Sunday, November 29, 2009

Daging Korban


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kisah berlaku di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke kampung....

Ira : Banyak btol lembul musim2 raya aji ni.. Bertempiaran lari dari dikorbankan
Kak Long : Yer la, dapat sms td, ckp yg tiket air asia abis coz lembu beli untuk melarikan diri ke luar negara.
Ateh : Loyar buruk btol (dalam hati). Erm, bukanlah, lembu2 tu lagi suka untuk dikorbankan. Fitrah kehidupan, sesak dan perit menghadapi kematian.
Adjeng : Betul tu. Lembu lagi suka sbb dia suka orang makan daging dia...
Ateh : Apakah??? (Gelak)

Itu salah satu perbualan yang berlaku antara kami adik-beradik dalam suasana Hari Raya Korban ini. Di Kelantan, perayaan ini agak meriah berbanding di negeri-negeri lain. Bahkan Tok Guru telah mengarahkan semua pasar raya ditutup pada hari raya pertama ini. That's y hari tu agak terkejut apabila melihat KB MALL gelap gelita.

Penulis percaya, masih ramai di kalangan masyarakat kita yang belum benar-benar memahami nilaian daging korban itu sendiri. Di sini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak perolehan untuk manfaat bersama...


Hukum Korban

Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.

Waktu melakukan ibadah Korban

Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.

Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?

Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.

Pembahagian daging

Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).

Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?

Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir,

Bolehkah daging korban disimpan?

Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.

Sedekah pahala korban unuk Nabi

Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi

Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.

(sumber : http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/12/04/ibadah-korban/)

p/s : Pergi ke mana2 rumah terbuka, daging menjadi hidangan utama, perut sangat kenyang...lalala...alhamdulillah.

Wednesday, November 25, 2009

..Kata-kata...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s : Suka kata2 ini... alhamdulillah...('',).

Penat Yang Menggembirakan...

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah.... ahlan wa sahlan buat mata2 rantai perjuangan ISLAM...

Kepenatan ku yang sangat menggembirakan...

Khas buat adik2....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saudara,

Biarlah, banyak yang mengira menapaki jalan ini, jalan para Nabi, jalan orang-orang shalih, jalan para syuhada', jalan para pejuang dakwah, adalah beban yang sangat berat. Berat, karena harus banyak bertabrakan dengan kondisi yang berbenturan dengan keinginan. Berat karena selalu bersinggungan dengan realitas yang tidak sejalan dengan harapan. Berat karena melihat betapa kemungkaran begitu merajalela. Berat karena harus terus menerus berjalan melawan arus yang berbeda dengan kebanyakan orang...

Biarlah orang menyangka seperti itu. Karena sebenarnya kita justru merasakan kebalikannya. Kenikmatan, ketenangan, kebersahajaan, yang tak bisa dibayar oleh apa pun. Karena kita justru merasakan pengorbanan itu sebagai sumber kebahagiaan. Karena kita justru merasakan jerih payah dan kesulitan di jalan ini, sebagai kunci ketenangan hati. Karena kita justru merasakan peluh dan darah di jalan ini, adalah syarat meraih kesenangan yang amat mahal harganya di Syurga Abadi...

(p/s : Pesanan buat diri...Allahu rabbi...sangat takut akan cabaran di luar sana..)

Tuesday, November 17, 2009

Hati sayu..


Salam..hati makin sayu melihat makin ramai yang meninggalkan kolej ini. Adik-adik usrahku, Hajar yang terpaksa pulang awal, Hakemah juga...

Zurin, Hala, Afifah, Yanie, Masturah...masih setia di sini..lama rasa x bertemu muka. Makin sayu mengenangkan bakal meninggalkan kamu semua.....hehe..Anisah, kita berjaya menyelesaikan satu misi penting...tapi, pening juga, ada kes yang 'pending'. Huhu.

Hati sayu, akal banyak berfikir...Memikirkan perkara lepas, sekarang dan yg bakal ditempuhi..Penuh keberkatankah?? Atau hanya berlalu sia-sia sahaja...

Hanya luahan rasa...Namun, ayat-ayat cintaNYA berbicara.

Allah s.w.t. berfirman "Dan kenanglah kurnia kepada kamu dan ingatlah perjanjian yang telah kamu ikat dengan Dia ketika kamu mengatakan:kami dengar dan kami taat" (Surah Al-Maidah:7)
p/s :
Detik demi detik, bakal melangkahkan kaki pergi...
Menuju dunia luar penuh realiti,
Tiada seindah fantasi lagi,
Mencari hakiki di hujung maknawi,
Moga bergelar murabbi walau hanya pada diri..
Walau jalan penuh duri...
Menyelusur onak duniawi..
Moga sentiasa dalam redha Illahi..

Tunggu Aku



Salam..dalam simpanan untuk ditonton... KCB dh khatam dulu...

Wednesday, November 11, 2009

Apakah???

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah baru saja pulang dari Klang. Perjalanan separuh hari yang amat memenatkan. Pelbagai cerita menarik untuk dikongsi, namun belum bersedia untuk menaip panjang.

