud: “Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.” – (Riwayat ad-Darimi). 

Puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan yang ada ketika puasa Ramadan kita. Misalnya, kebanyakan daripada kita hanya berpuasa secara menahan lapar dan dahaga saja. Sedangkan, perkara lain harus diberi perhatian seperti puasa telinga, lidah dan sebagainya. Maka puasa sunat Syawal adalah untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam puasa fardu. 

Umat Islam hendaklah banyak melakukan amalan sunat seperti banyak bersembahyang sunat, membaca al-Quran, bersedekah dan berpuasa sunat untuk menguatkan iman kita. Selain itu, kita dapat mengemaskan amalan wajib, kita juga dianjurkan memperbanyak amalan sunat. 
Ini disebabkan amalan sunat menyempurnakan amalan wajib kita. Meninggikan pangkat dan darjat kita di syurga serta dapat meningkatkan ketakwaan kepada-Nya. Dalam melaksanakan amalan sunat ini, perlu kita ingat, jangan sampai melalaikan perkara yang wajib. 

Sebagai contoh kita hendak mengejar tahajud malam sehingga terlewat dan tertinggal sembahyang Subuh atau tidak berpuasa Ramadan tetapi menunaikan puasa sunat Syawal. Selain itu, banyak melakukan sedekah dan ibadah sunat tetapi tidak bersilaturahim sesama manusia kerana bersilaturahim itu hukumnya wajib dan perlu dilaksanakan dulu. 

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, menjelaskan mengenai tatacara berpuasa iaitu jika kamu berpuasa, janganlah kamu menyangka bahawa berpuasa itu cuma meninggalkan makan, minum dan bersetubuh. Bahkan juga menahan mata daripada memandang sesuatu yang dibenci oleh Allah, menahan lisan daripada mengucapkan kata-kata yang tidak bermanfaat, menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah, kerana sesungguhnya pendengaran itu menemani orang yang berbicara. 

Selain itu menurutnya lagi, masing-masing daripada keduanya adalah pengumpat. Begitu juga kamu mencegah seluruh anggota tubuh seperti mencegah perut dan kemaluan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak menghendaki puasanya, hanya lapar dan dahaga saja.” – (Riwayat Al Bukhari). 

Ibadah puasa mengandung beberapa manfaat yang besar, antaranya adalah menguatkan kemahuan dan menumbuhkan kekuatan dan kedapatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwatnya. 

Puasa juga perisai kepada kekuatan rohani. Pelbagai penyakit rohani dapat dihalang dengan berpuasa. Antaranya ialah hasad dengki, sombong, riak, memfitnah, mengumpat, melakukan perbuatan zalim, berdusta, marah, mencaci-maki, mungkir janji, bercakap bohong dan menipu. 

Dengan berpuasa termasuk puasa sunat dapat merawat pelbagai penyakit rohani seperti mengingati Allah SWT, mengerjakan solat, bertaubat, takut kepada Allah SWT, mujahadah, musahabah diri, sabar, qanah, warak, zuhud, tawaduk, istiqamah, takwa dan menjauhkan makanan dan minuman haram. 

Monday, September 20, 2010

Kereta oh kereta

Assalamualaikum wbt
Kredit gambar : Sini

Semenjak belum memiliki kereta, sepnajang 3 bulan lebih mendirikan rumah tangga, kami bergerak ke sana ke mari hanya dengan menaiki motor. Kadang saya akui, saya merungut akan kepayahan itu. Namun, hari demi hari redha juga. Saya perlu menjadi isteri yang bersyukur. Apatah lagi saya tahu x selamanya kami begini. Dan Alhamdulillah, tidak lama lagi suami saya akan membeli kereta.

Kereta apa? Biarlah rahsia. Yang pastinya, untuk masa yang terdekat ini, saya telah diberi tugasan untuk 'survey' di Internet tentang segala apa yang berkaitan kereta samada dari segi rate interest untuk loan, maintanence, dan bajet sampingan bagi kereta sedan seumpama Vios atau Honda City.

Di sini, saya ingin memohon pertolongan dari semua blogger di luar sana agar dapat berkongsi pendapat, pengetahuan serta apa-apa yang bermanfaat. Jika dapat beri link berkaitan, sudah tentu lebih baik.

Sekian, wassalam.

Sunday, September 19, 2010

KISAH DALAM IKLAN RAYA LEPAS

Gagak, Bapak dan Anak

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.

Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.

Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.

"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut.......... "Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya.

Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."

