Tuesday, August 31, 2010

Maklumat dari emel : Beware!!!

Assalamualaikum wbt..

Saya nak kongsi emel yang saya dpt. Sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga buat teman-teman di luar sana. Saya tidak pasti akan kebenaran emel ini tapi yang pastinya, tidak salah untuk kita ambil langkah berjaga-jaga. Apatah lagi di musim perayaan ini.

____________________________________________________________________________
DO NOT STOP!!! 
 
cid:image001.jpg@01CB4397.4ECD6F40
 

For your information. (Very Urgent) 
 
If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a 
bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking 
for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, 
remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or 
holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly 
to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been 
reported in about 40 cases in Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jaya 
and Klang Town police stations (actually around the whole country). 
 
These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to 
commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop 
the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob 
you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone. 
Please forward this message to the people you care about. 
 
Dr Jeyashree Srinivasan 
Island Hospital

This email, including any attachments, is confidential and for use only by intended recipient(s) for the purpose for which it has been sent. Its contents may be privileged and if you are not the intended recipient of this email, you must not use, disseminate, print or copy this email or any part of it or take any action in reliance on it. If you have received this email in error, please contact the sender immediately by return email or telephone and delete/destroy the message. We do not accept liability for any corruption, delay, interception or unauthorized amendment of the e-mail or their consequences.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan : Merdekakah Kita??

Assalamualaikum wbt

Kredit gambar : Google

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup udara segar hari ini. Hari bertuah 22 Ramadhan bersamaan 31 Ogos 2010 yang merupakan hari kemerdekaan negara kita. Sudah 53 tahun kita meraih kemerdekaan. Tetapi timbul persoalan di benak fikiran; MERDEKAKAH KITA?

Sunday, August 29, 2010

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari


www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Zulhafidz
Editor: kasihsayang



Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Saturday, August 28, 2010

I miss this trio



Assalamualaikum wbt

Hari ne tiada apa yang nak dikongsi. Hanya posting santai. Tentang gambar di atas, mereka bertiga adakah teman seperjuangan saya. Mereka gandingan terhebat, sangat cocok kombinasi nya. Dua tiga hari ini banyak berhubung dengan mereka untuk berbincang tentang beberapa perkara.

Apa yang pasti ianya mengingatkan ku tentang jatuh bangun saat dulu. Till now, we fight till the end. Banyak kesusahan, memori jatuh bangun bersama. Thanx to them. They show me the shining colours of friendship and fight.

JMK 08/09

JMK 07/08
P/S : Sekadar mengimbau memori lalu

Thursday, August 26, 2010

Bila IMAN tidak lagi di hati.

Assalamualaikum wbt

Salam 16 Ramadhan, sudah menjengah separuh kedua Ramadhan. Ramadhan kian berlalu, mampukah kita mengejar fadhilatnya? Sama-sama kita mencuba sehabis mungkin.

Kembali kepada tajuk entry di atas. Seperti yang kita sedia maklum, paparan akhbar akhir-akhir ini banyak berkisar tentang kejadian yang menggerunkan. Sembelik anak, sumbang mahram, perdagangan manusia, buang bayi, simbah asid, orang Islam minum arak tanpa segan, dan banyak lagi.

Wednesday, August 25, 2010

Santai di pagi 15 Ramadhan

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang 
sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan 
berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. 
Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh 
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak 
samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg 
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah 
tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah 
pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik 
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang 
bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan 
syahwat)adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). 
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci 
(bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) 
atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa 
dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya 
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh 
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At 
Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang 
mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya 
orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah 
orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Tuesday, August 24, 2010

NASIHAT KEHIDUPAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran



sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat..............

Sampai bila harus begini?

Assalamualaikum wbt..

Semalam aku menangis lagi... Potongan demi potongan bagaikan menghiris, menitiskan air mata ini. Aku cuba bertahan namun tiada gunanya.

Monday, August 23, 2010

Realiti orang kita

Assalamualaikum wbt

Salam 13 Ramadhan. Alhamdulillah, dh 13 hari berpuasa lagi 2 hari akan menjengah separuh Ramadhan. Teringat kata-kata imam di masjid beberapa hari lepas. Beginilah orang kita, belum sampai separuh Ramadhan, dah separuh kosong saf untuk solat terawikh. Nanti dah masuk separuh kedua Ramadhan, entah berapa saf yang tinggal.

Ada salah satu pengisian solat terawikh beberapa hari lepas, ustaz ada cakap kita orang Melayu kena selidik kembali cara kita sambut Ramadhan dan sambut hari raya. Orang kita menangis bila nak raya kerana sedih dengar lagu raya, tapi sahabat2 Nabi SAW menangis bila nak raya kerana berlalunya Ramadhan. Orang kita gembira nak raya kerana dah x perlu berpuasa menahan lapar, tapi sahabat2 dahulu gembira beraya kerana meraikan hadiah ketakwaan serta tarbiyah Ramadhan untuk menghadapi 11 bulan yang berikutnya.