Balik dr Klang, kepala berat memikirkan banyak perkara. Kehidupan pada tahun depan untuk dilalui dalam memasuki dunia praktikum. Bila mana teori yang dipelajari harus dipraktikkan sepenuhnya. Persedian rohani dan jasmani perlu mantap. Melihat keadaan sekolah, pelajar-pelajarnya, selain kepada memikirkan kos kehidupan kawasan Klang yang amat tinggi. Kepala agak pusing memikirkan.

Namun, bertambah berat kepala memikirkan apabila terbaca satu petikan berita dari Harian Metro Online di bawah...

Majlis Ulama cadang haram pembesar suara untuk azan

KALIMANTAN: Majlis Ulama Indonesia cawangan Kalimantan Selatan semalam mencadangkan supaya penggunaan pembesar suara diharamkan sekiranya ia dianggap mengganggu orang ramai, walaupu digunakan untuk azan solat lima waktu.

Anggota majlis, Muhammad Noor, pensyarah di Institut Islam Antasari di Banjarmasin memberitahu agensi berita Antara, kumpulan ulama yang menghadiri perbincangan di Tabalong merumuskan, penggunaan pembesar suara, walaupun untuk tujuan baik, boleh mencetuskan pertelingkahan antara penganut Islam dan bukan Islam kerana bunyi bising dan menyebabkan kurang selesa. - Agensi (sumber : di sini)

Entahlah, x tahu nak cakap apa. Mungkin ada pro dan kontranya keputusannya begitu, namun jika dilihat syiar Islam itu semakin dikurangkan, apatah lagi di negara yang paling ramai umat Islam di dunia ini. ..Dunia sebetulnya semakin menuju ke akhirnya....

'Terdapat satu fenomena yang luar biasa tentang azan. Azan di dunia ini bersahutan tanpa henti dan akan terus berkumandang sehingga ke akhir zaman. Ada yang mengatakan bahawa jika berhentinya sambungan azan (salah 1 tanda besar kiamat), maka akan keluarlah yakjuj dan makjuj yang dikatakan akan menghancurkan dunia pada akhir zaman. Selagi azan berkumandang, tembok yang mereka gali akan tertimbus balik. Wallahualam.'



(sumber : YouTube)

Wallahu 'alam

(p/s : Alhamdulillah, setakat ni azan kat KHAR sentiasa berkumandang...)

Tuesday, November 10, 2009

Ummu Qais melawat nabi

UMMU Qais atau nama sebenarnya Aminah binti Muhsan. Beliau adalah adik-beradik dengan seorang sahabat Nabi Muhammad iaitu Ukasayah bin Muhsan.

Sejarah Islam menyatakan bahawa Ummu Qais adalah antara wanita yang awal memeluk agama Islam. Dia berasal dari Bani Asad. Sesudah dia memeluk Islam, dia tidak terlepas daripada menerima pelbagai seksaan yang kejam daripada pihak orang kafir Quraisy.

"Orang kafir Quraisy tidak henti-henti menyeksa orang Islam di Mekah. Mereka sebenarnya benci terhadap orang Islam," kata seorang perempuan Muslim.

"Memang benar. Mereka semakin mengganas. Sekiranya mereka tahu di antara kita sudah menjadi orang Islam, mereka akan seksa dan bunuh kita. Mereka sudah tidak berhati perut," kata Ummu Qais pula.

Sedang asyik mereka berbual tiba-tiba datang seorang anak kecil memberitahu mereka tentang perihal orang kafir Quraisy.

"Ibu, cepat sembunyikan diri. Saya lihat orang kafir Quraisy sedang menuju ke arah kawasan kita. Mereka ingin menangkap orang Islam," kata anak perempuan Muslim itu tadi.

"Mari kita sembunyikan diri di dalam rumah masing-masing," kata perempuan Islam itu.

Mereka bersurai meninggalkan tempat tersebut. Masing-masing menyelamatkan diri di rumah sendiri. Orang kafir Quraisy semakin mengganas. Melihat kepada kezaliman Quraisy, Nabi Muhammad meminta orang Islam berhijrah ke Madinah.

"Wahai para sahabat, berhijrahlah ke Madinah. Kalian akan aman di sana," kata Nabi Muhammad.

Ummu Qais dan orang Islam yang lain mula berhijrah ke Madinah. Mereka meninggalkan rumah masing-masing untuk mencari ketenangan beribadat di Madinah.

Ummu Qais adalah seorang wanita yang rajin mempelajari ilmu agama. Dia telah melaporkan sebanyak 24 hadis daripada Nabi Muhammad. Keluarganya sangat dihormati oleh Nabi Muhammad.

Pada suatu hari, Ummu Qais datang ke rumah Nabi Muhammad bersama-sama anaknya yang masih bayi. Kedatangan Ummu Qais ke rumah Nabi Muhammad di sambut baik oleh Nabi Muhammad dan isterinya.

"Silakan masuk," pelawa Nabi Muhammad kepada Ummu Qais dan anaknya.