MORAL OF THE STORY:

"JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA"


Saturday, September 18, 2010

Stars oh Bintang


Assalamualaikum wbt

Tadi masa masuk akaun Nuffnang, baru perasan dah 4 bintang rupanya di leaderboard. Tahniah untuk saya, hehe. Apapun, teruskan menulis!!



Share

24 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga 

Friday, September 17, 2010

Kes Pembunuhan Dato' Sosilawati

Assalamualaikum wbt

Beberapa sebelum raya, kita dikejutkan dengan kehilangan Dato' Sosilawati dan 3 yang lain. Dan lebih mengejutkan, beberapa hari selepas itu, disahkan mereka yang hilang telah mati dibunuh.

Saya bukan ingin mengulas secara terperinci tentang isu ini. Tapi agak terkilan dengan pembunuhan kejam ini. Mendengar berita di Buletin Utama tadi, kesemua mangsa dikatakan diikat dan dibaringkan. Kemudian, mereka dicangkuk di leher sebelum ditikam berkali-kali oleh seorang pembunuh yang berumur 19 tahun.

Tidak dapat dibayangkan betapa seksanya mereka menghadapi kematian. Dan betapa kejamnya manusia itu. Dan polis mengatakan, pekerja2 kepada peguam (suspek utama) sanggup melakukan pembunuhan terbabit memandangkan mereka terlalu taksub kepada bos mereka. Dan sudah tentu mereka mendapat ganjaran wang yang banyak.

Zaman sekarang, macam-macam yang dilakukan kerana gelap mata, mahukan kesenangan yang sekejap, bunuh, rasuah dan banyak lagi. Tiada lagi nilai-nilai agama dan moral yang terpahat di dada. Kadang desakan hidup juga membawa kepada kerosakan.

Walau apapun, kes ini menjadi panduan berguna buat ramai golongan di luar sana. Yang kaya mahupun yang susah.

p/s : Semoga pembunuh mendapat hukuman yang setimpal

Thursday, September 16, 2010

Berita Nuffnang di Kosmo

Sumber : Kosmo Online


Pendapatan lumayan dengan Nuffnang



SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.
Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.
Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.
Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.
Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.
Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.
"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.
"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.
TIMOTHY merintis idea kewujudan Nuffnang bersama rakannya, Ming Shen sewaktu belajar di London.


Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.
"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.
"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.
Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.
"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.
"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.
KOMUNITI Nuffnang menjadi medium penting kepada blogger yang ingin menjana pendapatan sampingan.


Menjana pendapatan
Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaituwww.redmummy.com.
Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.
"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.
"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.
Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.
"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.
Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.
"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.
"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu www.proudduck.com.
Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitusayesayangiz.blogspot.com. Bagaimanpun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.
LAYARI laman web Nuffnang untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai platform menjana pendapatan itu.


"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh.
"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca

Wednesday, September 15, 2010

Saya mendapat BE buat kali pertama

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah, akhirnya dapat juga BE dr Nuffnang. Saya menyedarinya ketika raya pertama apabila iklan Celcom agak lama melekat. Namun, tidak lama. Mulanya agak kecewa. Namun, dua hari lepas, muncul pula iklan yang baru melekat, Tiket ke F1 Singapura. Apapun, sekadar perkongsian. Dapat duit raya di bulan Syawal ini.

Saya berblogging bukan semata kerana BE. But, it's my passion!!!


Kisah Raya

Assalamualaikum wbt

Salam lebaran buat semua. Hari ini sudah menjejak 6 Syawal, bagaimana dengan raya anda semua? Apapun, raya kan sebulan, tapi tak perlu kot untuk beraya sakan. Cukup sekadar jangan membazir. Jangan dilupa juga untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. 

Raya kali ini amat bermakna bagiku. Alhamdulillah, ALLAH memberi peluang kepadaku untuk mencium tangan suami ku yang tersayang, bermaafan di pagi raya. Solat sunat Aidilfitri ditunaikan di surau di kawasan perumahan Taman Indah Jabi. Kemudian, bergerak ke kubur arwah mak mertua.

Raya pertama dan kedua menjadi ruang untuk aku melawat saudara-mara di sebelah suami. Dari Alor Setar, ke Kuala Kedah, kemudian ke Guar Cempedak sehingga ke Sungai Petani. Raya pertama dan kedua begitu terisi. Kesempatan yang ada digunakan untuk mengenali saudara-mara suami.