Mungkin ada yang berkata, kita tidak layak jika nak dibandingkan dengan golongan sahabat ini; ya itu memang benar tapi ingatlah golongan sahabat ini jugalah yang mencemburui kita sebagaimana kisah berikut :-

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

Wallahu 'alam



Sunday, August 22, 2010

Ihya Ramadan: Membazir masa antara kesilapan ketika Ramadan



 Assalamualaikum wbt.


Hari sudah masuk 12 Ramadhan. Bagaimana dengan Ramadhnan kita? Tadi tazkirah dekat masjid, ustaz tu cakap kita kena muhasabah bagaimana Ramadhan kita setiap hari. Jadi, ayuh kita muhasabah terutamanya dari segi masa kita. Masa di akhir zaman ni memang pantas beredar. Jadi, sementara masih sempat ni, ayuh kita tengok balik antara kesilapan ketika Ramadhan iaitu membazir masa. Artikel ini saya peroleh dari ruangan agama Berita Harian Online. (Sumber : klik sini)

Saturday, August 21, 2010

WAHAI DIRIKU MENGERTILAH



Diriku, 
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, 
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri, 
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, 
Tersentuh dengan daulat-Nya 
Merasa terpikul amanah ad-deen ini. 
Bukan kerana kau berjemaah, 
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya. 

Diriku, 
Seringkah kau mencari jalan, 
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya, 
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya, 
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu. 

Ketahuilah diriku, 
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang, 
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya, 
Terlalu banyak kurang & salahmu. 

Diriku, 
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang.. 
Muhasabahlah dirimu kala sunyi, 
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan, 
Padanya ada bekalan 
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini. 

Diriku, 
Pada nawafil & amalan sunat 
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu, 
Pada qiamullail di keheningan malam, 
Bersama bisikan doa & munajatmu, 
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu, 
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya, 
Di situ ada bekalnya... 
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat, 
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie. 

Diriku, 
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah, 
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat, 
Ada ketenangan dan kekuatanmu. 
Diriku, 
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja, 
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati, 
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit, 
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati. 

Diriku, 
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu. 
Namun rasailah kekerdilan dirimu 
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya. 
PASAKKA

Friday, August 20, 2010

Santai di petang hari

ISLAM menganjurkan kita bersedekah apatah lagi di bulan RAMADHAN ini. 

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan

p/s : Ayuh banyakkan sedekah...

Moreh dan terawikh

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, kita sudah menjengah 10 Ramadhan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Fasa rahmat pada 10 hari pertama telah berlalu. Betapa kita merasai rahmat dan kasih sayang ALLAH dengan kehadiran Ramadhan ini.Dan malam ini akan masuklah fasa kedua iaitu maghfirah yakni keampunan. Seharusnya umat Islam perlu menambah gear dalam ibadahnya untuk mendapat keampunan daripada ALLAH SWT. Bayangkan betapa bertuahnya kita jika kita di antara yang terpilih untuk diampunkan segala dosa dan noda yang telah lalu.

Tetapi berbeza dengan masyarakat kita di negara ini. Awal-awal Ramadhan berbondong-bondong manusia menyerbu masjid, alhamdulillah. Namun, hari makin hari, saff solat Terawikh semakin berkurang, huhu.

Ada apa dalam ni? Cuba teka?

Thursday, August 19, 2010

Kecantikan Lelaki & Kegagahan wanita




Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi
-pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
-Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata
untuk ingatan,
-Adalah lelaki yang sedia menerima segala
teguran,
-Adalah lelaki yang memberi madu, setelah
menerima racun,
-Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
-Adalah lelaki yang baik sangka dan,
-Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad
yang umi adalah kecantikan yang sempurna bg
seorang lelaki.....

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal
otot badan,
-tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
-Adalah perempuan yang tahan menerima
sebuah kehilangan,
-Adalah perempuan yang tidak takut pada
kemiskinan,
-Adalah perempuan yang tabah menanggung
kerinduan setelah ditinggalkan,
-Adalah perempuan yang tidak meminta-minta
agar di penuhi segala keinginan,
-kegagahan perempuan berdiri di atas teguh
iman,
-Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang
ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan... ...

Renungilah...

Di sini, Dinar dan Dirham: Di sana, dengki dan dendam

Nik Abdul Aziz Nik Mat   
Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.
Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.
Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.
Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah  pengenalan kepada sistem barter trade.
Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!
Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.
Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.
Realitinya matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya. Wang  kertas  RM1 bukan  bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia  bernilai  RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh maka nilai kertasnya  tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya  pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.
Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini  taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.
Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!
Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.
Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?
Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!
Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”
Komen saya : Selidiklah...ISLAM sudah sediakan semuanya, napa masih nak menolak? Sampai bila mahu mengagungkan sistem kapitalisme? Tolak politik ke tepi, jangan tolak ISLAM...

Wednesday, August 18, 2010

Tudung oh tudung

Assalamualaikum wbt.