Ummu Qais dan anaknya masuk ke rumah Nabi Muhammad. Isteri Nabi Muhammad ada bersama di rumah itu.

"Silakan duduk," pelawa isteri Nabi Muhammad.

"Biar saya yang dukung bayi ini," kata Nabi Muhammad. Bayi itu dibawa masuk ke bilik Nabi Muhammad.

Isteri Nabi Muhammad berbual panjang dengan Ummu Qais. Dia dilayan dengan baik.

"Awak sudah makan?" tanya isteri Nabi Muhammada kepada Ummu Qais.

"Belum," jawab Ummu Qais.

Kemudian isteri Nabi Muhammad membawa makanan untuk tetamunya itu. Sedang asyik mereka berbual, tiba-tiba anak Ummu Qais menangis. Rupa-rupanya bayi itu membuang air kecil. Najisnya terkena baju Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, "Bayi ini sudah melepaskan hajatnya".

Ummu Qais dan isteri Nabi Muhammad tersenyum melihat kejadian itu. Kemudian Nabi Muhammad berkata, "Berikan saya air".

Tanpa membuang masa, isteri Nabi Muhammad mengambil sebekas air yang terdapat di dapur rumahnya itu. Kemudian Nabi Muhammad mengambil air itu lalu menyiram air tersebut ke atas bajunya yang terkena najis bayi itu. Nabi Muhammad terus sahaja memakai baju itu tanpa mencucinya terlebih dahulu.

Begitu terperinci cara Nabi Muhammad mengajar wanita mencuci najis seorang bayi. Islam tidak membebankan seseorang dalam melaksanakan ibadatnya.

Selain itu, Nabi Muhammad juga bersikap baik terhadap anak yang masih kecil. Anak adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Anak perlu dijaga dan didik dengan baik.

Ummu Qais adalah seorang ibu yang baik dan penyayang. Dia amat mengambil berat terhadap kesihatan anaknya. Semasa anaknya sakit, dia telah berjumpa dengan Nabi Muhammad bagi mendapat nasihat rawatan penyakit anaknya itu.

Anaknya mengalami sakit kerongkong. Lalu Ummu Qais menggunakan lintah dan diletakkan di leher anaknya.

Nabi Muhammad berkata, "Mengapa awak menyakiti anak awak dengan menggunakan lintah? Awak boleh guna kayu gaharu iaitu sejenis kayu dari India. Kayu itu boleh mengubati pelbagai jenis penyakit".

Ummu Qais mengikuti nasihat Nabi Muhammad. Ummu Qais merupakan wanita yang memiliki umur yang panjang. Sepanjang hidupnya dia banyak melakukan amal ibadah kepada Allah.

(SUMBER : BICARA AGAMA, UTUSAN MALAYSIA ONLINE 10/1/09)

p/s : Sungguh indah pekerti Rasulullah SAW. Mentarbiyah masyarakat sekeliling pernuh hikmah...

ZIarah Tariq

Alhamdulillah pagi tadi selesai sudah paper last untuk final exam semester ini. Kinetic Chemistry; tidak dijangka soalan yang diberi begitu ‘simple’. Namun bak kata kawanku, salah sedikit akan mempengaruhi markah kerana markah keseluruhan untuk paper td adalah 30 markah di mana ianya perlu dinisbahkan kepada 50 markah. Selebihnya adalah markah ‘coursework’.


Survey

Selesai saja exam, terus berbincang ngan rakan2 sekelas untuk membuat perancangan ke Klang untuk ‘survey’ rumah sewa serta sekolah untuk menjalani praktikum nanti. Hari Rabu disepakati sebagai hari yang sesuai untuk ke sana. Insya Allah, moga ALLAH permudahkan perjalanan ke sana nanti. Ini boleh dikatakan sebagai permulaan kepada cabaran yang bakal dihadapi apabila keluar nanti.


Rumah Sewa

There’s no more college. Huhu.. I’ve been staying in college for seven semesters. So, can’t imagine my life’s going through when staying at rent house. Quite challenging!!!


Perjalanan

Apa yang ingin aku kukongsi di sini ialah kisah yang berlaku pada ‘study week’ yang lepas. Baru berkesempatan untuk berkongsi di sini. Aqilah dan Akma telah membuat perancangan baik punya untuk menziarahi Kak Nurul dan anaknya, Muhammad Tariq Ziyad yang selamat dilahirkan pada 17 Oktober 2009 di Klang. Memandangkan Ija ada keta Vivanya, maka kami tiada masalah kenderaan untuk menuju ke destinasi. Hanya berkongsi duit minyak, duit tol dan duit untuk membeli hadiah.