Raya keempat sampai ke Kelantan. Ummi ku memasak nasi dagang, dan tengah hari tersebut abangku bertolak pulang ke kem di Johor. Kemudian, kami ke umah mok long, kerana ada hari terbuka rumahnya. Raya kelima iaitu semalam aku berpeluang ke rumah sahabatku, Kak Su dan alhamdulillah, bertemu sahabat-sahabat yang lain iaitu, KAk Ijan, KAk AIn, Kak Mun n Kak Z. Moga ukhwah ini berpanjangan.InsyaALLAH.

Itulah serba sedikit kisah raya kali ini. Hari ini akan bersiar-siar di pantai. Nak bawa suami bersiar-siar di sekitar Kelantan.

Wallahu 'alam.

Saturday, September 11, 2010

Salam 'Idulfitri

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, berpeluang untuk menulis di laman ini. Seharian beraya di rumah saudara-mara suami di Kedah. Maka, tiada kesempatan untuk membuka laptop. Apatah lagi, line internet yang agak 'slow' di sini.

Apapun, kesempatan yang ada, ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya 'Idulfitri. Seribu Kemaafan. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum...


Ikhlas dari,
Ateh & Suami

Wednesday, September 8, 2010

Akhirnya..balik kampung

Assalamualaikum wbt

Sedar tak sedar tinggal lagi sehari kita akan berpuasa. Sedih rasa di hati. Mungkinkah kita kan bertemu lagi dengan Ramadhan ini? Wallahu'alam.

Alhamdulillah, semalam saya dan suami sudah selamat sampai di Pokok Sena, Kedah. Kampung halaman suami. InsyaALLAH saya akan berada di sini sehingga raya ke-3. Raya ke-4 pagi saya akan tiba di Kelantan. 

Gunung Riang, Kedah (Gambar : Google)

Memandangkan kami masih belum ada kereta, makanya bas adalah pilihan kami, hehe. (x kan nak naik flight kot). Dan InsyaALLAH, bak kata abang, ini kali terakhir menaiki bas untuk pulang beraya kerana kami akan memiliki kereta tak lama lagi. (InsyaALLAH, moga perancangan kami berjalan lancar).

Monday, September 6, 2010

Calon Buat Along

Calon Buat Along

Calon suami???!
Pfuh, kuhembuskan nafasku kuat-kuat.
Bosan ! Lagi-lagi pasal calon suami yang dibincangkan. Bayangkan, sudah dua bulan kebelakangan ini tidak ada topik yang lebih menarik di rumah ini, melainkan soal suami.

Semuanya sama. Papa yang selalu menyindir, sudah teringin menimang cucu. Mama yang berulang kali menasihatiku agar tidak terlalu memilih pasangan. Malah Luqman, adikku yang diharapkan dapat menenangkan suasana, turut sama menggoda. Lagi menggeramkan aku apabila si kembar Nani-Nana yang masih mentah turut sama membebel.

“Along kan dah jadi engineer, sudah sampai masanya untuk Along memikirkan masalah membina keluarga. Lagipun, Nani dan Nana sudah teringin sangat dipanggil makcik. Atikah, jiran kita tu, baru darjah lima tau tapi dah ada dua orang anak buah.”

“Iyalah Kak, zaman sekarang, perempuan mesti agresif. Ni tidak, Along asyik kerja, belajar dan buat amal kebajikan aje!” Nana menyambung kata-kata kembarnya.
                              
Aku hanya mampu terduduk dan terdiam. Dari mana si kembar ni pandai sangat menyusun kata!.
“Sudahlah, pergi belajar!” herdikku agak keras.
“Hah tu, kaaaan?!? Seru mereka berdua serentak.
Huhh, dasar kembar!

******

Sunday, September 5, 2010

Lawak : Bertengkar

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya. Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

Saturday, September 4, 2010

DOA UNTUK MUSAFIR

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, hari ini sudah pon 25 Ramadhan. Beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Jadi, perlulah kita gunakan masa yang ada ini sebaiknya, insyaALLAH.

Semalam saya ada menulis tentang balik kampung. Jadi bila dh dalam dalam perjalanan tu, maknanya kita dalam keadaan bermusafir. Seperti yang kita tau, doa orang musafir ini juga senang dikabulkan, insyaALLAH. Yang penting sepanjang perjalanan, niat kena betul serta sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH agar dirahmati perjalanan tersebut.

Di sini saya nak kongsi beberapa doa yang sangat sesuai untuk mereka yang bakal bermusafir. Moga bermanfaat.