Sementara menemani suami study untuk testnya hujung minggu ini, saya cuba untuk menulis sesuatu. Sangat tertarik dengan gambar yang saya dapat di FB ini, iaitu tentang tudung wanita.


Gambar inilah yang saya maksudkan. Benarlah hadith Nabi SAW. Membenarkan peristiwa akhir zaman ini. Hadith yang memang ditujukan buat kaum wanita.

Saya tidak mahu mengulas panjang, kerana saya bukanlah orang yang layak tetapi cukuplah kalau kita berpegang kepada dalil-dalil yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Hadith. 

1. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud;
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan- bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”


2. Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
3. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)
4. Hadith Nabi SAW juga ;Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wallahu 'alam. Renungkanlah buat wanita di luar sana. Islam sudah memberi garis panduan yang cukup lengkap. Samada mahu atau tidak sahaja. Yang hak tetap hak, yang batik tetap batil. Dosa tetap dosa. Ingatlah bertudung kerana Allah, kerana mahu menutup aurat, bukan sekadar berfesyen. Islam tidak melarang wanita untuk berfesyen, tetapi ada batas-batasnya. Matlamat tidak menghalalkan cara. Janganlah tudung itu menjadi bonggol unta pula.


p/s : Ini baru sal tudung, belum lihat lagi tentang pakaian serta berhias..huhu..

Tuesday, August 17, 2010

Buang Bayi : Apa penyelesaiannya??

Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, dah menjejak ke 7 Ramadhan, terasa begitu pantas masa berlalu. Penangan antara tanda-tanda kecil hari kiamat yang bakal menjelma. Bersyukurlah wahai teman-teman sekalian kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada untuk menjenguk bulan ini. Bulan penuh rahmat dan maghfirah.

Namun, kadang-kadang ramai di antara segelintir kita tidak memanfaatkan sepenuhnya bulan ini. Sebagai contoh yang paling dekat, tentang pembaziran yang berlaku. Tidak salah untuk kita mengunjungi Pasar Ramadhan (PARAM) atau Bazar Ramadhan, tetapi berpada-padalah dalam berbelanja. Usah terlalu mengikut nafsu yang hina itu. Sepatutnya, bulan ini lah kita belajar mengawal serta mendidik nafsu itu. Aku tujukan buat diri sendiri juga kerana itu semua berlaku pada diri ini. Alhamdulillah mujur ada suami di sisi yang setia berpesan, "Jangan ikut nafsu, nafsu je semua tu..".

6 Zamrud

6 Zamrud, 1999 (cuba cari di mana aku)

Assalamualaikum wbt.

Tiba-tiba hari ini mahu berkongsi tentang kawan-kawan sekolah rendah ku. Sebelum ini, agak lama tidak berhubung dengan mereka akibat 'lost contact'. Namun, sejak ku menyertai FB, kami kembali dapat berhubung dan reunion demi reunion yang diatur tetapi aku tidak pernah menyertai, huhu.

Walaubagaimanapun, pada kenduri kahwinku tempoh hari, alhamdulillah, sebahagian dari mereka menghadirkan diri. Terasa sangat gembira kerana kembali dapat bertemu mata dengan mereka. Syukur padaMu Ya ALLAH kerana memberi peluang ini untuk kembali menyambung ukhwah ini. Merekalah teman sepermainan ku di sekolah.

Bagiku, usah pilih bulu dalam berkawan. Usah lupakan kawan juga teman lamamu. Kerana daripada mereka kita mengenal erti persahabatan, manisnya ukhwah.

Dan ingatlah, Allah menjadikan hanya orang-orang beriman sesama mereka sahaja sebagai saudara. 

Firman Allah,
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [TMQ al-Hujurat (49:10]


Buat mereka, semoga ukhwah kita berkekalan. Terima kasih buat mereka yang setia menghadiri kenduri ku.





p/s : Terima kasih semua..

Monday, August 16, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu…..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sudah menjengah 6 Ramadhan. Sejak akhir-akhir ini mood menulis sangat lah menjunam. Entah mengapa aku juga tidak pasti. Jadi, memang banyak artikel yang di 'copy & paste' sahaja. Hari ini nak kongsi artikel yang aku C&P dari FB. Aku tujukan artikel ini buat suami tercinta...hehe...Agar dirimu mengerti tangisan sang isteri...huhu. Juga buat suami dan bakal suami di luar sana. Moga bermanfaat.


Sunday, August 15, 2010

Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:
“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:
  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
    “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  2. Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):
    “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”
    (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).
  3. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
    “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
    (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).
  4. Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):
    “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”
    (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.
  5. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
    “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  6. Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
    “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim).
    Riwayat di atas juga menambah:
    Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.
    (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).
    Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:
    “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
    (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).
    Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.
    Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):
    “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”
    (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).
  7. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:
    Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
    (Surah al-`Araf:31).
  8. Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:
    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
    Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
  9. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
    “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
    (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
  10. Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:
    ”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”
    (Faidh al-Qadir, 2/500).
    Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”
    (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)
    Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.
  11. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
    “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”
    (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.
Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.