28 Oktober 2009

Hari yang dijanjikan tiba. Asalnya berjanji untuk berkumpul jam 9.00 pagi, namun kami bergerak jam 10.00 pagi kerana ada yang terlewat bangun..(hehe, sapa tu??). Maka, Viva putih meluncur laju dengan gembiranya. Berpandukan mesej yang diberikan, kami mencari exit ke kiri to Kuala Selangor. Dalam kereta, mmg kalut memandangkan ini adalah pengalaman pertama kami ke Klang. Oleh kerana pandangan kami dihalang oleh lori2 besar di sebelah kiri, maka kami terlepas lorong ke Kuala Selangor itu, lebih kurang 200 meter juga kot. Kereta dihentikan di sebelah kiri jalan. Syura dijalankan maka kami membuat keputusan untuk ’reverse’. Memandangkan kelima-lima daripada kami adalah pelajar Kimia yang belajar Kinetic Chemistry dengan Dr Salihan, maka adalah perlu untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam ’reversible reaction’. Sangat berisiko kerana lori-lori dan treler bergerak laju di sebelah kanan kami. Jika tersilap langkah, bayangkan apa yang berlaku (Nauzubillah). Ada beberapa kereta yang meng’hon’ kereta kami agar tidak membuat ’reverse’. Apapun, kami telah tekad. Dengan kepakaran akma memandu, kami berjaya. Tahniah!


Masuk je ke lorong itu, kami sesat memandangkan tidak terserempak dengan papan tanda. Maka dengan penuh tawakal kami menuju sahaja ke hadapan, sehinggalah berjaya sampai ke Klang. Setibanya di Klang, kami sepakat untuk mencari shopping complex memandangkan hadiah untuk Tariq belum dibeli. Kami singgah sebentar di Klang Parade, kemudian setelah itu kami bergerak ke 7Eleven untuk membeli makanan sementara menunggu suami kak nurul datang. Alhamdulillah akhirnya, sampai juga kami di rumah Kak Nurul. Terubat segala kepenatan melihat senyuman Kak Nurul serta wajah comel Tariq yang nyenyak tidur.


Kami ...Reunited


Pasangan Muda

Melihat kehidupan Kak Nurul, aku sangat berbangga melihat kegigihan pasangan muda ini. Dalam keadaan berpantang, Kak Nurul dilihat banyak berdikari tidak seperti ibu-ibu lain. Emak kak Nurul hanya sempat datang menjaganya sekejap sahaja memandangkan adik-adik k.Nurul yang masih kecil di Kelantan memerlukan perhatian juga. Kak Nurul dan suami sangat tegar menjalani hidup sebagai pasangan muda. Hidup di negeri seperti Selangor yang taraf hidupnya tinggi membawa kepada kegigihan sang suami berpenat lelah bekerja dalam menyara hidup apatah lagi si isteri masih lagi belajar. Tambahan pula apabila hadirnya ahli keluarga yang baru. Itulah harga yang perlu dibayar namun kebahagiaan menjadi pengubat segalanya.


Nurul Munirah Md Nordin

Mengenali insan ini lantas bergelar sahabat merupakan sesuatu yang sangat berharga. Apatah lagi kami sama-sama berjanji setia untuk meneruskan perjuangan ini. Ianya semakin terikat apabila kami sama-sama membuat keputusan untuk memohon jawatan JMK dan seterusnya sama-sama terpilih. Kami pada ketika itu menjadi penghuni pertama kepada rumah tinggalan TNC HEPA yang sangat cantik (ada grill, dinding ber’wallpaper’, bilik yang berkarpet serta satu bilik kosong sebagai ruang dapur). Rumah 3-5-12. kami berenam menjadi semakin rapat apatah lagi Ibu Nurul ini sangat keibuan sifatnya. Suka memasak untuk kami, menjadi tempat meluah masalah dan sebagainya. Walaupun ada ketikanya ada juga perkara yang aku dan KN tidak sehaluan pendapat. Sungguh indah memori itu. Susah senang bersama apatah lagi banyak berkongsi masalah serta penat lelah dalam memegang jawatan. Riang gembiara, jerit perih, keluh kesah, air mata dan esak tangis menghiasi rumah itu.


Banner Kak Nurul PRK 2007


Calon PRK

Antara detik yang tidak dapat dilupakan bila mana K.Nurul menjadi calon PRK. ALLAHUAKBAR! Taklifan yang besar diterima dengan hati yang pada mulanya amat berat namun akhirnya redha. Menjadi calon bukan dari golongan ’pilihan’ itu sungguh mencabar. Aku melihat sendiri kesusahan itu. Namun, aku juga melihat kegigihan itu. Bertanding atas tiket ’bebas’, melawan jentera ’golongan’ itu yang penuh mehnah dan tribulasi. Menerima sms dan panggilan telefon ugutan, dieekori oleh kenderaan yang tidak dikenali semasa pulang dari rapat umum di Proton City, fitnah dan cacian melata, tidak melemahkan semangat itu. Walaupun kalah, tapi Kak Nurul berada di tempat keenam dalam kerusi umum, yang bermakna beliau antara calon yang menerima undi terbanyak. (itupun setelah UPSI buat pertama kali menggunakan e-voting yang amat diragukan ketelusannya). Namun, PRK kali itu adalah tapak pada persediaan menghadapi PRK seterusnya. (Demam PRK bakal bermula???)