DOA KETIKA KELUAR RUMAH
DOA 1

اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِكَ أَنْ ‏ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ ‏ أُزَلَّ ‏‏ أَوْ أَظْلِمَ ‏‏ أَوْ ‏ أُظْلَمَ ‏‏ أَوْ ‏ أَجْهَلَ ‏‏ أَوْ   يُجْهَلَ عَلَيَّ

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sesat atau disesatkan , menjadi hina atau dihinakan , menjadi zalim atau dizalimi, menjadi jahil atau dijahilkan dariku”
Sohih (Sohih Sunan Abi Daud 3/959)
DOA 2

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ‏ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله

“Dengan nama Allah aku bergantung kepada Allah, dan tiada daya dan upaya kami kecuali dengan keizinanMu ya Allah”
Sohih (Sohih At-Tirmizi 3/151)

DOA MENAIKI KENDERAAN
Ketika hendak naik :

‏ بِسْمِ اللَّهِ

“Dengan Nama Allah”
       
Ketika Berada di atas kenderaan :

الْحَمْدُ لِلَّهِ

“Segala Puji bagi Allah”
 Kemudian :

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya” “Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali”
(Az-Zukhruf : 13-14)
       
Kemudian :

3x الْحَمْدُ لِلَّهِ  

“Segala puji bagi Allah”
Kemudian :

الله أَكْبَرْ 3x

“Allah Maha Besar”
           
Kemudian :

سُبْحَانَكَ إنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ، فَاغْفِرْلِي ، إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Maha Suci Engkau, aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah daku, sesungguhnya hanya Engkaulah Pengampun dosa-dosa”
Sohih (Sohih Sunan Abi Daud 3/941)

DOA KETIKA MUSAFIR

سالله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ ‏‏اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ‏ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا ‏ ‏تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا‏ سَفَرَنَا هَذَا‏ وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ،‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ‏ وَالْخَلِيفَةُ فِي‏ الأَهْلِ ‏،‏ اللَّهُمَّ‏ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ‏ ‏وَعْثَاءِ‏ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ ‏ ‏الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ







“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,  Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”
 Setelah kembali katakanlah

‏آيِبُوْنَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ

“Orang-orang yang tersedar dari kelekaan, Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menghambakan diri, kepada Tuhan kami mereka mengucapkan puji-pujian”
(Riwayat Muslim 2/978)
DOA ORANG YANG BERMUSAFIR KEPADA ORANG YANG BERMUKIM

‏ ‏ أَسْتَوْدِعُكَ اللَّهَ الَّذِي لاَ تَضِيعُ وَدَائِعُهُ

“Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah menghilangkan simpananNya”
Sohih (Sohih Ibnu Majah 2/133)

DOA ORANG BERMUKIM KEPADA ORANG YANG HENDAK BERMUSAFIR




‏أَسْتَوْدِعُ ‏ ‏اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

“Serahkanlah agamamu, amanahmu, penamat amalanmu  kepada Allah”
Sohih (Sohih At-Tirmizi 3/155)

زَوَّدَكَ اللهُ التَقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الخَيْر حَيْثُمَا كُنْتَ

“Semoga Allah menambah kepadamu ketaqwaan dan mengampunkan dosa kamu dan memudahkan kepadamu kebaikan di mana sahaja kamu berada”
Sohih (Sohih At-Tirmizi 3/156)

DOA  KETIKA TURUN DARI RUMAH UNTUK MUSAFIR ATAU SEBAGAINYA

‏ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ ‏ ‏التَّامَّاتِ‏ ‏مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang telah dijadikan”
(Riwayat Muslim 4/2080)
 Bertakbirlah Ketika Berada Di Atas Kenderaan Dan
 Bertasbihlah Ketika Turun Dari Kenderaan.

DOA MUSAFIR KETIKA BERMUSAFIR WAKTU SAHUR (PAGI)

‏ سَمِعَ سَامِعٌ بِحَمْدِ اللَّهِ وَحُسْنِ ‏ ‏بَلاَئِهِ ‏ ‏عَلَيْنَا رَبَّنَا صَاحِبْنَا وَأَفْضِلْ عَلَيْنَا عَائِذًا بِاللَّهِ مِنْ النَّارِ


“Telah mendengar pendengar dengan pujian bagi Allah dan kebaikan  ke atas kami, Wahai Tuhan kami jadilah Teman kami, anugerahkanlah kami kelebihan berlindung dengan Allah daripada Neraka”
(Muslim 3/2086)



(sumber : Di sini)