Tariq Ziyad

Semoga dewasamu menjadi pahlawan agama sehebat Tariq bin Ziyad. Ada harapan dari kedua ibu bapa atas kelahiranmu. Aku tahu harapan Kak Nurul pada kelahiran bayinya itu yang insan lain tidak mengerti. Semoga semangatmu juga setabah ibu dan ayahmu, Muhammad Tariq Ziyad!!!


[Tariq bin Ziyad mengumpulkan tenteranya di Gibraltar (jabal Tariq) dan berteriak dengan penuh semangat, "di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid. Dan kita takkan pulang sebelum mencapai matlamat itu!".

Dengan kata-kata itu, Tariq bin Ziyad berjaya meniupkan semangat tenteranya untuk menentang 100 ribu tentera Gotik . Tambahan lagi, Tariq bin Ziyad telah membakar kesemua kapal yang mereka gunakan supaya askar-askarnya dapat berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Tujuan kedatangan Tariq bin Ziyad yang pada mulanya merupakan pasukan peninjau terus berjihad untuk menang dalam sesuatu peperangan ataupun syahid di medan perang.]


(p/s : Tariq, you can call me Kak Teh, since I'm still young..hehe)


Sunday, November 8, 2009

...A minute...

Assalamualaikum wbt...

Berehat sebentar bersama blog... Alhamdulillah, baru je selesai study... Last review before tomorrow... The last paper in UPSI as degree student... Kinetic Chemistry...

Hipotesis :- Semakin banyak study, semakin banyak rasa yang belum di 'review'.
Hipotesis itu dilihat benar pada situasiku. Dahulu, pada zaman kesibukan, study betol2 last minit, kali ini pon last minit, tapi tak seperti dulu. Benarlah, apabila kuantiti dikira berbanding kualiti. Walau apapun, aku doakan segalanya dipermudahkanNYA~

Sedikit sebanyak lebih bersedia berbanding dulu....

Dalam kesibukan mengejar nikmat dunia, usah dilupakan kebahagiaan akhirat. Kadang-kadang terfikir, mampukah kita bermujahadah seperti sekarang pada perkara-perkara ukhrawi?

Persoalan dilontarkan pada diri sendiri...Tak mampu untuk dijawab...



p/s : Menghitung hari untuk melangkah pergi.. Cabaran lebih hebat menunggu..

Friday, November 6, 2009

Aku dan Buku..


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah baru saja selesai baca buku ni..Detik Detik Masa dalam Kehidupan Muslim karangan Dr Yusof Qardhawi. Banyak input yang diperoleh dari buku ini. Betapa pentingnya umat Islam perlu menjaga masa...

Dalam tinggal satu paper saja lagi iaitu 9hb ni, mencuba juga untuk habiskan buku ini... Buku ini sangat sesuai untuk kepada org seperti aku yang tidak pandai mengurus masa sebaiknya. Sudah banyak masa yang dipersiakan sepanjang 22 tahun bernafas di bumi Allah ini.


Kewajipan Muslim terhadap Masa

Masa amat penting di dalam sepanjang hidup manusia. Oleh itu setiap muslim berkewajipan menjaga masa-masanya dengan penuh teliti supaya masanya itu dapat dipertingkatkan lagi prestasi keimanan, amalan dan pelaksanaanya.

Rasulullah SAW ada mencaritakan sedikit mengikut apa yang terdapat dalm kitab Nabi Ibrahim A.S. :-

Sewajar setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masa-masanya kepada empat waktu :-

1. Waktu untuk dia bermunajat (berzikir) kepada Tuhannya
2. Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya
3. Waktu untuk dia berfikir tentang barang-barang ciptaan Allah
4. Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya, seperti mencari makan dan minum


Betapa wajarnya setiap manusia membahagikan masanya. Golongan yang menghargai masa kelihatan lebih sibuk dari orang yang berjawatan, kerana tugas mereka itu lebih banyak hinggakan kewajipan yang perlu dilaksanakan tidak mencukupi dengan masa yang terhad itu.

Buku ini begitu menekankan kepentingan masa itu sendiri. Banyak lagi perkara yang kita tidak sedar tentang masa ini. Masa juga adalah makhluk ALLAH.


Penghitungan Diri
Adalah juga menjadi kewajipan manusia untuk bermuhasabah segala kerja buatnya pada setiap hari. Penghitungan ini amat baik jika dapat dibuat setiap hari sebelum tidur di waktu malam. Muhasabah berdasarkan tahap bahagian nafsu amatlah sesuai, dengan melihat sejauh mana kita sudah mampu mendidik nafsu kita sendiri.

Nafsu manusia terbahagi kepada 3 bahagian :-

1. Nafsu Ammarah Bissu' : iaitu nafsu yang sentiasa bergelumang dengan dosa
2. Nasu Lawwamah : iaitu manusia yang terkadang dia melakukan dosa dan terkadang dia bertaubat serta berbuat baik
3. Nafsu Mutmainnah : iaitu yang senantiasa beriman dan berbuat baik

Sayyidina Umar Al-Khattab telah berwasiat :

Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, Timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang.

Di setiap malam, Sayyidin Umar memukul kakinya seraya bertanya pada dirinya sendiri : "Apakah yang kamu buat pada hari ini?".

Wallahu 'alam...

p/s :- Sedikit sebanyak perkongsian tentang buku ini. Buku seterusnya, Tundukkan Hatimu karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz..

Apabila Kijang bertemu Rusa


Assalamualaikum wbt...

Sedikit ingin mengulas tentang perkembangan sukan tanah air, hehe... Minat sukan, tapi x minat bersukan walaupun pernah jadi Exco Sukan...hahaha...

Apa yang ingin dikongsi di sini ialah tentang perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung esok antara Kelantan dan Negeri Sembilan.

Sudah tertentu amat berbangga kerana Kelantan buat julung kalinya berjaya melangkah kaki ke peringkat akhir. Mengikut sejarah, Kelantan tidak pernah memenangi piala ini berbanding Negeri Sembilan yang pernah sekali memenanginya pada tahun 1948 lalu.

Merujuk kepada ulasan-ulasan dalam akhbar-akhbar hari ini, ramai yang menjangkakan N9 akan berjaya membawa pulang piala tersebut. Maka. dengan ini saya meletakkan Kelantan sebagai pasukan 'underdog' untuk memenangi perlawanan ini. Agar tidak kecewa walaupun kalah, hehe.

HABUAN KEMENANGAN
Bercakap tentang habuan, kedua-dua pasukan sudah disediakan dengan pelbagai habuan setelah berjaya memasuki perlawanan akhir. Apatah lagi jika memenanginya. N9 sebagai contoh telah dijanjikan dengan habuan berjumlah RM 100,000, serta pelbagai lagi. Bagi Kelantan pula, benarlah kata-kata Tok Guru bahawa kerajaan negeri Kelantan akan menyediakan habuan yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini. Kerajaan Kelantan telah menghadiahkan pakej umrah serta wang perbelanjaan untuk semua pemain pasukan ini. Salah satu tugas dakwah juga tu. Memang Tok Guru juga adalah antara pemimpin yang berfikiran 'out of the box'.

SUKAN
Aku meminati semua jenis sukan yang diminati oleh abangku kecuali American Football dan golf. Huhu.. Sejak kecil lagi, aku akan menuruti segala apa yang diminati oleh satu-satunya abang yang aku ada di dunia ini, Mohd Nahiz Shuyuti. Pasukan F1 Ferrari (Michael Schumacher), Valentino Rossi (GP 500cc), Manchester United, pasukan bola sepak Brazil, dll lagi. Semasa kecil, aku pernah dibawa oleh buya ke Stadium Kelantan untuk menyaksikan perlawanan bola, huhu.. Masa tu x tahu apa2 lagi...

ABANGKU
Buat abangku, rasa agak terkilan tidak dapat pergi ke konvokesyennya di UTM, Skudai pada 21hb November nanti. (Dia konvo kat UTM coz dia last batch before ATMA dinaik taraf kepada UPNM, last batch juga yang degree nya attach with UTM). Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan lagi di sini, tapi amat sedih juga. Katanya kemungkinan dia tidak dapat balik Raya Haji nanti memandangkan kena masuk hutan. Abangku kena masuk hutan untuk menyelesaikan latihannya sebelum ditauliahkan pada bulan Disember nanti untuk bergelar Kapten Mohd Nahiz Shuyuti. Apapun, aku akan pastikan untuk dapat menghadirkan diri pada pengtauliahannya nanti.. Insya Allah....

Tahun 2005 : Hari pertama pendaftaran abangku di ATMA, Sg Besi

My Brother, the Winner of Light Weight Cathegory... Sapa mau lawan??

-Juara Light Weight, sbb makan banyak tapi x gemuk ~

Juara Heavy Weight & Juara Light Weight

(p/s : Entry bercampur baur sedih dan gembira. Teringat membesar bersama abang bersama-sama, Taski Al-Hilal, amik PMR, SPM pada tahun yang sama(kerana beliau peralihan setahun), tusyen tempat sama, lepas SPM, berpisah apabila aku masuk matrix, dan dia ke ATMA--> jarak umur kami hanya 11 bulan. Kerana itu agak rapat. Dia banyak berkorban untuk adik-adiknya. Sampai sekarang lum berkesempatan wat lesen kerana terlalu busy. Lepas SPM, dia bagi peluang kepadaku untuk ambil lesen kereta dahulu kerana pada masa itu, kami bukanlah senang sangat..)

Thursday, November 5, 2009

Sanah Helwah ya Ukht

Kek Birthday...

Puding Koktel (Mas Haliza buat) --> kek besday wana...hehe

Salam...

Nak juga post sal entry ni... Hehe... Semalam geng2 kami jemaah surau wat surprise kat sorang tu, yg namanya Ani Una...Birthday dia smlm...

Yang lawaknya, malu plak nak potong kek...hehe...

Hepi sbb merapatkan ukhwah kami..Kdg2 ada juga yg lum kenal, so bila ada 'function' ni, terasa terpupuknya ukhwah itu...

Thanx to all yang menjayakannya... Buat tuan punya badan, Cik Anisah Husna Ismail, semoga makin tabah melayari liku2 hidup... Dah umur 22 tahun, kna 'mature' sket...Haha...

p/s : Ingat tu, birthday kita terbalikkan.. hehe...4/11 dan 11/4...

Ini Kisah Kami....

Kembara IPT di UM

Program Kembara IPT

Kak Moon n Kak Ijey


Raya 2009




K.A.M.I


Kak Sue n Kak Moon

MENARA '04


Masa form 3...kat stadium, nak p tgk konsert


Program di Ambang Menara Gading (MENARA '04)

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah..... masih mampu menaip di sini.. Walaupun timbul kemalasan untuk menulis. Namun agak cemburu melihat blog rakan2 yang di 'update'. Kali ini, tiada mood untuk menulis tentang apa2 melainkan tentang kisah persahabatanku.. Sahabat-sahabatku yang kukenal sejak di Maahad lagi..Sungguh bertuah bergelar Maahadian, hingga sekarang masih terkenang kisah ketika di sekolah. Kisah suka duka bersama teman-teman seperjuangan...Moga sentiasa kekal di ingatan...


Entah kenapa tiba2 rindu itu menggamit..Tambah plak bru sahaja chat ngan KakIjey, berbual bicara kisah lama serta tentang kehidupan masing2 sekarang. Persahabatan itu x kan terhenti, walau banyak perkara yang berlaku. Aku di sini, kerana kamu juga di sana sentiasa mendoakanku. ingatlah sahabatku, aku tetap sahabatmu yang dulu. Aku lebih dulu mengenal erti persahabatan bersama kamu, sebelum menjejakkan kaki ke matriks dan U...


Terkenang juga kenangan bila mana kami sama2 menyertai Kem Di Ambang Menara Gading anjuran ABIM dan PKPIM. Dan selepas itu, geng2 kami dipanggil oleh Abg Afzan untuk menjadi jawatankuasa penaja untuk menubuhkan Ikatan Menara Darul Naim (IMDAN) di mana aku telah dilantik sebagai SU/ . Dan dari situ, IMDAN sempat menganjurkan beberapa program antaranya iaitu Kembara Menara Gading ke UIA, UM, ke pejabat ABIM. Kami juga sempat menjadi fasi dalam Kem Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Islam ABIM Al-Hikmah. Sungguh indah kenangan itu.
Video Kembara IPT oleh Abg Afzan..


Buat sahabat-sahabatku....
Aku bukanlah insan yang sentiasa menyampaikan khabar berita, namun namamu x pernah lekang di bibirku kala berdoa...Moga ALLAH sentiasa merahmati kalian semua... Ingatlah, ikatan ini hnya terhenti tika maut yang menoktahkannya...

Sunday, November 1, 2009

Faiza azamta, fatawakkal 'alallah




Assalamualaikum....


Alhamdulillah...masih bernafas pada hari ini. Sempat join sekejap halaqah sahabatku bersama adik2..walaupun diisi dengan tidur sejenak..hehe... Esok, insyaALLAH, bermulanya hari pertama peeperiksaan akhir bagi semester 1 sesi 09/10. Paper ku juga bermula esok, Organic Synthesis... Sudah bersediakah aku???


Sudah pasti sahabat2 semua juga sudah melakukan persiapan yang rapi, sama ada dari segi ilmu, mental dan fizikal... Maka, setelah itu, perlulah kita untuk tawakkal... Tawakkal setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh... Sepenuh pengharapan ditaruh kepada ALLAH SWT agar usaha yang dilaksanakan membuahkan hasil yang setimpal. Dan kita meletakkan sepenuhnya pergantungan kita kepada ALLAH... Bukan kepada banyak mana nota yang dibaca, banyak mana past year yang dijawab dll lg. Di sini saya ingin berkongsi artikel tentang tawakkal ini... Ayuh Baca!




Tazkirah Remaja: Tawakal selepas buat pelaksanaan rapi
Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh


KITA merancang tetapi Allah menentukan. Begitulah lumrah kehidupan sebenar dan tidak hanya menyerahkan 100 peratus melalui doa tanpa melakukan sebarang tindakan atau usaha.

Kita disuruh berikhtiar tetapi yang menentukan adalah Allah. Selepas merancang, segala ketentuan itu mesti diterima dengan hati terbuka.


Itulah yang dinamakan tawakal. Sebenarnya tawakal terletak selepas seseorang melakukan perancangan serta berusaha kemudian disusuli dengan bertawakal.

Umat Islam dulu cemerlang kerana kehebatan mereka merancang dan berfikiran ke hadapan. Rasulullah sendiri amat mementingkan perancangan rapi sebelum melakukan segala pekerjaan. Misalnya, sebaik tiba di Madinah, baginda segera meletakkan dasar bagi membentuk pemerintahan Islam pertama di dunia.

Ketika itu baginda mula membina masjid sebagai sebagai tempat beribadat, bermesyuarat, tempat pertemuan seluruh umat Islam selain menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar.

Selepas itu, baginda mengadakan perjanjian dengan golongan Yahudi dengan meletakkan dasar perundangan Kota Madinah supaya setiap orang mengetahui kedudukan dan hak mereka dalam masyarakat.

Sama juga yang dilakukan Rasulullah pada malam hijrah, malam Aqabah dan peristiwa di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Semua itu membuktikan Islam amat mementingkan perancangan yang rapi.

Al-Quran sejak berabad lagi menggalakkan umat manusia bekerja menurut perancangan. Contohnya, al-Quran menceritakan utusan Raja Mesir datang kepada Nabi Yusuf di penjara meminta baginda mentakwilkan mimpi. Dia berkata; "Yusuf, wahai orang yang amat dipercayai, terangkan kepada kami (mimpi) tujuh lembu betina yang gemuk dimakan oleh tujuh lembu betina yang kurus; dan tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh lainnya yang kering (terangkanlah takwil mimpi itu) agar aku kembali kepada orang-orang (yang mengutus itu), semoga mereka akan mengetahuinya." (Surah Yusuf, ayat 46).

Apabila berdepan dengan tugas itu, Nabi Yusuf tidak hanya mentakwilkan mimpi saja, bahkan baginda turut memberi petunjuk supaya membuat perancangan bagi mengatasi kesukaran dan bahaya kelaparan yang diramalkan akan menimpa Mesir.

Baginda mencadangkan beberapa langkah positif yang perlu diambil bagi menghadapi kesukaran itu.

Al-Sayyid Qutb dalam kitabnya 'Tafsir Fi Zilal al-Quran mengatakan, Raja (Mesir) meminta huraian erti mimpinya tetapi pegawai kerajaan dan ahli nujum tidak sanggup menghuraikan erti mimpi itu kerana menganggap ia petanda buruk bakal berlaku.

Sebaliknya, bagi menunaikan kehendak raja berkenaan, mereka memperlihatkan apa saja yang dapat menyenangkan raja dan menyembunyikan perkara yang menyedihkan.

Mereka menghindari dari berbincang mengenai mimpi itu dengan mengatakan mimpi itu kosong dan tidak mempunyai erti.

Sikap Nabi Yusuf berlainan kerana baginda tetap mentakwilkan mimpi raja itu kemudian menasihatinya dengan cadangan serta langkah sesuai bagi mengatasi petanda buruk yang diramalkan itu.

Antara langkah-langkah yang dicadangkan Nabi Yusuf iaitu menggiatkan lagi pekerjaan yang sedang dilakukan serta menetapkan jangka waktu diperlukan.

Kedua, perlu bersungguh-sungguh melakukan kegiatan pertanian dalam jangka masa tertentu.

Ketiga, berusaha meningkatkan pengeluaran selain bekerja keras terus menerus.

Berdasarkan cadangan itu, betapa pentingnya cara penyimpanan yang baik untuk menjaga keutuhan hasil bumi dan kepentingan menyimpan.

Cara hidup berekonomi, tidak boros dan tidak berlebih-lebihan kerana Islam adalah agama yang mementingkan prinsip keseimbangan, menolak sifat bakhil dan mengharamkan pembaziran atau menggunakan harta untuk perkara yang tidak bermanfaat.

Dalam perancangan mengatasi kesulitan yang ditunjukkan Nabi Yusuf, terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu berhati-hati dalam membelanjakan harta dan tidak melakukan pembaziran.

Perbelanjaan ditentukan kepada keperluan utama seperti dikatakan Nabi Yusuf, "Kecuali sedikit untuk kamu makan." (Surah Yusuf, ayat 47).

Baginda memberi petunjuk mengenai keharusan menggunakan harta simpanan dengan cara sebaik-baiknya, terutama ketika menghadapi kesulitan.

Hasil pemikiran dan perancangan Nabi Yusuf itu adalah berdasarkan petunjuk Allah kepadanya, maka umatnya terhindar daripada bencana kelaparan dan dapat mengatasi malapetaka besar.

Demikian ilmu perancangan yang tercatat di dalam al-Quran untuk kepentingan umat manusia umumnya dan kesejahteraan umat Islam khususnya.

Oleh itu, Islam bukan agama yang mengajar orang berfikir secara membuta tuli atau bertawakal tanpa alasan (bukan bertawakal dalam erti kata sebenar).

Islam adalah agama yang mengajar manusia memerhati dan mempelajari dengan teliti terutama perkara berkaitan soal pengeluaran, penggunaan dan keperluan material lain dalam kehidupan.

Sesuatu pekerjaan atau projek, sama ada besar atau kecil tidak berjaya dilaksanakan dan tidak terjamin pencapaiannya sekiranya dilakukan tanpa perancangan rapi.

Semua undang-undang Islam sama ada yang bersifat ibadat atau muamalat, mempunyai dasar dan kaedah bagi dipraktikkan dalam kehidupan kita.

Jika ada suara yang mengatakan Islam tidak mementingkan perancangan sama sekali berlawanan dengan anjuran al-Quran dan tindakan yang dilakukan Rasulullah.


(sumber : Harian Metro Online)